Terpalinglah sangat. Macam dia sorang je sibuk. Ahahaha!!
Assalamualaikum semua!! Quick update saja sebab rasa lama tak update kan? Macam buzy sangat dah. Kerja non stop tak pandai habis.
Ready untuk kursus ni hari ni. Peserta hari ni tak ramai, ustazah-ustazah dar pusat tahfiz. Semoga dipermudah semuanya. Cabarannya sudah tentu berkenaan akaun Google mereka nanti, bila personal account, limited la jawabnya. Nak create email baharu pun bukan semudah dulu dah sekarang.
Walaupun hari ni hari batik, saya pakai tshirt je la senang nak bergerak. Balik karang nak ke stadium pulak sebab si abang dan kakak ada hari sukan sekolah hari ni. Kang berbaju batik ke stadium semua orang pandang-pandang pulak.
Sebelum bekerja keras, menuai padi, menoreh getah, kita bukak bekalan dulu. Agaknya saya bekal apa ye?
Bekal pasta bolognese je. First time guna pasta jenis ni. Terlembik pulak, nasib baiklah sedap, semua #theIMANs makan bertambah-tambah. Awan semangat bawak 1 kontena tipooware untuk share kawan-kawan. Saya pun bawak jugak 1 tipooware untuk student yang sampai awal di Kolej. Alhamdulillah, berkongsi rezeki apa adanya.




9 Comments
terlembik sikit je kak mim.. janji sedap dimakan.. perut pun kenyang.. ^^
ReplyDeleteSedap tu yang penting :)
ReplyDeleteSekarang strict sikit nak buat email ye. Mana yang tak aktif lama tu dia akan delete. Kalau tak pakai batik takpe ye KakMim. Senang boleh pakai Tshirt terus tak payah nak tukar-tukar kalau paaki batik kan. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki. Yang penting sedap.
ReplyDeleteHeheeee...tak kisahlah terlembik, janji sedap kan Mira
ReplyDeleteAiiih dah lama tak masak bolognese. Sebenarnya yg suka ini hanya suami. Tapi saya sesekali makan juga 😄. Paling suka kalo ditambah sedikit tabasco yg varian pedas.
ReplyDeletetu pasta yg mana satu ea kak? sejak ada spegeti wow tu, lama tak masak pasta, hahaaa~...
ReplyDeletedaktiga request time bila kawan-kawan dtg rumah ja baru berpasta.
Huntonglaaa student dapat lecturer pandai masak...
ReplyDeletebekalan tu nampak sgt sedap!
ReplyDeleteKalau nak ke stadium sokong anak-anak, mestilah pakai simple je kan senang bergerak. Kang duduk panas-panas dengan batik, habis berpeluhh
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!