Kursus Masakan Nasi Arab Mandy Bersama Tahfiz


Minggu lepas minggu yang agak sibuk.
Tak sempat rasa nak update apa-apa.
Biasalah dah nak penghujung semester.

Isnin-Jumaat sibuk.
Hari Sabtu pun masih kena bekerja.
Sabtu lepas kami ada program dengan tahfis.
Kursus masakan nasi arab mandy.

Jemput follow saya di Tiktok ye: search je kakmimdotcom
Hihihi

Peserta ada 60 orang semuanya.
Kami bahagikan dalam beberapa kumpulan.

Sedap!! Nak buat sendiri dari zero nasi arab ni, memang renyah, baik guna pes.
Atau order je. Ahaks.. dasar nak mudah je kan?
Chef yang kami jemput, chef jiran saya, Uncle Boy tu.
Hihihi.


Chef demo dulu.


Sesi potong-memotong selepas chef demo.


Semangat budak-budak ni belajar masak.
Chef pun sejenis yang melayan budak. 
Lagi laaa... budak suka.

Kami AJK program yang bertugas di lokasi kejadian.
Surau tempat tahfiz ni di Kota Samarahan.
Dalam 1 jam lebih jugak la driving.

Part paling saya suka, mestilah part menghidang. Hahaha
Sebab lepas hidang boleh makan

Kami AJK bersama Chef Uncle Boy.


Licin dan berselera mereka makan.
Lepas solat zohor baru semua dibenarkan makan tengah hari
Lepas makan sekejap je diorang berkemas, semua dah tau tugasan masing-masing.

Bersama anak-anak tahfiz.

Bersama AJK tahfiz dan juga dari pihak kami.

Dan kami lagi.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Yeay!! 
Perut pun kenyang, balik bawak tapau.
Malam tu tak payah masak, semua makan nasi arab mandy Uncle Boy.
Hahaha

Habis je kursus terus berdebus balik.
Tak menyinggah mana-mana pun.
Petang Sabtu - Kota Samarahan ke Kuching pun jem jugak weyy!!
 

12 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. wuuu rajinnya.. kalau sy pakai pes jela kot haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah.. ni request dpd mudir.. nk belajor masak nasi arab.. heheh

      Delete
  2. Wah..macam best je..nanti boleh la buat bisnes....sedap tu nasi arab

    ReplyDelete
    Replies
    1. chef mmg open order... kalau jirannya kakmim ni selalu jd tukang beli je.. haha

      Delete
  3. Alhamdulilah
    sedappnya nasi arab tu
    Happy ank2 tu jamu selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak² ni mmg selalu terhibur.. ceria selalu

      Delete
  4. Replies
    1. itu yg bestnya kursus masak² lepas tu mkn.. hihihi

      Delete
  5. Nyum.. Beat aktiviti macam ni. Suka tengok budak-budak tahfiz. Sopan je

    ReplyDelete
  6. sedapnya nasi mandy. kalau mkn bertambah2

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form