Kelebihan Menziarahi Orang Sakit

Kuching -Sri Aman

Semalam road trip yang tak dirancang, tiba-tiba ada di Sri Aman. Perjalanan Kuching ke Sri Aman sejauh 192 km memakan masa selama 2 jam setengah. Saya dan Encik Suami bawak mak dan bapak menziarahi saudara kami yang kurang sihat/sakit di kampung kelahiran arwah Nek Aki di daerah kecil Lingga, Sri Aman. Kami berempat bergerak dari rumah pada jam 7.00 pagi.

Perjalanan pagi semalam agak lancar, kereta pun tak berapa banyak. Mungkin sebab tengah bulan dan masih awal pagi atau pagi Ahad orang masih ramai ke gereja, banyak kemungkinan. Betul jangkaan Waze, 9.25 pagi kami dah berada di bahagian kedua Sarawak, Sri Aman.

Sampai saja di Sri Aman, kami cari makan dulu. Kami memang tak ada singgah untuk breakfast di mana-mana sebab nak sampai awal di Sri Aman. Macam biasalah kalau sampai di Sri Aman, kami akan singgah makan di Tandang Sari.

Seronok bila tengok buffet lauk tengah hari dah banyak dan semuanya masih panas lagi. Fresh from the kitchen gitu. Saya, mak dan Encik Suami pun pilih lauk untuk nasi campur masing-masing.

Bapak pula teringin tengok order yang dihantar waiter ke meja-meja yang kami lalu. So bapak makan roti canai kuah banjir special. Dia seorang je tak makan nasik.



Terus ke Kampung Hilir Lingga, Sri Aman

Sejam di Tandang Sari. Kami makan, melonggarkan otot-otot dan buang apa yang patut dulu di situ. Selepas setel semua 'urusan yang perlu diselesaikan', termasuklah ke toilet, hihi, kami meneruskan destinasi sebenar kami di Kampung Hilir Lingga atau nama baharunya Kampung Siantan Lingga. Perjalanan ke kampung mengambil masa 1 jam. Jalannya tak berapa nak elok, ada part masih jalan berbatu dan bergelombang. Insya Allah kalau jambatan siap nanti, makin pendek masa perjalanan balik kampung.

11.30 pagi kami sampai di Kampung Hilir dan terus ke destinasi yang dituju dan objektif kami melawat saudara yang sakit dan sekali harung melawat makcik dan pakcik saudara mak (adik-beradik arwah Nek Aki). Setiap rumah yang dilawat kami target masa 1 jam sebab kami kena balik awal, sebab jalan dari Lingga ke Sri Aman masih gelap. Alhamdulillah, kami spend 3 jam di kampung, 3 buah rumah. 3.30 petang kami mohon undur diri untuk bergerak ke Sri Aman. Singgah solat di masjid di Sri Aman sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuching.

Hati Lega

Santai je perjalanan kami semalam, perjalanan lancar takde jem, kereta macam tak banyak je di Pan Borneo, so boleh la bawak laju sikit. Tepat jangkaan Waze sekali lagi, kami sampai di rumah sebelum maghrib, sebelum 7 petang. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Hati pun lega dapat bawak mak dan bapak balik kampung dan menziarahi nenek saudara yang sakit. Di samping itu, dapat juga menziarahi moyang-moyang yang sudah tua dan uzur. Sekarang Nek Aki dan Nek Wan pun dah tak ada, cuma mereka ni je lah orang-orang tua kami.


Kelebihan Menziarahi Orang Sakit

Anas bin Malik RA memberitahu, ada seorang pemuda Yahudi yang pernah berkhidmat kepada Rasulullah SAW. Pada suatu hari, pemuda itu jatuh sakit. Rasulullah SAW pergi menziarahinya, lalu duduk di sebelahnya dan menasihatinya supaya memeluk Islam. Pemuda itu melihat ayahnya, lalu ayahnya berkata, “Wahai anakku, taatilah dia (Rasulullah SAW)!” Kemudian, dia memeluk Islam.

Setelah meninggalkan pemuda itu, Rasulullah SAW bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang telah menyelamatkan pemuda itu dari azab neraka melalui wasilahku.”
Rasulullah SAW bersabda, “Wahai sahabatku, ziarahilah orang sakit, berilah makanan kepada orang yang lapar, dan merdekakanlah hamba!”
Banyak sekali hadis Syarif tentang menziarahi orang sakit, ini menunjukkan betapa pentingnya menziarahi orang sakit dalam Islam. Abu Hurairah RA meriwayatkan seperti yang berikut, “Apabila seseorang pergi menziarahi orang sakit, akan terdengar seruan dari syurga, ‘Engkau telah menjadi baik dan bersih, dan amat baik bagimu kerana telah pergi menziarahi orang sakit. Engkau telah mendapat tempat di syurga’.”

Ungkapan “kamu telah menjadi baik dan bersih” bermaksud “kamu telah dibersihkan daripada dosa-dosamu”–Allāhu a’lam. Adapun ayat “dan amat baik bagimu kerana telah pergi menziarahi orang sakit.” bermaksud setiap langkah yang kamu lakukan akan dibalas dengan pahala dan kebaikan.

Kredit: Penulisan Artikel Dari FB Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah


doa menzirahi orang sakit


Post a Comment

13 Comments

  1. shafahallah utk nenek saudara mim

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan dan diberikan kesembuhan buat nenek Mim

    ReplyDelete
  3. Hebat sunnah nabi ikutan yang terbaik kepada kita umatnay..hati yang ikhlas tak kira jauh dekat kena juga ziarah orang yang kita kenal sakit..cuma jika di KL..kiram kata-kata semangant guna whatssup kan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat ziarah keluarga di kampung bawa mak ayah. Dapat mengeratkan silaturahim.

    ReplyDelete
  5. Semoga diberi kesembuhan utk nenek saudara..
    Nampak mudalah mak kak mim 😁

    ReplyDelete
  6. Semoga nenek dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. Alhamdulillah, perjalanan ke sana semua lancar dan mudah.

    ReplyDelete
  7. syukur selamat sampai kerumah nenek, moga cepat sembuh buat nenek...

    ReplyDelete
  8. semoga diberi kesembuhan pada nenek nya..
    Alhamdulillah, dapat juga bawa mak bapak menziarahi saudara mara..

    ReplyDelete
  9. Roti canai kuah banjir special tu kan, betul2 menambat mata, sebab memang suka roti canai banjir.

    ReplyDelete
  10. Moga semua nya dikurniakan kesihatan yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. nenek dan saudara yang lain dapat diziarahi.
    Semoga semuanya diberi kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  12. Kemarin itu ada terbaca juga adab ketika menziarahi orang sakit. Yg paling saya ingat, memperhatikan waktu, jangan berlama2, jangan sampai duduk, dan menawarkan bantuan .

    Bahkan dalam Islam pun, adab , etika dan hukum menjenguk orang sakit sudah ada sejak zaman Rasul ya kak ❤️

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah...dapat juga menziarahi saudara yang sakit. Kita ni selagi tak melawat rasa macam tak selesai je kan. Syukurlah dapat bawa mak ayah sekali. Semoga saudara KakMim terus diberikan kekuatan, kesabaran dan segera sembuh. Aamiin...

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!