Berziarah di Rumah Mak-Mak Saudara di Miri


Banyak lagi cerita di Miri tak simpan di sini. Pelan-pelanlah ye. Hehehe. Nak cerita berderet-deret diri sendiri pun malas nak menaip. Apatah lagi orang yang membacanya. Hehehe.


Kuching - Miri kalau guna jalan darat mau 10 jam driving. Macam adik saya hari tu mereka bermalam di Sibu semalam sebelum meneruskan perjalanan ke Miri. Kami naik belon dari Kuching, 1 jam je. Kami ni jarang balik kampung, umah mak bapak pun 15 minit je dari rumah kami. Setiap hari balik kerja memang singgah umah mak. Kampung nenek pulak di Sri Aman, memang jarang jugak balik sebab nenek pun stay berdekatan je dekat kami, dalam 25 minit ke rumah nenek dari rumah mak. So bila ke Miri dan melawat mak-mak saudara di Miri terasa balik kampung jugaklah. Bukan selalu kan? Mak-mak saudara di Miri ni mak saudara sebelah Encik Suami. Adik-adik kepada FIL. Jarang jugak jumpa diorang ni, sebab tu lah #theIMANs pun excited bila nak ke Miri lagi.


Di depan umah usu di Lopeng. Memang 'merdeka' #theIMANs ni bila di rumah nek usu diorang ni. Lari-lari atas jambatan takde orang nak marah.


Meriah.. 2 buah kereta ke umah usu


Mula-mula sampai masih malu-malu, semua dok layan gajet.. lepas tu, semua bertempiaran berlari main kat depan rumah.


Masa di rumah nek andak, dekat sini #theIMANs monyok sikit sebab takde geng. Ye lah tinggal bertiga je. Anak cucu tinggal rumah sendiri. Asyik nak ajak balik rumah nek usu je bila lepak di sini.


Last day sebelum balik, lepak lagi di sini. Anak andak dan cucu-cucunya pun lepak memeriahkan suasana.

Dah macam hari raya pulak dah. Bukan selalu dapat berkmpul macam ni. Ni pun tak semua ada.


Kakak Iman dan sepupu-sepupunya. Actually gadis-gadis berbaju merah ni anak kepada sepupu Encik Suami. Kiranya second cousin kepada Iman lah kan?


Ni cousin lelaki pulak, tapi ni pun belum semua lagi. Ni batch pertama, batch kedua baya-baya abang, Awan dan Alan.


Ringan je kepala seminggu bercuti hari tu. Saya awal dah bagitau Encik Suami, lepas ni saya akan busy sebab tu kena bawak diorang bercuti awal, dan saya pun kena cuti dulu baru tekan gear 5 keja. Biasalah dah nak hujung tahun ni, macam-macam kpi nak dikerja, duit kerajaan nak dihabiskan. Hahaha. Begitulah...


Maaf ye kalau saya lama tak menjenguk di blog dan tinggalkan komen. Kadang-kadang baca guna henfon tapi tak dapat nak tinggalkan komen.

 

Post a Comment

8 Comments

  1. Wahhhh, patutlah tak komen kat post kita khas utk dia, busy rupanya nak habiskan duhet kerajaan, hahahahahaha.

    Baca ni https://sariyusa.blogspot.com/2022/06/antara-sata-dan-pepes.html

    Seronoknya berkumpul tu dah macam raya. 10 jam tu dah macam dari Johor nak ke Kedah kalau jammed, hehehe.

    ReplyDelete
  2. seronoknya dpt kumpul ramai2..
    bebudak la kemain happy.. dapat main.. hihi

    ReplyDelete
  3. Unik rumahnya.

    Takpe mim, blog ni boleh layan bila ada masa je. Apa2 pun kita utamakan mana yang utama.

    ReplyDelete
  4. PH ingat jalan2 raya hari tu. Dia punya meriah tu macam kunjungan raya hihi...
    Moga ukhuwahnya sentiasa berpanjangan w/pun jauh jaraknya.

    ReplyDelete
  5. seronoknya dorang. ada juga anak sepupu, maknya org sabah. muka nampak mixed. mmg lain dr org semenanjung

    ReplyDelete
  6. Seronok sekali sekala dpt kumpul ramai2 camtu kan.. Kita hari raya aritu pun dpt ziarah 2 3 rumah atok sedara je... Tkut nk g byk rumh time2 cobid ni kn... Haha

    ReplyDelete
  7. 1 jam naik flight walaupun naik flight tu samalah macam orang Malaya balik kampung. so bolehla. hehe

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥