Nampaknya selepas ni rutin hari Ahad kami akan berubah. Awan dah start tusyen minggu lepas, minggu ni abang pun saya daftarkan sekali tusyen di centre yang sama. Lepas ni selalulah kami di Eco Mall di hari Ahad. Hihi.
Lepak makan aiskrim Momoyo pun ok je sini.
Foodcourt di Eco Mall ni sebenarnya not bad jugak. Banyak jer menu yang sedap-sedap. Minggu ni 3 beradik ni nak makan makanan Jepun. Si kakak pulak ke sekolah ada group assignment nak kena shoot video di sekolah. So kami lepak berlima je.
Video ni saja je nak try layout di Whatsapp story. Lagi banyak pilihan layout berbanding dengan IG story. Saya suka, saya suka.
Abang makan smoke duck spicy ramen. First time try. Boleh tahan sedap. Tapi kalau saya, tak habis kalau kena makan sorang ni.
Udang tempura ni memang favourite dak bertiga ni. Tapi kalau kita masak menu udang macam kari ke, butter ke, diorang tak makan pulak. Pelik bin ajaib bebudak bertiga ni. Hihi
Lunch kami hari ni disponsor adik saya cikgu yang di Kapit sana. Tetiba pagi ni semua kakak dia dapat notification di akaun bank masing-masing, sedekah hari Asyura katanya. Dia suruh pegi makan nyaman-nyaman. Tak suruh pun memang nak pergi makan kat luar jugak, nyaman tak nyaman lain cerita. Janji tak masak. Hahaha.
Terima kasih Dedek. Semoga digandakan rezeki dan dipermudah urusan selalu.






16 Comments
Alhamdulillah, patot lah Linda bermurah hati nak belanja corndog kat anak2 semalam... Hahaha..hari2 pun ibu lanje makan padahal ya...
ReplyDeleteTerliur tengok aiskrim Momoyo. Sedapnya!
ReplyDeleteSambil menyelam minum air gitu. Dapat juga menyelam di Eco Mall sekali. Hiks. Agaknya kena hidang dengan food plating macam kat kedai kot baru dorang makan. Macam tu lah bila mak-mak masak. Anak-anak makan ikut mood kadang. Alhamdulillah...rezeki Dedek belanja.
ReplyDeleteKalau saya udang tempura tu tak cukup. Hihi...
sedapnya udg tempura
ReplyDeletesesungguhnya menu itu mengiurkan.
ReplyDeletepatutlah rasa tuan asben berbesar hati mengoffer itu dan ini semalam. isk!
alhamdulillah, janji perut happy mood pun happy.
murah rezeki adik, belanja semua adik beradik ❣❣
ReplyDeleteBagusnya adik belanja kakak-kakaknya 💙
ReplyDeleteNampak sedap eskrim tu, dua perasa.
Bagusnya adik tu... Nak kakak angkat tak? Ahahaha 😆
ReplyDeleteBest laaa ada yang belanja.. tak payah masak tu.
ReplyDeleteAda pulak aiskrim momoyo... nampak macam familymart juga.
saya penasaran dengan eskrim matcha nya
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Smoga makin murah dan lapang rezeki adik kakmim.. Aamiin..
ReplyDeleteTempura Udang tu buat akak terliur la...
ReplyDeletewaduhhhh sedapnyaaaa aiskrim momoyo!
ReplyDeleteBahagia rasanya diberi makan..juadah pun lazat di hari Asyurah. Singgah sini ya
ReplyDeleteRamen smoked duck itu menggoda sangaaaaaat 😍😍😍😍. Kalo porsi besar memang saya pun tak habis, kecuali lapar beraaat 😄😄.
ReplyDeleteAiiih terlepas pula hari asyura. Tgl itu saya masih road trip Sumatra, jadi memang susah lah nak mengingat tgl. Banyak rezeki untuk adik kakak ❤️
Alhamdulillah rezeki . Semua makanan nampak menyelerakan . Enjoy your food
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!