Pengalaman Membuat MyCard di UTC Kuching

Macam biasalah kan bila genap umur 12 tahun perkara pertama yang perlu dibuat ialah buat mycard. Maka Isnin lepas, kami 3 beranak pergilah UTC untuk buat mycard si kakak. Actually appointment telah dibuat bulan September yang lalu.

Baca sini: 


Appointment kami jam 11 pagi tapi kami sampai awal di UTC. Masa saringan nak ke JPN staf kat situ akan semak dahulu appointment kita. So far pagi tu semua ada tunjuk slip temujanji so semuanya lepas di kaunter saringan di bawah.


Sampai di JPN, staf di kaunter akan beri 1 borang permohonan kad pengenalan baharu untuk kita isi. Sekejap je isi sebab isi maklumat penting dan basic saja. Lepas tu bagi kat staf di kaunter untuk disemak dan dia akan bagi nombor giliran. Next is tunggu giliran ambik gambar pulak.

Nombor bertuah 1056


Ada 11 orang lagi tapi takdelah lama sangat menunggu sebab kaunter banyak bukak. Sempatlah jugak tengok 2 pasangan pengantin yang baru mendaftarkan perkahwinan.


Selesai mengambil gambar, next kaunter is kaunter serahan. Kat sini agak lamalah menunggu. Tapi takdelah sampai nak meracau bagai. Suasana pun tenang-tenang saja di situ.


So far saya pujilah sistem JPN di UTC Bukit Mata, Kuching ni. Sistematik dan smooth. Environment pun tenang dan santai. Orang pun tak berapa ramai mungkin sebab semua datang ikut masa temujanji kot. Kami sampai di situ dalam 10.30 pagi, sebelum pukul 12 tengah hari semua dah setel. Dah dapat mycard si kakak. Alhamdulillah.


Usailah sudah sebahagian tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk si puteri sulung.. more to come bebeh! We can do it yeah!



 

10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. ingat nak pi tukar mycard lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila tukar.. nnt kena nafi muka x sama dgn yg dlm ic.. hehehe

      Delete
  2. Yeayy! Kakak dah ada i/c. Seronok kan bila tak perlu renyah menunggu untuk apply dokumen2 begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... adik² yg excited... diorg kata kakak dh boleh ada bank senang nk beli mcm² kt shopee.. haha

      Delete
  3. Seronok kakak dah ada IC. Alhamdulillah dah settle satu urusan.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kena plan dan mohon awal.. kalau last min mmg susah jugak kalo app penuh.. hihi

      Delete
  5. Oh kira okay la tak tunggu lama ye. Alhamdulillah semua dipermudahkan...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form