Payslip Yang 'Koyak'



Aduhai.. nak nangis rasa tengok payslip bulan ni. Bulan ni bulan pertama potong pinjaman rumah under LPPSA. Memang terang dan nyata nombor di payslip di bahagian potongan. Nak nangis tak boleh, kena sabar.

So claim untuk outstation bulan ni kena buat cepat-cepat. Almaklumlah peruntukan untuk claim semakin menyusut di hujung tahun macam ni. Bahagian kewangan pun dah awal inform, siapa cepat dia dapat. Walaupun malas tapi kena buat jugak claim. Masalahnya sekarang dah lamaaaaaaaaaa sangat tak buat claim. Nasib baiklah sistem semakin mudah tak macam sebelum ni. Sebelum ni lambat sikit terus hilang apa yang kita penat-penat taip.

Semangat  nak pergi ofis pagi ni sebab nak setelkan claim. Masuk ofis, on pc lepas tu terus cepat-cepat bukak bungkusan nasi lemak yang ditapau di tepi jalan dekat dengan rumah. Breakfast depan pc jer hari ni. Takde teh O panas no hal. Setel nasi lemak sebungkus, terus bukak laman web HRMIS. Sekali dah bukak HRMIS, mak datuk rupanya last buat claim sebelum kita diumumkan PKP 2 tahun lepas!!! 



Saya memang ingat lagi sebelum PKP tahun 2020 dulu, memang saya setelkan semua, claim, income tax, markah-markah student semua dah siap tanda dan key in. Memang semua saya cuba setelkan awal sebab terasa lain macam benar je pengumuman PKP masa tu. Nasib baiklah setel awal so bila PKP dilanjutkan, tak perlu nak on pc buat kerja-kerja ofis di rumah. Masa tu lenggang-kangkung lagilah sebab belum ada istilah BDR (bekerja dari rumah). Bila dah mula BDR, bermulalah pula sibuk cari kursus online untuk setelkan laporan BDR. Ahaha! Macam-macam ada masa PKP hari tu. 

Kerana inilah payslipku 'koyak'. Huwaaa!!




5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Samalah perasaan kita bila pertama kali tengok payslip untuk potongan rumah.. "Koyak" gitu..

    ReplyDelete
  2. Takpa Kakmim...
    Rumah tu pelaburan terbesar kita..
    Kita pakat melalui dengan tabah..
    Tarik nafas sat...tahan.....hihihi

    ReplyDelete
  3. Walaupun koyak tapi satu pelaburan untuk masa depan :)

    ReplyDelete
  4. Tahun-tahun akan datang, dah tak terasa koyaknya tu. Kak Amie dua tahun lagi habis hutang dengan LPPSA. Oh, sudah 20 tahun potong gaji.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form