Follow Us @soratemplates

19/05/2021

Kuarantin Kendiri

Kami sekeluarga sebenarnya sedang kuarantin kendiri sejak 2 hari lepas. Sebab tu lah IG & Whatsapp Status saya agak aktif dalam masa 2 hari ni. Hari ni hari ke-3 kami 'berkurung' di rumah sendiri. 

Kenapa self-quarantine ni?

2 orang adik saya jadi PUI sebab colleague diorang disahkan positive Covid 19 Ahad lepas. Budak ni pun 1 hal. Dia dah diberi QO sehari sebelum hari raya hari tu lagi tapi tak dimaklumkan kepada kontak rapat yang lain. Tup tup bila dah positive baru dimaklumkan dengan semua kontak rapat. Apa kejadahnyalah budak ni. Kalau dia bagitau awal yang dia dah diberi QO sebelum raya takdelah adik-adik saya nak beraya, for sure kami semua tak beraya tak bersalam-salaman tak berpeluk-pelukan. Memang nak marah jugak sebenarnya. Dah setahun lebih hidup bergelumang dengan SOP Covid pun masih ignorance hal-hal penting macam ni. Kesudahannya rumah mak semua dapat QO tapi kami yang 2 buah rumah yang berlainan ni self quarantine je. Nasib baiklah saya masih BDR, cuma semalam sepatutnya WBF saya mohon cuti rehat sebab taknak ambil risiko.

Encik Suami pulak memang agak strict SOP tempat kerjanya. Almaklumlah keja kat hospital, wajib declare kalau ada ahli keluarga yang jadi PUI atau PUS. So hari ni buat pertama kalinya sejak pandemik melanda setahun yang lalu dia merasa BDR. Pertama kali online meeting di rumah. Kah kah. 


Kali pertama WFH sebab Isnin, Selasa dia masih cuti lagi.


Kes hari ini 19.5.2021 mencecah 6K kes baharu! Semakin membimbangkan. Sarawak pun maintain je 400 lebih setiap hari. Masih takde trend menurun.


Kes Sarawak hari ni. 323 kes baharu. Jangan tertipu besok mungkin akan jadi 400 lebih balik atau kalau nasib tak bagus mencecah 500. Tinggal 1 bahagian je masih hijau. 


So apa kita patut buat sekarang? Keluar rumah bila perlu. Elakkan berjumpa dengan orang-orang yang kita tak tau history pergerakan mereka. Seram!

Last but not least, ini tindakan kita untuk 'self lockdown'. 

  • Ke pasar atau grocery untuk beli barang keperluan seminggu sekali
  • Isi minyak kenderaan tangki penuh
  • Solat berjemaah 5 waktu bersama ahli keluarga
  • Optimakan pembelian secara dalam talian 
  • Zero tetamu. 


Jaga diri, jaga SOP ya semua. Stay safe, stay vigillant, stay healthy, save lives. Salam 7 Syawal.

14 comments:

  1. Allahu.mungkin sebab pelajar balik dan ziarah raya ni lah punca kes naik semula. Setuju kakmim, kena duduk rumah dan keluar bila ada urusan je. Beli barang keperluan seminggu sekali. Risau betul kes makin tinggi. angka kematian pun semakin banyak. Semoga keluarga kakmim semua sihat hendaknya. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ssh nk cakap.. ada je yg mmg dh ada dlm komuniti.. swab sbb nk admit hosp tetiba positive! Dh la xde simptom so tercetuslah kluster x semena2 dr situ yg xtau dr mana dpt covid tu

      Delete
    2. Sekarang ni makin teruk sebab kita tak tahu siapa carrier. Harapnya rantaian dapat diputuskan bila masing masing disiplin dan kuanrantin kendiri, at least boleh kurangkan kadar kebarangkalian jangkitan tu.

      Delete
  2. Allahuakhbar...
    Bebaik mim.... Semoga yang baik2 aje k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah kak ret.. mcm2 perasaan skrg.. 1st swab dh negative tp nk kena tgu 2nd swab jgk.. tq tau

      Delete
  3. ramai lagi yang masih ambil mudah kan kak...
    dana ni masih kene kerja macam biasa, boss pun macam bagi tak bagi je BDR, susah jugak macamni
    kes di selangor semakin teruk tapi MB selangor sibuk tak nak buat total lockdown, kami nak pergi kerja pun risau sebab banyak tempat dah kes merata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang.. x phm lah org ni selagi x kena mmg diorg ignore je.. kena jaga diri sendirilah mcm tu dana.. mmg ada ketua jabatan yg x cakna

      Delete
  4. di opis saya dah ade 2 kes positif, tp macam takde ape2 tindakan pon. proses sanitasi xde, staf pon kerja mcm biasa jer. pepandailah jaga diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. xde sop internallah tu.. jaga diri tau afeez.. stay safe kt sana

      Delete
  5. Moga dilindungi Kakmim sekeluarga dari sebarang musibah aamin 🌹

    Maaf cakap, ramai org ambil mudah bab kuarantin kendiri. Ada yg tgh tunggu result pun still ke sana ke sini :(

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. dh tau dh swab kuarantin lah jgn lah nk ke sana ke sini.. mmg geram dgn org mcm ni

    ReplyDelete
  7. Ada juga kes sebab ziarah raya hari tu. Malas nak cakap dah orang macam ni. Kita jaga diri je

    ReplyDelete
  8. Allahu Akbar! Covid-19 ada di mana-mana. Betul tu, kita tak tahu sejarah orang yang kita jumpa!

    ReplyDelete
  9. Allah.. semoga baik-baik sahaja buat keluarga kakmim..
    Paling menyampah dengan perangai manusia yang tak ambil berat hal SOP ini.. geram sangat..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥