Riadah Di Hujung Minggu

Pernah terbaca pasal Fort Margharita di Kuching, Sarawak?
Inilah peninggalan bangunan bersejarah dari zaman penjajahan Brooke dahulu.
Dulunya masa PMR, kami buat kerja kursus mengenai Fort Margharita ni.
Kena pergi ke sana, interviu, ambik gambar.
Kalau dulu... seram ya amat tempat ni.
Sekarang dah dipulihkan dan dicantikkan semula.


Dan...
Buat pertama kalinya sejak beberapa bulan yang lepas baru berani bawak #theIMANs ni keluar rumah. Selalunya destinasi mereka umah nenek, umah mak ngah. Itu je lah. Memang selebihnya memeram dalam rumah je. Tengok la hepi sangat diorang.



Destinasi kami di pagi minggu hari tu di taman area DUN dan Fort Margharita je. 
Nasib baiklah masa tu tak ramai orang. Hanya dua tiga buah kereta je ada. 
Lepas tu kami anak-beranak je konkur kat situ.


Dahaga ke tu?


Sebenarnya ini pertama kali jugak saya ke Taman Botani ni.
Luas jugak kawasannya.
Puas saya kayuh basikal. Mungkin sebab orang tak ramai tu yang luas sebab takde kereta. 
Tapi naik bukit tu masih seram sebab baru pertama kali jugak main basikal yang ada gear ni.


Sebenarnya bukan kami anak-beranak je yang pegi.
Adik-adik saya pun ada jugak. 
Kami pergi 3 buah kereta. 
Dengan budak-budak lagi. Basikal lagi.


Puas hati sangat sampai sunburn tangan. 
Muka je tempek sunblock, tangan pulak lupa. 
Mana tak sunburn dekat nak 11.30 pagi baru nak gerak balik. 
Hihihi.


Fountain ni sebenarnya tak bukak lagi.
Sebab tu orang tak ramai kot beriadah ke sini.


Hanging Garden.


Bangunan DUN yang menjadi latar belakang basikal si pengayuh.
Cun pulak lighting kan?



 

10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Happeningnya dapat riadah seisi keluarga

    ReplyDelete
  2. Cantik bangun an DUN tu. Ammi penah sampai Kuching 2x.. Tapi tak tau pun pasal tempat ni

    ReplyDelete
  3. seronok riadah berbasikal ni kan
    happy nmpak budak 2 org tu he heee dpt keluar rumah

    ReplyDelete
  4. bestnya apat keluar riadah , suasana tempat pun cantik

    ReplyDelete
  5. nampak lenggang je kak, seronok jalan-jalan kat tempat yang tak sesak orang

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat beriadah. Lama tak berbasikal. Sesekali mengayuh sampai sunburn terus ye. Anak anak seronok, ibu ibu pun seronok. Macam kembar dah awan dan alan..sama besar dah dua dua.

    ReplyDelete
  7. masa saya ke kuching tempoh hari, tak berkesempatan nak ke sini. mungkin dia suruh datang lagi kot.. insyaAllah kalau ade rezeki

    ReplyDelete
  8. sernok jln2..tempat pun tak crowded. anak2 la best sbb dah ada aktiviti ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form