Follow Us @soratemplates

18/12/2019

Tailor Pekerjaan Yang Lumayan

Sesungguhnya orang yang berbakat menjahit ni mampu beroleh kesenangan dengan bakat yang dimilikinya. Jeles tau sebab Kakmim tak reti menjahit.



Kalaulah Kakmim pandai menjahit, mesti tak risau nak beli kain pastu buat sendiri je. Jimat kos sangat.

Sebabnya kos hantar baju jahit kat tailor sekarang sangatlah mahal. Especially tailor yang menyewa kedai di area bandar tu. Huhu.

Kakmim dah lama dah tak buat baju hantar kat tailor. Semuanya beli online jer sekarang. Baju melayu anak pun sama, online je senang. Si ayahnya jer yang masih jahit hantar kat tailor. Tu dia punya hal lah sebab dia yang bayar sendiri. Hihihi. Bagi Kakmim kalau hantar baju anak-anak kat tailor upah jer boleh beli baju online lagi. Kos kain lagi. Hmm... 

Bulan lepas memang jadi kucing nak beranak lah carik tailor nak buat baju. Tailor personal Kakmim sebelum ni dah tranfer ke Penang sebab tu tak buat baju customised dah lepas tu. Memang takde idea dah nak hantar baju kat sapa. Last² hantarlah kain kat satu tailor ni. Baru nak cuba kan? Tak konfiden nak buat baju berfesyen bagai. Dah ler kain lace berlining pulak, kos memang double lah nak buat tu. Ambik jalan mudah, Kakmim buat baju kurung. Sukat badan ni tau. Bukan ikut contoh. harap-harap ok lah sebab baju kurung je kan.

Tapi.. bila ambik, hmm... nak nangis pun tak guna. Baju tu besar! Memang takde mood ah nak pakai, tapi terpaksa jugaklah pakai sebab baju sedondon untuk kahwin adik ipar. Nak pakai kali ke-2 hmm... fikir dulu kot. Ko bayangkan kos beli kain, beli kain lining, kos upah lagi, upah tu double caj tau sebab ada lining. Nak nangis nak nangis, kalau beli online dapat 4 pasang baju kurung cotton tau! Seminggu setel untuk pergi keja. Terasa pembaziran sangat walaupun ayahnya punya syer tapi kalau tak hantar tailor memang seronok ah baju baru lawa-lawa di IG di FB. Hmmm...

Sebab tu lah memang susah nak cari tailor yang serasi dengan kita. Bila cuba-cuba macam ni itulah risikonya. Yang tak dapat nak tahan kesedihan sebab double caj tu. Uwaaa!! Takmo pikir kerugian di situ tapi tengok jer baju tu memang rasa down sangat lah.

Korang pandai ke menjahit? Untung laaah mereka yang pandai dan berbakat. 

Sekarang nak carik tailor untuk baju sekolah dan baju KAFA anak-anak pulak. Baju sekolah si kakak tak dapat nak beli sebab diorang pakai baju fesyen baju punjabi, kalau baju kurung biasa untuk hari jumaat tu memang boleh beli, baju KAFA pun sama. Manade jual baju KAFA dah siap, kaler setiap sekolah pun dah lain-lain.

Buntu!!

2 comments:

  1. Nang lelah ncarik tailor bena² ekot apa kita maok eh... Ya salu beli online jak baju kinek tok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah..huhu... Ktk pandei berjait nk? X jait bj dikpun?

      Delete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥