Alan Jadi Pembaca Doa & Ketua Kelas!


 Hari Khamis minggu lepas saya cuti rehat, barulah berkesempatan untuk pick up 2 budak kembar tak sama tahun ni. Sampai je di drop zone di sekolah terkejut tengok dia dah pakai neck tie royal blue! Budak darjah 1 memang tak dapat tie lagi tu yang saya macam terkejut beruk tu.

Terus dia senyum-senyum bila tengok Ibu sampai lalu menghampiri Ibu.

"Ibu, kamek jadi Ketua Kelas."

Oh, ye tak ye jugak, dekat neck tie memang ada sekali nametag Ketua Kelas. Tahniah Alan! Kecik-kecik cili padi, entah kenapalah cikgu pilih dia jadi Ketua Kelas. Dah lah classmate ramai yang besar daripada dia. Haha!

Khamis lepas jugak penutupan Minggu Transisi Tahun 1 dan 1 lagi kejutan, Alan diassign jadi pembaca doa. Berbakul-bakul pesanan Ibu supaya Alan baca doa dengan nyaring & jelas. Kah! Kah! Ibu pulak excited.

Jom tengok video sekolah Alan untuk majlis penutupan Minggu Transisi Tahun 1 2022. Kalau dapat spot Alan, drop komen ye. Hihihi.




 

Post a Comment

10 Comments

  1. Mesti cikgu nampak bakat kepimpinan pada Alan walaupun bertubuh kecil dari orang lain, tahniah, Alan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kot... tp dia kt umh mmg mcm pengawas jugak.. suka remind abang² buat itu buat ini.. haha

      Delete
  2. Tahniah Alan...kelas 1 tulip..hehe..
    Budak yg jd MC tu pun bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nohas... yg emcee tu penolong ketua kelas 1 tulip.. hehehe

      Delete
  3. Alhamdulillah.. semoga menjadi anak yang Soleh

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. semoga dpt jd ketua pengawas pula

    ReplyDelete
  5. Tahniah Alan! excited Alan dapat jadi ketua kelas. Moga jadi ketua kelas yang bagus ye.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥