Rahsia Nasi Goreng Sedap Seperti Di Kedai

Nasi goreng udang saya yang simple 
Tanpa sayur cuma ada udang, nasi dingin dan telur
Yang pastinya rasanya marvelous
Less is more, remember?
Hahahaha!

Nasi goreng malas cara saya senang je nak buatnya

a) Cili padi 4-5 biji
b) Bawang merah 2 biji kecil
c) Bawang putih 2 ulas
Bahan a, b dan c ditumbuk malas atau saya guna chopper Tupperware je
Lepas tu bahan penting dalam nasi goreng ni jangan lupa pulak
Beberapa ekor udang, dibuang kulit dan dipotong 3
Dannn...


Sos ikan secukup rasa!

Sos ikan ni bila dicampurkan ke nasi yang sedang digoreng memang akan menghasilkan 1 bau
Bau yang selalu kita hidu kalau duduk dekat dengan area dapur di kedai makan
Sejak guna sos ikan ni memang nasi goreng ada rasa lain sikit
Rasa di kedai! Hahaha!

Cara nak menggoreng:
Panaskan minyak untuk menumis
Tumiskan bahan a,b dan c di atas tadi sampai naik bau
Masukkan udang yang telah dipotong kecil, kacau sekejap
Pecahkan telur, tunggu sekejap telur masak sikit barulah dikacau-kacau
Letakkan garam secukup rasa
Barulah masukkan nasi dan kacau rata
Last sekali masukkan beberapa titis sos ikan ni sampai naik bau
Siap!

Sebenarnya saya pun tak berapa tau cara penggunaan sos ikan ni
Saya memang masukkan dalam nasi goreng macam tu je
Hehehe!
Janji sedap je

 

Post a Comment

17 Comments

  1. Memang sedap goreng2 masuj sos ikan ni, kan Mim.

    ReplyDelete
  2. sos ikan ni asas masakan thailand. ada kawan yang kahwin dengan orang siam, mak mentua datang bawa berbotol botol sos ikan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak oi bila nk habis kalau dh berbotol² tu 😅

      Delete
  3. okayy boleh try . selalu kalau masak masakan ikan ja letak sos ni . baru tahu buat nasik goreng pon boleh letak jugak ehh ? hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu tgk video yg dishare dr kedai siam itulah yg try jgk

      Delete
  4. Lepas ni ammi cuba letak sos ikan dlm nasi goreng. Beli sebotol haritu (boleh tahan gak besar) pastu dok pikir apa aje aku nak buat dgn sos ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah ammi.. sy x letak byk tkt lain pulak rasanya

      Delete
  5. Setakat ni tak jumpa lagi nasi goreng sedap kat kedai. Masak kat rumah lagi sedap. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. baiklah chef at home masak lg sedap betul tu

      Delete
  6. banyak orang sebut pasal sos ni... tapi tak pernah cuba!

    ReplyDelete
  7. Sedap, tapi jangan terlebih. Boleh bikin darah up up on the way (blod-pressure)

    ReplyDelete
  8. ahah nice tips, boleh saya cuba nanti

    ReplyDelete
  9. tq for the recipe..boleh dicuba nanti..

    ReplyDelete
  10. Betul betul, setuju yang simple tu sedap. Ohh letak sos ikan lagi sedap ye nasi goreng tu. Ni yang nak kena beli sos ikan ni.

    ReplyDelete
  11. sedap woo.. sos ikan mama buat cam kakmim gak.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥