Follow Us @soratemplates

23/05/2021

Dine-in, Tapau atau Masak At Home?


Sejak minggu lepas ramai seller kat sini buat konsep dine-in dalam kereta. Order di kedai then tunggu dalam kereta nanti ada staff kedai akan hantar makanan yang diorder ke kereta. Tapi saya tak pernah try sebab saya memang tak keluar rumah pun. Nak makan makanan yang dimasak orang lain pun boleh jer order di Grab atau Ayah IMAN yang tapaukan.

Sebenarnya saya tak berapa setuju dengan konsep ni. Tapi tidaklah bermakna saya tak support seller F&B. Ni antara idea mereka jugak untuk dapatkan sale tapi cara lain masih ada. Contohnya gunakan runner atau Grab Food. 

Bila buat konsep dine-in depan kedai ni, secara tak langsung ini akan menggalakkan orang ramai keluar rumah, pi jemput kawan-kawan kat rumah then lepak-lepak sambil makan dalam kereta. Kalau dalam kereta faham-faham je lah mana nak ada penjarakan fizikal. Belum lagi dalam keadaan beraircond yang mana boleh menjadi faktor penularan C19. 

Itu satu hal. Satu hal lagi kalau kedai jenis yang pakai pinggan mangkuk yang bukan jenis pakai buang. Takut la kan cuci tak bersih, pastu ada customer yang bergejala ataupun carrier bukan ke naya? Sampai macam tu tau saya fikir.

No dine-in no problem. Boleh jer tapau, makan tanpa was-was di rumah. Ataupun masak je sendiri. Takdelah boring sangat duduk rumah. Kan? Siapa kata boring duduk rumah? Saya okay jer.

Baiklah gambar-gambar ni ialah random pics santapan kami sekeluarga sepanjang minggu ni dan minggu lepas. Kalau rajin, adalah snap snap. Kalau malas, mestilah takde gambarnya. Iye dok?

Bubur ayam dan condimen ala kadar. Mana yang ada stok je lah.

Nasi ayam express

Spagetti bolognese

Spagetti Aglio Olio

Sushi King order Grab je.

Ayam goreng & telur mata so simple.

Lauk raya yang dipanaskan semula, rendang daging & kari ayam dan ikan kembung masin juga sambal belacan.

Tahun ni 1st day raya takde nak ambik-ambik gambar. Macam malas je. Hihi.

Semoga lepas ni rajinlah sikit nak ambik gambar lepas masak. Kalau tak, memang sepilah IG ku. Kah! Kah!





 

8 comments:

  1. dine in dalam kereta kalau bagi yang bekerja travel sana sini okaylah. kalau sesaje nak pergi kedai dine in dalam kereta better tapau je. lagi selesa makan kat rumah. Walaupun masakan simple, tapi itulah yang sedap pun :)

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah lagi guna konsep dine ini ini.
    Tengok spaghetti bolognese dan sushi tu teringat kat anak-anak yang jauh di mata. Semuanya suka menu begitu.

    ReplyDelete
  3. SA pun x setuju dengan dine in dlaam kereta tu..still boleh spread the virus kan...lapar plak tgok koleksi makanan tu time- time ni

    ReplyDelete
  4. sedap semua menu akak... rajin akak

    ReplyDelete
  5. bila tk bole dine-in..eloknya masak kt umh..kalo tkmo masak..order je delivery kan..

    ReplyDelete
  6. hadoilah.. kreatif tak bertempat.. Bukan tak boleh tapau dan makan di rumah.. Zaman-zaman macam ini tak payah lah buat macam ini.. Mengundang masalah je sebenarnya.. Boleh je tapau dan makan dalam kereta kenapalah nak buat konsep dine in dalam kereta.. hurm..

    ReplyDelete
  7. Bubur ayam tu nampak sedap lagi menyelerakan.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥