Review Warong Pak Jambang, Kapit

Throwback lama giler masa hantar adik posting di Kapit bulan Ogos yang lalu. Sebenarnya dah lama dah nak buat review pasal kedai makan ni, tapi malas ya ampun nak scroll gambar dalam gallery. Lepas ni dah boleh delete dah.


Kedai makan Warong Pak Jambang ni terletak di Kampung Bestari, Kapit. Ya, Kapit, bahagian ketujuh di Sarawak. Dulu-dulu nak ke Kapit hanya ada jalan sungai sahaja. Tetapi sekarang dah ada jalan darat, jalan Pan Borneo. Jalan menuju ke pekan Kapit ni berbukit-bukau tetapi itulah bentuk muka bumi sebenar Kapit. Kerana bentuk muka buminyalah kot jalan raya sukar dibina untuk menghubungkan Bahagian Kapit dengan bahagian lain suatu ketika dulu. Tapi alhamdulillah sekarang 3 jam saja driving dari bandar Sibu.

Kapit ni populasi penduduk tempatannya majoriti etnik Iban. So tak peliklah orang Melayu yang stay di sini pun pandai 'berjakok Iban' (bercakap bahasa Iban). Saya sebenarnya pertama kali menjejakkan kaki di Kapit, adik saya dan suami pula pernah juga beberapa kali atas urusan kerja. So dalam kepala saya mesti susah nak cari kedai makan Melayu di sini. Macam tu lah kan selalunya. Macam yang tak pernah ke Sarawak, macam tu lah mindset, susah nak dapat makanan halal. Betul tak?

 
Tapi tanggapan saya salah! Kat Kapit ni pekannya memang awal tutup. Pukul 6 dah sunyi dah. So kami sampai-sampai di Kapit terus cari makan dulu, mestilah cari nasik. Paling senang Sugar Bun lah. Bila malam adik saya ajak cari makan lagi. Dia Google kedai makan area Kapit so terjumpalah kedai Warong Pak Jambang ni di Kampung Bestari. Kami hanya berpandukan Waze saja untuk mencari kedai ni.

Sesat jugaklah nak sampai ke sini. Dah la jalan gelap, tak banyak lampu jalan, jalan bersimpang siur turun naik bukit pulak tu. Akhirnya sampai jugak. Meriah jugak kedai ni walaupun masuk dalam kawasan kampung. Orang Cina pun ada makan kat sini.


Banyak jugak menunya. Tak limited, macam nak makan apa je semua ada. Lebih kurang macam tu lah.

Nak makan burger pun ada. Panggang-panggang? Jugak ada.

Beef burger, tak ingat homemade beef ke tak. Sedap.

Buntut dan sayap panggang. Sambalnya sedap.

Sebelum tunggu order apalagi 3 beradik ni bergambarlah dulu.

Ipar saya order nasi ayam bakar.

Nasi goreng belacan pulak untuk Encik Suami. Saya tak order pun sebab tak lapar. Makan sayap ayam panggang je seketul.

Eh eh nak jugak bergambar. Hihi.

Kami 🥰

Bersama adik yang sekarang dah berkhidmat untuk anak-anak Kapit.


Ambik gambar rumah ni sebab kagum. Besar sangat rumahnya yang masih dalam pembinaan. Besar memanjang ke belakang. Tapi memanglah memang rumah-rumah di kampung tu semuanya besar-besar belaka. Selain review makan, rumah pun kena review ek. Hehehe. Begitulah kalau jalan-jalan ke tempat orang. Semuanya diperhatikan. Sebab tu lah orang kata, jauh berjalan luas pengalaman. Sebelum nak ke tempat lain, habiskan dulu explore di tempat sendiri. 

Now bahagian di Sarawak yang saya belum sampai lagi ialah Mukah dan Limbang. Semoga adalah rezeki ke sana lepas ni.





12 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Dalam gambar tu muka Pak Jambang macam mat saleh 😅
    Buntut dan sayap panggang tu nampak menggoda lah.

    ReplyDelete
  2. ingat tadi restoran wak doyok hehehe...

    best nyaaaa dpt makan kat tempat2 baru sampai mcm ni...

    saya pun pasang jg angan2 kalau pan borneo dah siap sepenuhnya nak merayau ke sana juga insya allah mudah2an ada rezeki nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xtau lah kalau dia pinjam gambar wak doyok 😂😂😂 dr swak terus ke sabah nies.. cun giler

      Delete
  3. la..k.min org sarawak ke? igt org semenanjung..:)

    ReplyDelete
  4. Pak Jambang tu memnag berjambang ke?🤭🤭
    Kalau saya ...pilih nasi goreng belacan sebab belacan Sarawak bau dan rasa dia memang sedap kan...
    Kakmim...buah dabai musimnya bulan berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy x jumpa pn pak jambang tu kak 😂😂 ns grg belacan pedas2 mmg sedap.. mee belacan pn ada jugak kak 🤭 dabai selalunya sama musim dgn durian.. ada durian adalah dabai.. skrg dh off season dh

      Delete
  5. Yelah kan dekat sana pukul 6 petang dah gelap macam 8 malam kan, tapi menarik jugak ada kedai makan yang masih lagi meriah. Nampak besar juga kedainya... makanan pun nampak sedap tu kak oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belom gelap lg dana.. cuma kapit ni bkn bandar besar so mmg xde life mlm.. nk tenang2 aje boleh duduk sini

      Delete
  6. Bagusnya ada banyak menu, senang pelanggan nak buat pilihan. Kaya betul tuan punya rumah. Tauke balak ka?

    ReplyDelete
  7. Bab. Montot ayam dan sayap ayam tu SA suka...alahai Kak Mim kenyang plak...psst..SA mengidam nak makan mee kolok hj saleh Sepinang Sari lagi la .hahahaha...ngade kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form