Cuti Sakit Seminggu!

Cerita minggu lepas, 2-3 hari asyik 'berpantun' nak pergi taman sebelum balik rumah. Ibu pun 1 hal, mula-mula semangat lepas tu bila dah nak balik jadi malas pulak nak lepak teman diorang main di taman. So hari Jumaat auntie diorang janji, balik kerja pergi taman dekat rumah nenek. Apalagi, memang ditunggu-tunggulah peluang bermain di taman tu. Awal siap pesan Ibu, Ibu tunggu je kat rumah nenek k. Baikkkk.

Balik dari taman, kecoh Abang diorang jatuh. Abang main panjat-panjat monkey bar pastu jatuh, silap landing pulak tu, badan terhempap tangan sendiri. Ah, sudah. Abang cakap sakit, tak boleh nak luruskan tangan malam tu. Tapi Ayah cakap besoklah ke hospital. 

Sabtu tu pulak cuti ganti. Ibu sibuk dengan Awan, Alan dan Kakak sekolah, Abang je tak sekolah sebab sekolah diorang takde cuti tambahan masa hari gawai hari tu. So Abang ikut Ayah ke hospital, kebetulan Ayah pun ada kerja di ofis. Lepas setel keja baru pergi jumpa doktor. Dan benda nak jadi, tangan Abang bengkak sikit terus Ayah bawak ke Unit Kecemasan, fuh dari tengah hari petangnya baru setel.

Nasib baiklah tak patah duhai anak

Mula-mula Ayah send gambar Abang diorang guna anduh di hospital, excited pulak Awan dan Alan. Macam-macam budak-budak ni. Abangnya pun macam takde papa. 2 kali x-ray memang tak jumpa tulang yang patah ke apa. Doktor suspek retak je. So kena jugak on treatment tapi takdelah bersimen penuh. Syukurlah takde yang memudaratkan.




5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Allahuakbar.
    cepat sembuh ya .
    dpt rehat seminggu

    ReplyDelete
  2. Takut kalau patah. Nasib baik tiada apa-apa.

    ReplyDelete
  3. adoiii kita ngilu betul klu ada kes org terseliuh or patah ke... Semoga cepat sembuh ye abang!!

    ReplyDelete
  4. Syukurlah tidak apa-apa. Moga cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form