Pengalaman Sebagai Petugas SPR untuk PRU-15 (2022)

Alhamdulillah, done and dusted for PRU-15! Penat yakmat walaupun kali ini bukan bertugas sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM). Puas hati walaupun hanya bertugas sebagai kerani pengundian/mengira undi (KPMU), tetapi kali ni saya merasa pengalaman menjadi KP1, KP2 dan KP4. Dan KTM pun saya assist jugak memandangkan saya ada pengalaman as a KTM semasa PRN yang lepas, boleh pulak KTM saya lantik sebagai timbalan KTM. Takde masalah pun semua tu sebab we work as a team. Seronok bila semua yang bertugas dah ada pengalaman, semua benda dah tau, KTM pun rileks saja.

Pasukan 47 P.193 Santubong

Kali ini saya bertugas di Saluran 2 dengan jumlah pengundi seramai 576 orang. Peratus yang keluar mengundi di saluran kami 67% dan trend paling ramai turun di sebelah pagi, dari 7.30 pagi hingga 11.30 pagi memang tak sempat nak makan jajan. Bercerita mengenai jajan, saya secara tak langsung jadi AJK Makanan semasa bertugas kali ni. Siap bawak water heater lagi, boleh order hot tea or coffee ok. Haha! 

Stok bekalan untuk bertugas.

Paginya saya order mee hoon goreng dan popia sambal. Gambar tak sempat ambik sebab rushing nak bekfes sebelum nak meterai peti undi pada jam 7.15 pagi. Nasib baiklah kenal member yang boleh buat order dan delivery order sebelum 6.00 pagi. 6.00 pagi saya dah kena bergerak ke pusat pengundian yang 18km dari rumah. Walaupun hanya 20 minit tanpa jem daripada rumah saya tapi jalannya agak gelap dan kurang familiar memang sangat mencabar bagi yang mempunyai silau macam saya.

Proses pengundian berjalan lancar, tapi ada juga 2-3 orang yang nama tiada dalam buku daftar pemilih saluran kami. Pelik jugak sebenarnya tapi apa boleh buat itu di luar bidang kuasa kami. Ejen tempat mengundi yang dihantar parti bertanding pun baik-baik aje tiada yang nak provoke bagai. Masa mengira undi pun diorang akur je semua. Alhamdulillah sekali kira saja semua kiraan dah tepat. Semua petugas dah ada pengalaman kan? Dah tau strategi macam mana nak cepat dan kurang ralat. Syukur semuanya dipermudahkan. Masa mengira hanya fikir kiraan kena tepat dan nak balik rumah cepat. 

Keputusan di saluran kami macam biasalah berpihak kepada GPS dan keseluruhan Parlimen Santubong pun berpihak kepada GPS jugak.


Macam di Sarawak pusat pengundian tutup pada jam 5.30 petang berbanding di Semenanjung pada jam 6.00 petang sebab tu keputusan sana lambat keluar kot. Saya memang tak larat nak tunggu semua keputusan, awal lagi dah peng lepas makan malam. Yang ditunggu-tunggu mestilah hot seat di Sungai Buloh. Lepas ni lah godek-godek medsos cari keputusan penuh PRU.

Ramalan cuaca pada hari pembuangan undi, 19/11/2022 di Sarawak.

Paginya cuaca cerah, panas, terang benderang, memang ramai pengundi keluar di sebelah pagi. Sekali lepas waktu Zohor dalam jam 1.00 petang macam tu, memang hujan turun dengan lebatnya. Reda sekejaplah orang yang masuk ke saluran. Sempatlah serve teh tarik panas dan white coffee kepada ejen tempat mengundi. Hahaha. Kita kongsi rezeki. Ejen GPS bertukar ganti dari pagi ke petang. Ejen calon Bebas pun 3x jugak bertukar. Tapi PH tak hantar ejen pulak. Nasib baiklah hujan lebat tak sampai ke malam. Tapi balik malam tu mencabar jugak woo. Lagi mencabar daripada sebelah pagi sebab hujan rintik-rintik pulak tu. Dengan mata silau lagi!!! Memang ke depan habis dah badan masa driving sebab nak fokus jalan. Dah lah jalannya banyak selekoh pulak tu. Itulah antara faktor saya tak suka driving waktu malam. Kalau terpaksa jugak memang 'darurat' macam ni lah. Kalau boleh Encik Suami hantar, memang saya request je tapi dah bertugas jauh macam ni, susah jugak nak ulang-alik. Kena jugaklah jadi independent woman. Chewahh!

PRU-15 (2022)
Keluar rumah 6.00 pagi, kembali semula di pangkal jalan 7.45 malam. Keluar rumah masih gelap, balik rumah pun dah gelap. Jadi kenangan PRU-15. Next PRU mungkin dah boleh mengundi bersama si anak sulung kot ataupun saya masih berminat untuk bertugas untuk negara. Wallahu alam.

Puas hati dapat celup jari telunjuk kiri orang dalam dakwat kekal semalam. Hahaha!









11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Sha teringin juga nak jadi petugas tapi belum berani lagi nak joint.. hehehe.. Teringin nak merasa pengalaman bertugas semasa pilihanraya ni.. Seronok KakMim dapat pengalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt boleh la try sha.. seronok jugak.. dpt sumbangan luar jugak tu

      Delete
  2. Sini pagi hujan. Menjelang petang baru hujan reda.
    Warna dakwat makin gelap ya.

    ReplyDelete
  3. Best jugak tengok ramai rakan-rakan yang share jadi petugas. Teringin pulak. Eh kita geng silau. Kalau pergi mana-,mana kalut nak balik sebelum Maghrib

    ReplyDelete
  4. best best! suka tgk gelagat org ramai mengundi. sy mmg suka jg pegawai bertugas ms pilihan raya ni. tp tu laa cuma jd pacaba je so far

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak jd pacaba... lps ni boleh lah jd petugas pulak nies

      Delete
  5. penatt .
    he hee pengalaman ciknur pru yg ke 13. seminggu terus demam msk wad he hee

    ReplyDelete
  6. Alaaaa....saya tak berani nak minta celup jari..maklumlah 1st time jadi petugas..hihihi

    Alhamdulillah dah selesai yer kakmim..
    Hebatnya kakmim..banyak pengalaman kakmim bertugas dalam PRU...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, kakmim berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. Tahniah kak 😊

    ReplyDelete
  8. Banyak pengalaman KakMim. Next PRU macam teringin je join jadi petugas SPR. Xpayah celup dakwat. hehe...tahniah KakMim berjaya menjalankan tugas dengan baik. Penat tolak tepi dulu :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form