Follow Us @soratemplates

11/10/2021

Syukur Dah Insaf

Orang putih kata, better late than never.
Iya, begitulah.
Dulu-dulu takmo jaga kesihatan.
Jarang sakit konon.
Sebab tu take for granted yek?
Bila usia pun dah mencecah angka 40 ni
Baru rasa nak insaf.


Saya cuba ya.
Bukan tak pernah cuba.
Mula-mula skipping masa lepas PKP 1.0 dulu.
Tapi lepas tu sepi.
Sekarang baru nak mula balik.
Encik Suami pun dah aktif berkayuh.
Kami anak-beranak pun joinlah sekali.
Tapi saya tak try lagi kayuh on the road.
Seram!
Minggu ni start berlari pulak. 
Cuba-cuba dulu takmo nak drastik sangat.
Iyalah baru nak berjinak-jinak ni.
Bahaya jugak untuk jantung karang.
Tetiba jer kena kerja-keras.


Eh, eh ni aksi apa pulak ni?
Alahailah Awan, si #anakno3
Bukan main happy diorang diajak berbasikal di tempat lain
Takdelah asyik main depan rumah pusing satu lorong je.


Amboi! Ni bertapa ke apa?


Ini pulak?
Aksi Ultraman dan raksasa agaknya.
Awan dan kazennya Amirul.
Petang ni kami keluar dengan 4 buah kereta pulak.
Minggu lepas 3 buah.
Malam tadi sale 10.10 Encik Suami grab 1 lagi folding bike.
Lepas ni bertambah lagilah pengayuh basikal.
Yeay!

Semoga kami sekeluarga istiqamah menjaga kesihatan diri
Jangan asyik nak pusing shopping mall je.. eh?

Wahai sahabat blogger yang sedang membaca ni
Jomlah sekali sama-sama jaga kesihatan 
Di samping tu bolehlah release stress daripada fikirkan hal-hal duniawi
Especially kerja-kerja di ofis tu
Hmm..



 

18 comments:

  1. Go..go..go...chaiyok!!!teruskan akiviti sihat..semoga kita semua istiqomah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak SA... x sabar pulak nk tgu weekend

      Delete
  2. Semoga istiqomah beriadah jaga kesihatan kak. Masing masing pun seronok dapat keluar beriadah. Wahh lepas ni geng basikal lah pulak. slow slow takpe. dah biasa nanti boleh lah laju sikit.

    ReplyDelete
  3. saya pun sama kak mim belum bermula lg..duk harap peluh niaga jer ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom shida... at least sehari seminggu kita beriadah buang peluh... lupakan rutin harian yg memenatkan otak.. hehehe

      Delete
    2. selalu bercadang..tp selalu x kesampaian huhu..tq kak mim memmotivasikan saya ^_^

      Delete
  4. tulah kak, dana pun sama... tengah usha2 basikal nih... tingin ngayuh dekat2 umah sikit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. best dana.. rasa muda pulak main basikal laju².. hahaha

      Delete
  5. Hari tu dah ke kedai basikal tapi fikir balik tak jadi beli. Now fokus on walk/jog dulu.
    Anyway, moga terus istiqamah Kakmim.
    Badan sihat, nak beribadah pun selesa, Insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji dpt buang peluh oklah tu PH ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

      Delete
  6. Salam ziarah..seronoknya dua Adik Gurad tu..ada aksi lasak lah hehehehe

    ReplyDelete
  7. tak swnam pun makmim dah ramping tuuuh... ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ

    ReplyDelete
  8. chaiyok kakmim! semoga sihat sejahtera satu famili. saya pun perasan cepat letih padahal belum 40 lagi. adeh. cmane nak travel oversea nanti

    ReplyDelete
  9. semoga dipelihara kesihatan kita.. kami pun br nk start semula DSSS dan puasa sunat. berat dh mencanak naik kat perut, leher dan peha,,huhuhuh

    ReplyDelete
  10. semoga kak Min dan famili konsisten untuk terus bersukan demi kesihatan

    ReplyDelete
  11. Jom skipping.. Ammi pun baru berjinak last week. Nak dpt 100 jumps 2 hari pun menangis lutut

    ReplyDelete
  12. Seronok anak2 dapat beriadah bersama kan..Sementara muda dan ada motivasi.Macam saya ni memang dah malas nak execise..padahal dulu2 suka sangat jogging rasa happy.Now...huhuhu nak jalan ke kedai pun termengah

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥