Hanging part 2

Sebenarnya 'hanging' nih gelaran yang aku dan adik-adik aku panggil bila nak bercerita pasal kes bunuh diri ni. Kitorang pun tak sangka kes bunuh diri ni boleh terjadi di hari baik bulan baik hari tu. Nak cerita panjang lebar pun aku sendiri pun tak tau kisah sebenar. Cerita-cerita yang kami dengar pun ada banyak version. Entah la, nak baca news pun takde publish dalam news. So dengar cerita orang kiri-kanan jer la.

Kisahnya begini. 25 Ramadhan hari tu, aku balik dari kerja seperti biasa. Sesampainya di umah mak aku gitau ada orang meninggal kat belakang umah, gantung diri. Aku pun terkejut beruk la. Bulan-bulan puasa, gantung diri? Tak beriman ke apa? Tapi benda dah terjadi. Dah dikerjakan pun on 24 Ramadhan. Kitorang yang ketinggalan LRT tak tau cerita orang belakang umah (lorong lain). Lagipun kesnya terjadi siang, masa kitorang takde kat umah, semuanya pergi kerja.

Pada mulanya jiran 1 lorong (Pakcik A) call bapak aku. Ada orang bertanyakan dia betul ke ada orang gantung diri di lorong kitorang, tapi Pakcik A tu tak tau. Tu yang dia tanya bapak aku. Bapak aku pun tak tau apa. Makin ler bapak aku curious. Pakcik A gitau lagi tak mungkin lorong kitorang sebab kat lorong kitorang takde orang kerja MAS. Memang sah bukan lorong kitorang, rupa-rupanya lorong belakang umah aku. Selang 2 buah umah dari umah aku.

Lepas tu, heboh la cerita-cerita kes hanging nih. Yang peliknya umah si hanging nih sunyi-sepi jer so kitorang assume si arwah dikerjakan di umah maknya. Masa tu kan bulan Ramadhan, masa petang-petang bapak aku pergi la bazaar yang dekat dengan umah aku tu. Terjumpa la anak jiran aku (tinggal lorong lain), dia cakap ada ex-schoolmate dia meninggal tapi tak tau lorong mana. Bila aku dengar bapak aku story kisah dia terjumpa anak jiran aku tuh, aku dah syak budak yang meninggal tu 1 sekolah rendah ngan aku dan tua setahun dari aku. Hmm... muda lagi tu, kenapa bunuh diri?

Pastu khabar-khabar angin bertiup kencang, arwah ni bunuh diri kerana tak tahan dikejar along. Betul ke tak aku pun tak tau. Macam-macam cerita la kitorang dengar. Masa raya pun bila berziarah orang sibuk cerita kes hanging nih. Dan kepastian cerita yang boleh dipercayai bila jiran belakang umah aku yang ada di masa kejadian mengesahkan memang arwah tu menggantung diri di tangga umah. Huhuhu. Seram. Betul sangkaan adik aku kat tangga sebab takde tempat lain lagi yang sesuai untuk menggantung diri di umah kitorang nih.



Kat sinilah (anak panah) isteri si arwah menemui arwah tergantung. Wallahualam. Tapi nih umah aku yek bukan umah si arwah. Tapi sepesen jer la dah namanya umah perumahan.

Cerita ni aku tak berani nak kata benar dan sahih. Kalo orang tipu tokok-tambah cerita, aku pun tipu jugak la. For sure yang dah meninggal tu redha jer la, tak baik la nak mengaibkan orang. Takut memang takut kalo malam-malam sebab umah arwah ni memang kosong lepas kejadian tu sampai sekarang. Jiran belakang umah aku (sebelah umah arwah) gitau yang famili dia dah amik barang-barang kat umah tu. Aku sekarang dah ler tido sorang-sorang, kekadang boleh plak aku imagine aku keluar dari bilik nengok ada wayar kat pagar kat tangga tuh (bilik aku berdepan ngan tangga). Sib baik la siang, kalo malam mana la aku berani nak taip kisah ni. Kalo aku takut tunang aku ler jadi mangsa kena layan sms aku sampai la aku tertidur. Hehehehe.



6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. salam myra,
    jgn la dok pk sangat ceta hanging tu..kalu teringat banyak baca ayat kursi dan istifar byk2...

    ReplyDelete
  2. ada juak mek ngr kes orang gantong dirik ya..rah sukma nak?

    ReplyDelete
  3. ~ owhh, kes bunuh diri ker nih. erm, banyak lagik cara lain boleh di settlekan melainkan dengan membunuh diri. huhuhuhu..

    dulu pun ada org gantung diri kat lab fakulti engineering(UPM). kan amy kolej 11. mengadap plak fakulti tuh. mengadap plak lab tuh. memang sebulan pertama, dak2 kolej 11 memang cam ketakutan skit time2 malam nak tengok arah depan fakulti engineering. ~

    ReplyDelete
  4. masaalah diri, menekan jiwa,
    cam kesian kat dia,
    berapa punya besar lah tekanan?
    yang dia bleh pikir nak bunuh diri sebagai langkah penyelasaian.

    kesian kat dia.

    ReplyDelete
  5. erhhh, mcm menakutkan lak cite akk ni. huhu. skang pun ade gak yg nak hanging2. erm...

    ReplyDelete
  6. risanur,
    tq akak.. skrg dh x pk sgt dh

    khaty,
    aok.. di sukma.. apa versin yg ktk dgr? hehehe

    amy,
    seram kn? ngk umh tu pn dh spooky dh... blom pn sebulan.. kalo dh berbulan2 xtau lg cmne

    pocket,
    x sure bunuh diri atau kena bunuh
    tp kalo bunuh diri, x kesian, tp menyesal krn dia amik jln singkat

    diya,
    tu la x sangka lak kisah ni terjadi di bulan ramadhan yg mulia

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form