Follow Us @soratemplates

19/09/2021

Durian Dalam Box

Macam dah tak ada dah nampak friendlist medsos show off durian di medsos mereka. Mungkin sebab dah berakhirnya musim durian kot.

Musim durian kali ni kami tak pernah beli durian yang banyak yang jual berlonggok. Mungkin sebab Covid ni jadi tak konfiden pulak nak bersesak-sesak memilih durian di bawah khemah. Nak dijadikan cerita musim durian. Pernah ada peniaga durian yang positive Covid dulu, dan khemah tempat mereka meniaga memang ramai orang sebab harganya boleh dikatakan ok. Orang cakap la, saya tak pernah singgah, lalu je tengok orang ramai terus seram. Yang bagusnya seller ni bila mereka disahkan positive, dia announce di medsos dia yang mereka suami isteri positive dan mintak customer yang ada berurusan dengan mereka supaya membuat saringan. Bagus seller yang bertanggungjawab begini. Tapi bukan nak cerita seller durian positive Covid. Hehehe.

Durian 2021.


Saya ni tidaklah hantu durian. Kalau ada, saya makan. Kalau takde, tak apalah jugak. Suatu hari tu tetiba teringin nak makan durian. Encik Suami pulak jenis tak berapa suka durian. Malas nak suh dia pergi beli. Bila scroll status Whatsapp jiran ternampaklah durian dalam box ni. Terus mintak no seller dengan jiran dan seller pun COD terus ke rumah. Bila tengok durian ni, wow not bad jugak. RM10 sebox. 3 box RM30. Oklah. Tercapai jugak hasrat makan durian. Puas hati. Sekali hadap jer kami anak-beranak makan.

Tengok gambar teringin pulak nak makan durian.

 

10 comments:

  1. https://madey09.blogspot.com/2021/09/buat-sendiri-suci-murni-kuih-kacang.html

    wah..sedap di makan....durian memang harum

    ReplyDelete
  2. Di Semenanjung dah habis musim durian.

    ReplyDelete
  3. Dah habis musim durian. Takpun masing masing dah puas makan durian. Hihi.
    Suami kakmim macam suami saya jugak jenis tak berapa nak makan durian sangat. Saya pun kalau rasa teringin je baru membeli. Itupun beli sikit je lah. Senang juga beli dalam box. Tak payah nak kupas bagai. Murah tu RM10/box. Jadilah kan

    ReplyDelete
  4. skrg dh masuk musim buah lain plak.. hihi

    bgos sgt la seller tu sbb ade rs tnggungjwb..

    ReplyDelete
  5. Eca pesen camne. suka beli dlm box sbb xreti buka durian.hahahaha!

    ReplyDelete
  6. dah habis dah musim durian kalau di Malaya ni. saya pun tak suka beli kalau bersesak-sesak gitu

    ReplyDelete
  7. musim durian kali ni saya sekali jer beli durian. itu pon sebab ade orang datang yang berjual kay kawasan perumahan saya ni. RM10 satu box tu kira ok jugak harganya

    ReplyDelete
  8. rindu pulak nk makan durian hahhaaa ^_^

    ReplyDelete
  9. murah juga la 1 box rm10 , bebraloi sebab durian siap dikupas ,

    ReplyDelete
  10. senang durian dah kupas. dh tentu2 kita dapat durian yang tak buruk

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥