Hari Pemuafakatan Pelajar Form 5

Hari ke-5 di tahun 2026, hari kedua bekerja di tahun baru. Masalahnya lemau, mungkin sebab masih cuti sekolah kot. Pagi ni check-in lambat, memang jarang-jaranglah masuk ofis selepas jam 8 pagi. Nampak gaya petang ni balik lambat la kita.

Bila on PC, mood nak buat keja pun masih in-active. Astaga astaga. Banyak benda nak kena buat ni, dah la pelajar senior dah mendaftar hari ni, minggu depan pulak dah start kelas. Haishh. Nak ambik mood siapkan soalan-soalan, kita update blog dulu la ek.

Update cerita semalam la, nanti kenangan si sulung bila dah habis sekolah. Isk, tahun ni tahun terakhir my Iman di bangku sekolah, ya Allah maknya pula rasa berdebar, sedih, rasa biarlah dia di bangku sekolah je, biarlah kita hantar-ambik dia pagi-petang. Tak sanggup rasa bila nak berjauhan nanti.


Semalam ada hari pemuafakatan di tempat tusyen Iman. Alhamdulillah, Along (guru tusyen Iman) memaklumkan progress Iman okay sangat di tempat tusyen. Alhamdulillah masa UASA hari tu markah Add Maths Iman pun naik berbanding result masa UPSA. Saya pun tak sangka tengok markah Add Maths masa pemuafakatan di sekolah. Nampak la ada progress sejak Iman join tusyen di AMK masa bulan Julai 2026. Tahniah Iman, alhamdulillah, masya Allah, berkat usaha Iman dan Allah pun mengizinkan. Terima kasih juga Along atas tunjuk ajar dan motivasi.


addmaths kacang
Kalau ada yang berminat, boleh la follow YoutubeTelegram atau Tiktok Addmathskacang (AMK). Ramai follower Along AMK ni. Iman join kelas fizikal dan ada jugak beli video seminar Along. Yang seminar kalau tak dapat join online pun tak apa sebab ada recording. So far membantu sangat, sebab banyak testimoni pun ramai yang join online je yang dari Semenanjung. Dari testimoni walaupun tengok recording je sangat membantu result Add Maths mereka dalam trial SPM dan SPM sebenar. Alhamdulillah, semoga Iman pun boleh nanti, insya Allah.

Tahun ni tahun terakhir si sulung Ayah Ibu ni di bangku sekolah. Tahun 2026, bersedialah batch 09 untuk SPM pada hujung tahun nanti. Fighting fighting!!!



 

Post a Comment

4 Comments

  1. SPM tahun ni pejam celik sekejap je nanti. Bagus la ada tuisyen ni boleh tambah2 ilmu sedia ada.

    ReplyDelete
  2. Semuga di permudahkan urusan. Sekejap je masa berlalu kan.

    ReplyDelete
  3. Dah form 5 rupanya Kakak Iman. Sekejap jer masa berlaku, dulu kecik lagi Kakak Iman masa kenal Mim.

    ReplyDelete
  4. aihh... berdebar lah kalau dah SPM ni.
    Semoga terus sukses ya Kakak Iman.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!