Rezeki di Hari Asyura

Nampaknya selepas ni rutin hari Ahad kami akan berubah. Awan dah start tusyen minggu lepas, minggu ni abang pun saya daftarkan sekali tusyen di centre yang sama. Lepas ni selalulah kami di Eco Mall di hari Ahad. Hihi.

Lepak makan aiskrim Momoyo pun ok je sini.

Foodcourt di Eco Mall ni sebenarnya not bad jugak. Banyak jer menu yang sedap-sedap. Minggu ni 3 beradik ni nak makan makanan Jepun. Si kakak pulak ke sekolah ada group assignment nak kena shoot video di sekolah. So kami lepak berlima je.

 Video ni saja je nak try layout di Whatsapp story. Lagi banyak pilihan layout berbanding dengan IG story. Saya suka, saya suka.

 
Abang makan smoke duck spicy ramen. First time try. Boleh tahan sedap. Tapi kalau saya, tak habis kalau kena makan sorang ni.

Udang tempura ni memang favourite dak bertiga ni. Tapi kalau kita masak menu udang macam kari ke, butter ke, diorang tak makan pulak. Pelik bin ajaib bebudak bertiga ni. Hihi



Lunch kami hari ni disponsor adik saya cikgu yang di Kapit sana. Tetiba pagi ni semua kakak dia dapat notification di akaun bank masing-masing, sedekah hari Asyura katanya. Dia suruh pegi makan nyaman-nyaman. Tak suruh pun memang nak pergi makan kat luar jugak, nyaman tak nyaman lain cerita. Janji tak masak. Hahaha.

Kelebihan hari asyura
Terima kasih Dedek. Semoga digandakan rezeki dan dipermudah urusan selalu.











 

Post a Comment

16 Comments

  1. Alhamdulillah, patot lah Linda bermurah hati nak belanja corndog kat anak2 semalam... Hahaha..hari2 pun ibu lanje makan padahal ya...

    ReplyDelete
  2. Terliur tengok aiskrim Momoyo. Sedapnya!

    ReplyDelete
  3. Sambil menyelam minum air gitu. Dapat juga menyelam di Eco Mall sekali. Hiks. Agaknya kena hidang dengan food plating macam kat kedai kot baru dorang makan. Macam tu lah bila mak-mak masak. Anak-anak makan ikut mood kadang. Alhamdulillah...rezeki Dedek belanja.
    Kalau saya udang tempura tu tak cukup. Hihi...

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya menu itu mengiurkan.
    patutlah rasa tuan asben berbesar hati mengoffer itu dan ini semalam. isk!
    alhamdulillah, janji perut happy mood pun happy.

    ReplyDelete
  5. murah rezeki adik, belanja semua adik beradik ❣❣

    ReplyDelete
  6. Bagusnya adik belanja kakak-kakaknya 💙
    Nampak sedap eskrim tu, dua perasa.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya adik tu... Nak kakak angkat tak? Ahahaha 😆

    ReplyDelete
  8. Best laaa ada yang belanja.. tak payah masak tu.
    Ada pulak aiskrim momoyo... nampak macam familymart juga.

    ReplyDelete
  9. saya penasaran dengan eskrim matcha nya

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Smoga makin murah dan lapang rezeki adik kakmim.. Aamiin..

    ReplyDelete
  11. Tempura Udang tu buat akak terliur la...

    ReplyDelete
  12. waduhhhh sedapnyaaaa aiskrim momoyo!

    ReplyDelete
  13. Bahagia rasanya diberi makan..juadah pun lazat di hari Asyurah. Singgah sini ya

    ReplyDelete
  14. Ramen smoked duck itu menggoda sangaaaaaat 😍😍😍😍. Kalo porsi besar memang saya pun tak habis, kecuali lapar beraaat 😄😄.

    Aiiih terlepas pula hari asyura. Tgl itu saya masih road trip Sumatra, jadi memang susah lah nak mengingat tgl. Banyak rezeki untuk adik kakak ❤️

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah rezeki . Semua makanan nampak menyelerakan . Enjoy your food

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!