Kisah Benar: 1001 Caesarian

Di awal pagi yang indah dan ceria ini, saya nak berkonsi sedikit lah tentang pengalaman saya semasa melahirkan Iman Madihah. Saya pun tak tau, boleh ke idak dikatakan 'melahirkan'. Mungkin orang-orang yang merasakan diri mereka HEBAT akan MENIDAKKAN term 'melahirkan' yang saya gunakan. Al-maklumlah kan, saya ni bersalin kaedah caesarian, bukan normal seperti ibu-ibu yang lain. Nah, perasaan rendah diri saya sudah tiba kembali.

Alhamdulillah. Itu saja yang mampu saya ucapkan sebelum saya meluahkan apa yang tak terluah di bibir saya selama ini. Hanya kepada Encik Suami tempat saya bercerita, meluahkan perasaan, menitiskan air mata, jika sebaris dua kata daripada orang-orang yang HEBAT ketika melahirkan diajukan kepada saya. Oh, kenapa tiba-tiba saya begitu sensitif?

Perasaan ini, perasaan rendah diri ini, sudah terbit di lubuk hati saya semenjak saya diberi pilihan oleh pakar perubatan untuk bersalin secara caesarian, ataupun sesiapa yang tak tau apa itu ceasarian, iaitu melahirkan anak secara pembedahan. Ya! Bayi saya keluar ikut 'tingkap', bukan ikut 'pintu' seperti biasa tapi saya juga telah mengendong bayi saya selama 39 minggu atau 9 bulan 21 hari. Saya juga merasa pengalaman morning sickness, bengkak kaki, pening-pening, ya, saya merasa semua itu. Itu normal kan? Cuma pabila tiba saat melahirkan, kepala bayi saya tidak turun ke bawah seperti biasa, maka sebab itulah saya diberi pilihan untuk c-section. Seperti kata pakar perubatan, jika dulunya kes seperti saya ini boleh melahirkan secara normal tapi sekarang mereka tidak menggalakkan kaki bayi yang keluar dahulu kerana ini membahayakan nyawa bayi dan boleh menyebabkan kematian. Tambahan lagi, jika kes anak sulung seperti saya, yang tiada pengalaman ataupun lebih tepat lagi tidak tahu meneran, memang mereka tidak akan benarkan bersalin secara normal. Maka, siapa yang nak menanggung risiko? Pengamal perubatan pun tak mahu menanggung risiko apatah lagi saya. Bayi saya yang pertama,cahaya mata penyeri hidup keluarga, saya takmo kehilangan bayi saya tanpa sempat saya mencium dahinya, tanpa sempat ayahnya untuk mengazankannya. Saya tak mahu.

Sepanjang tempoh kehamilan saya, alhamdulillah kesihatan saya begitu memberansangkan. Tiada kes serius, cuma sekali paras HB saya turun ke 10 (sekali je), sekali sembelit (5 hari jer). Semasa di trimester pertama, morning sickness saya pun terkawal cuma saya ada gatal-gatal di kulit (berparut tapi saya redha). Tapi pabila masuk ke trimester kedua, semuanya ok. Pertambahan berat badan pun normal dan berkadar linear. Perut saya mula membesar dan tak boleh disembunyikan lagi ketika kandungan berusia 28 minggu atau 7 bulan. Ramai yang mengatakan perut saya kecil. Ya. Perut saya kecil, tak besar, tak macam orang mengandung yang lain. Mungkin emak saya pun macam tu(mungkin gen), atau mungkin jugak sebelum mengandung memang perut saya FLAT atau istilah kawan-kawan di kampus dahulu, tidak berperut. Bukan salah saya perut saya tidak membesar. Yang saya tahu bayi di dalam kandungan saya sihat dan pertambahan berat saya juga berkadar linear, naik dengan perlahan-lahan seperti di dalam graf. Saya punya perut saya tau lah,bayi saya pun bergerak dan memberi respon secara aktif semasa dalam kandungan, saya tak heboh pun.

Mungkin hikmah perut saya kecil, saya boleh bergerak aktif semasa di ofis. Saya ke sana, ke mari tapi pabila naik tangga jer, itu sedikit melenguhkan. Bab-bab berjalan saya ok lagi, tawaf The Spring berkali-kali walaupun kaki saya bengkak di kala kandungan 7 bulan. Driving pun no problem, kandungan 37 minggu saya masih driving seorang dari Sukmaville ke Bau. Bayi tidak meragam, itulah Iman Madihah kesayangan saya.

Semasa 7 bulan, bayi saya disahkan dalam keadaan breech ataupun songsang. Walau bagaimanapun doktor memberi peluang sampai kandungan saya mencecah 36 minggu untuk kepala bayi turun. Pabila kandungan 37 minggu, kepala bayi masih jugak di atas. Doktor menyarankan saya melakukan ECV. Mulanya saya berkeras, enggan tapi at last saya mengalah. Tak salah berusaha dan mencuba, tapi bayi memang degil. Emak juga berusaha membawa saya berurut dengan mak bidan walaupun nurse berulang-ulang kali melarang, tapi saya dengar jugak cadangan emak, ye la, mana la tau berkat dengar kata mak. Tapi bila buat scanning selepas berurut 2 hari sebelum c-section, bayi masih juga breech, Doktor juga mengatakan sekiranya saya bukan elektif c-section berkemungkinan besar saya juga akan 'disiang' kerana bayi saya sedikit besar dan tulang pelvik saya kecil. Tak kisahlah, yang penting selepas tu saya memang bersedia dari segi fizikal dan mental untuk 'disiang' demi nyawa seorang anak kecil yang telah saya bawak dari Sarawak ke Kedah, ke Terengganu ke Miri ke Pahang, sepanjang tempoh 39 minggu. Nyawa itulah bayi saya, Iman Madihah.

"Kawan saya selepas ceasar terus lumpuh, dia tak boleh bangun." Kata-kata itulah yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. Tiada sokongan moral, cuma ayat menakutkan dan ayat sungguh tak blah, annoying sungguh perempuan itu. Akan saya ingati sampai bila-bila.Tapi, saya kuatkan iman, berserah kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. DIA lebih mengetahui qada' dan qadar' umatNya. Bukan perempuan yang rasa BAGUS itu. Oh, bukan.

"Ceasar pun keluar darah ke?". Oh,kecewanya saya. Saya kecik hati tau!

"Caesar takde rasa kena 'seluk' kan?". Eh, ada lah. Saya pun ada uterus.

"Potong menegak ke?". Hello, potong melintang ok, potong di lipatan bawah perut.

Wahai kawan-kawan, saya bukanlah orang yang HEBAT, saya bersalin secara ceasarian. Tahukah kawan-kawan bagaimana kaedah ceasarian ni mendapat nama? Pernah dengar nama Julius Caesar? Pernah? Tak pernah? Kalo tak pernah, sila google sendiri. Julius Ceasar ialah orang pertama yang dilahirkan dengan kaedah pembedahan dengan menggunakan teknologi perubatan pada zamannya. Dan semenjak itu, bersalin dengan kaedah pembedahan dinamakan caesarian.

Kawan-kawan kenal Adi Putra? Kanak-kanak yang bijak Matematik yang pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dulu? Adi Putra dilahirkan dengan kakinya keluar dahulu iaitu berada dalam keadaan songsang semasa di dalam perut ibunya. Adi Putra keluar dalam keadaan bersujud! Tetapi dia berjaya dilahirkans ecara normal kerana Adi Putra merupakan anak ketiga, dan ibunya berpengalaman meneran. keluar bayinya sebelum ni. Nah, bayi songsang juga boleh menjadi 'sesuatu', bayi songsang juga bayi normal, cuma kaedah dia keluar yang tidak normal dari biasa. Saya sayang bayi saya, walaupun semasa di dalam rahim dia selesa 'duduk' tetapi dia tetap nyawa saya. Dia Iman Madihah saya. Kepercayaan Yang Terpuji, itulah Iman Madihah.

Makanya kawan-kawan, sekiranya kawan-kawan dinasihatkan dan diberi pilihan untuk bersalin secara c-section, janganlah berasa rendah diri, ramai yang bersalin c-section sekarang. Siapa yang tak ralit jika tak merasa pengalaman meneran tu, tapi keadaan tak mengizinkan. Redha dan pasrah lah. Semoga semuanya berjalan lancar. Bercerita pengalaman saya semasa di OT (operation theatre), semuanya berlaku sekelip mata sahaja, janji kuatkan semangat, berserah kepada Allah, basahkan mulut dengan zikir dan selawat, insya Allah kesakitan itu tak lama. Saya sendiri selepas keluar dari OT memang tak boleh blah la sakitnya bila ubat bius hilang, tapi teknologi perubatan kan dah moden, alhamdulilah, keesokkan harinya saya dah boleh bangun dan berjalan. Itu la kena kuatkan semangat, think positive, itu yang paling penting. C-section belum pernah membunuh! Ingat tu.

Penjagaan selepasc-section, memang agak sukar tetapi jangan sapu apa-apa pada luka jahitan. Itu yang penting. Biarkan luka jahitan tu kering dan sembuh sendiri. Pastikan makan ikan haruan atau amalkan pengambilan pati ikan haruan untuk penyembuhan dalaman. Lain-lain biar luka sembuh sendiri. Selepas 2 bulan bolehlah sapu jeli gamat atau apa-apa yang dicadangkan pengamal perubatan untuk penyembuhan parut di luar. Dan, think positive, itu yang penting. Jangan lupa dalam pantang, jangan terlalu memanjakan diri, bergeraklah, berjalanlah di dalam rumah, jangan hanya baring jer, dengan bergerak penyembuhan luka jahitan lebih cepat tapi janganlah sama sekali jalan membongkok. Berdiri dengan postur badan yang lurus supaya penyembuhan jahitan luka lebih baik.

Kepada yang mengandung tu, jangan takut jika mendengar perkataan caesarian, sebenarnya ia tidak menyakitkan. Just think positive. Good luck!

Bayi saya yang dilahirkan secara ceasarian seberat 3.17 kg sekarang telah berusia 2 bulan 10 hari. Sekarang beratnya telah mencecah 5.4 kg. Alhamdulillah.

Selepas kahwin berat saya 44 kg, kali terakhir timbang sebelum bersalin berat saya 57 kg, sekarang berat saya telah turun ke 44 kg kembali. Alhamdulillah.

Mungkin saya akan cuba menambahkan berat badan saya sedikit selepas ni. Wish me luck.

post signature

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. besnya! ktk maok lemak mek sik? hehehe

    ReplyDelete
  2. kuar ikut pintu ka ikut tingkap ka, janji baby & ibu selamat. c-sect pun melahirkan. mun x melahirkan, baby x kuar... hehe... ilek bah mira, mcm kmk mula2 normal, 2nd anak lak, lom tentu normal. pedulikan apa kata org. boh sensitif2 bah, ilang seri ibu lak. hehehe...

    ReplyDelete
  3. princess,
    hihihi.. mek berkarih dirik pun lah.. :p

    ReplyDelete
  4. nyza,
    kekadang terasa juak bh.. geram sa ati

    ReplyDelete
  5. c-sect pun tetap pengalaman
    pengalaman menajdi ibu buat pertama kali, tak kira pe kaedah nyer..
    jgn rwndah diri mira, patut bangga sebab dah berjaya jadik mak...
    berjaya melahirkan..biar anak tu kuar ikut tingkap...
    kita tetap jadik mak...
    sempurna rasanya sebagai seorang perempuan kan...

    ReplyDelete
  6. dayu,

    yup.. alhamdulillah.. rezeki.. x lama kawen terus merasa pengalaman berharga ni.. syukur sgt

    ReplyDelete
  7. Ibu Iman,

    Walaupun kita tok sik kenal gilak, tapi kmk faham perasaan ktk.. Kmk pun 2 kali c-sect... First time, emergency c-sect n 2nd was elective c-sect cos kmk ada complication sikit... tapi kmk tetap bangga walaupun sik bersalin normal... kmk pernah merasa labour pain waktu 1st bb kmk dolok...

    Mun kmk pregnant kali ke 3 kelak pun nang sik ada choice lain, ikut tingkap juak lagik... n I'm proud to tell people kmk ceaser 3 kali..

    Sik ada dlm medic book madah ceaser hanya dapat 3 anak ajak.. gynae kmk madah nya bergantung kepada jahitan ktk sama ada bagus kah sik.. so kmk plan untuk 4 orang.. Insyaalah... So, cheer up okkk...

    ReplyDelete
  8. salam...

    lega rasa bila da baca story ktk...
    now kmk tawakal ja untuk c-zer nnt..
    hope semuanya berjalan lancar..

    neway thanks..

    ReplyDelete
  9. Utk pengetahuan Mama Iman, kita serupa...C-section...not that bad...nnt ada masa saya ceritakan pengalaman saya pula :)

    ReplyDelete
  10. saya pun anak sulung lahir ikut czer..tak de pula orang nak cakap yg bukan2 dgn saya...tak pun diorang takut kut...lepas bersalin muka garang jer..hihi

    ReplyDelete
  11. 1st time singgah di blog ni..tertarik ngn entri ni...baru saya tahu camne caesaren ni...thnx akk untuk info ni...papepon saya da follow akk..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form