Hari Pemuafakatan

Sarapan Dulu

Cerita semalam, hari pemuafakatan sekolah abang dan kakak. Sekolah dah maklumkan murid boleh datang dengan ibu-bapa, tak perlu hadir awal ke sekolah, makanya kami ke ofis dulu, check in SpotMe dan isi borang permohonan keluar pejabat. Lepas tu bekfes la dulu. Apalagi kan? 

Lama juga saya tak pekena roti canai kedai bawah ni. Semalam ada gemg berbaju sekolah teman makan.

Penetapan MyTarget

Sampai je di sekolah, mak oi orang dah ramai. Parking pun jauh. Sampai di kelas Iman, ambil no giliran dapat no 9. Sementara tunggu giliran, kena buat penetapan target dulu berdasarkan pencapaian ujian sebelum ni.

My target
Isi myTarget dulu sementara tunggu giliran. Setelah selesai di kelas kakak, kami ke kelas abang pulak. Blok yang lain, kelas tingkat paling atas. Semput! Menyesal tak on Strava. Kalau tak, berkilometer jugaklah berjalan dari parking ke blok-blok kelas. 

Keputusan abang agak merisaukan. Tapi faham first time duduk ujian format sekolah menengah. Ada masa sebulan lagi untuk gandakan usaha untuk peningkatan next ujian bulan 8.

Bergambar Dengan Dinosaur

Selesai urusan dengan guru kelas abang, kami pun balik. Saya ambil kesempatan untuk meronda blom kelas dan mengimbau kembali zaman persekolahan saya dulu. Bagitau abang dan kakak di mana kelas Ibu, kantin, tandas. Banyak yang berubah dah. Kelas ibu dulu pun dah jadi cafe untuk murid-murid lepak dan makan di waktu rehat.

Landskap di kawasan sekolah
Sempat paksa 2 beradik bergambar dengan dinosaur. Ahaha. Zaman ibu tak ada lagi, tapi zaman mak ngah diorang dah wujud dinosaur ni.

Selesai semua urusan di sekolah kami pun balik ke ofis ibu. Sementara ibu buat kerja, pandai-pandailah diorang buat kerja masing-masing.
 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Semoga anak berdua tu mencapai kejayaan hasil kasih sayang ibubapa...alhamdulillah selesai kan satu urusan anak-anak

    ReplyDelete
  2. Moga anak2 kita terus cemerlang akademik dan akhlak..aamiin🤲

    ReplyDelete
  3. all the best kiddos! kita pun sama daaa... cuma, sekolah daktiga bukan sekolah kita. hiii...
    kitanya berhijrah.

    ReplyDelete
  4. Result anak2 ammi pun merisaukan especially kakak yg nak SPM tahun ni

    ReplyDelete
  5. Bagus juga ada apps kan. Senang register dan proses seterusnya. Fuhh sekolah bertingkat-tingkat ni jenuh mak bapa nak panjat tangga. Tengok mereka ni, tahu-tahu dah sekolah menengah dah. Semoga akan datang resultnya bertambah baik. Bestlah anak-anak pun mewarisi sekolah kita dulu.

    ReplyDelete
  6. Menarik pulak ada dinasour tu.
    All the best Kakak Iman dan Abang.. semoga terus cemerlang.

    ReplyDelete
  7. all the best buat dua beradik ni hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form