Lawatan Ilmiah ke Borneo Cultures Museum

Balik dari Miri terus bawak #budakkaran outing ke Borneo Cultures Museum yang baru bukak tu




Sekarang ni kemasukan ke sana masih lagi free
Tapi nak masuk memang kena booking dulu
Kalau nak pergi grouping macam ni, lagi la memang kena mohon secara rasmi
Actually saya dah uruskan permohonan sebelum tu lagi
Lepas tu ingatkan nak bawak #theIMANs pergi cuti sekolah last week
Nak isi link, dah penuh pulak dah
Tapi nak walk-in pun boleh je
Cuma malas je nak kena tunggu dulu 
Takut dah cukup kuota tak boleh masuk, frust pulak nanti


Group photo is a must!

Tak puas group photo, "puan, puan, selfie gik puan"
Baiklah.. haha

Visitor pass untuk semua
Bagi yang dah booking, sorang wakil kena ambik pass ni dari kaunter


Penat jugak menapak dari 1 tingkat ke 1 tingkat
Tipsnya kena pergi dari tingkat paling atas ke bawah
Kalau tak, memang malas dah nak naik ke atas


Galeri ni di tingkat atas sekali



Seterusnya... sila-sila ya cuci mata
































Keringkam





Proses menenun pua kumbu










Proklarasi kemerdekaan Sarawak

















Certificate of Identity
Surat beranak dibukukan tau



Tiang pengebumian orang Punan



Perahu perang Iban

Sebelum perahu perang tu ditempatkan ke dalam muzium, upacara miring terlebih dahulu dilakukan untuk meminta restu dan perlindungan

Proses memasukkan perahu ke dalam muzium untuk dipamerkan






Rumah Bidayuh


Selamat menjamu mata dengan gambar-gambar dalam muzium 
Saya park sini, in case takut MIA di Google Drive 😂


Bagi yang ingin berkunjung ke sini secara berkumpulan, bolehlah email terus ke bcm@sarawak.gov.my
Bagi yang booking untuk famili pulak, boleh isi link INI.


Lagi tips nak ke sini, boleh makan dulu sebelum masuk ke muzium sebab kat sini belum ada kafe. Kalau bawak air atau makanan, kena simpan dalam locker yang disediakan di lobi. Masa nak ronda-ronda dalam muzium ni dalam 2-3 jam. Kami hari tu pergi dalam 2 jam setengah.


Tapi kan...
Kalau yang tak minat sejarah, mungkin agak boring la.. saja jalan-jalan je kat dalam ni 
Saya yang suka sejarah ni, akan ambil masa sikit nak membaca.
Tapi kalau nak jalan saja-saja pun takdelah membosankan sangat pun, sebab banyak jugak info interaktif bukan setakat perlu dibaca je.

 

Post a Comment

8 Comments

  1. menarik...cantik keringkam...bagus bawa budak2 (dan org dewasa jg) tengok budaya orang kita..

    ReplyDelete
  2. menarik! boleh masuk dalam list kalau ke Kuching

    ReplyDelete
  3. Bagus tips melawat tingkat atas dulu baru ke bawah…hehe
    Memang besar sungguh la kalau perlu sampai 2-3 jam lawatan.

    ReplyDelete
  4. Bestnya jalan jalan sambil tambah ilmu..

    ReplyDelete
  5. bestnya kak, macam-macam ada dalam tu. Tengok baju, perhiasan tu semua cantik yang seriau tang tengkorak tu

    ReplyDelete
  6. Menarik! PH suka ke tempat-tempat berinformasi mcm muzium ni. Byk yg kita dapat belajar dan ambil tahu. Beg anyaman tu cantik :)

    ReplyDelete
  7. menarik utk dilawati klau sampai ke sabah

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥