Follow Us @soratemplates

07/05/2021

Khatam Quran Di Ofis

 


25 Ramadhan 1442H
Alhamdulillah.. dapat jugak khatam quran beramai-ramai dengan keluarga di ofis tahun ni. 
Macam biasalah norma baharu kami buat secara hibrid.
2 orang bersemuka di Bilik Mesyuarat dan selebihnya semua online di Webex. 
Syukur.. semuanya berjalan lancar.
Dah boleh bercuti dah.
Hehehehe.




Trivia mengenai Khatam Quran.

Khatam berasal dari kalimah bahasa arab (ختم) yang bererti menutup (Rujuk: Kamus al-Ma’ani), maka khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk samada secara bacaan atau melalui hafazan.


Majlis Khatam Al-Quran

Sesungguhnya, majlis Khatam Al-Quran memiliki Fadhilat yang sangat banyak dan kelebihannya tersendiri. Antaranya ialah diturunkan rahmat dan dimustajabkan doa ketika majlis tersebut, ia berdasarkan Athar daripada Anas bin Malik R.A:
كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ، جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهْلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ
Maksudnya: “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.”
Riwayat al-Darimi (3517)

11 comments:

  1. Alhamdulillah dah selamat dah khatam before habis ramadhan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kakmim. alhamdulillah, walaupun dunia dilanda covid19, namun tidak menghalang utk terus mengimarahkan aktiviti ibadah ramadhan. Tahniah utk kakmim dan rakan2 pejabat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Moga Ramadan kali ini lebih bermakna dan dipenuhi keberkatan. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Walaupun norma baru, masih tetap diteruskan. terbaik dan tahniah untuk semua :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah kakmim. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah kak mim..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥