Kit Ujian Kendiri Covid Menggunakan Saliva Mudah Digunakan

Salam 1 Oktober!
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke-10 kita di tahun 2021
Buat pertama kalinya sepanjang hampir 2 tahun hidup bersama Covid, saya membuat saringan kendiri Covid
Syukurlah sekarang dah ada self-test kit yang sangat mudah digunakan di rumah
Hanya menggunakan air liur sahaja!



Tapi sebelum tu kita kena make sure brand tu trusted dan disahkan oleh KKM
Dan syukur jugaklah harga siling bagi self-test kit ni pun dah diselaraskan
Kalau dulu saya pernah beli yang RM39.90
Sekarang ni semuanya dah RM19.90





Alkisahnya semalam 2 orang staf di ofis disahkan positif Covid-19
Pengarah dan juga staf admin
Dan kedua-duanya saya pernah berurusan dengan mereka hari Jumaat yang lepas
Syukurlah Isnin saya BDR memang takde jumpa mereka
Sebab tu lah terus buat self-test
Biasalah bila dah tau jadi kontak ni teruslah rasa nak demam lah, hidung rasa nak tersumbatlah
Tekak gatal lah
Memang psiko terus


Alhamdulillah kedua-duanya negatif
Ayah IMAN ni biasalah memang prosedur di hospital, kalau orang di rumah ada kontak memang wajib declare dalam sistem mereka. Ofis saya pulak memang tutup hari ni, Ayah IMAN pula terus mohon cuti sebab nak buat self-test dulu.


Fefeeling buat pregnancy test pulak di awal pagi. Haha!! 
Last buat pregnancy test 6 tahun yang lalu.
Lama dah wei! Tak ingat perasaannya macam mana dah.
Tapi ni buat Covid test memang lain sangat perasaan, bukan excited.
Tapi DEBOR!
Nasib tak keluar double line.

Semoga takde apa-apalah lepas ni.
Masih seram lagi ni.


 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Huhuhu..tu la...Saya pun afa beli kat PPV dari 39.90 dapat RM30...Seronok dapat diakaun beli la 4..Beberapa hari kemudian diumumkan harga RM19.90...tepuk dahi la🤣

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semuanya negatif :) Legaaaa

    Setuju sangat ada harga siling untuk beli test kit tu..murah sikit harganya :)

    ReplyDelete
  3. kena. simpan stok di rumah sbgai persedian
    cik nur x penah test sendiri lg

    ReplyDelete
  4. Risau ada kontak dengan mereka yang positif. Mujur lah dah ada kit boleh buat sendiri kat rumah. guna air liur mudah lagi dari kena jolok hidung tu. Senang dah selaras harga dah. Alhamdulillah syukur result negative. Tapi tetap rasa debor tu ada, kan. Semoga baik baik je kak mim dan keluarga.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah negatif, debar juga bila ada kontak, buat test sendiri lagi lega dari keluar berdepan dengan orang pula,.

    ReplyDelete
  6. smoga semua dipermudahhkan dan dijauhkan dari wabak penyakit covid nih., aminn ;p

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah . Semoga kak min dijauhi virus covid19 .
    Sekarang test kid covid 19 dh murah ..harga tetap rm19.90 . Berbaloi la dengan sekali penggunaan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah negative. Mudahan ktk sekeluarga selalu dilindungi. InsyaAllah amiin.

    ReplyDelete
  9. Bila kontrak rapat ni memang risau kak mim. Syukur Alhamdulillah bukan double line. Jaga SOP baik baik okay

    ReplyDelete
  10. mujurlah dah murah kan kak kit ujian ni sebelum ni dana beli rm35 sekarang dah murah lega rasa... memang kene ada simpan dalam rumah

    ReplyDelete
  11. Tak pernah buat swab test lagi setakat ni... Harap2 mmg tak perlu buat terus. Semoga kita semua dilindungi

    ReplyDelete
  12. kak.. sy pun dulu test pregnant harap sgt dpt 2 line. ni test saliva, harap sgt jgn naik 2line.deborrr kn..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form