Bawak Bekal atau Makan Di Kedai?

Hai.. salam Jumaat. Pagi-pagi ni kita ambik mood update blog sesambil blog walking sambil minum teh o panas cicah roti Munchys. Hehehe. Nak update blog pun kena ada mood jugak tau. Kalau takde mood memang tak bergerak lah jejari tu nak menekan keyboard. Kah kah kah.

Cerita apa hari ni? Haa.. cerita gambar kat bawah ni haa..



Bawak bekal ke ofis atau makan kat kedai?

Semenjak 2 menjak saya suka bawak bekal untuk lunch. Breakfast pagi memang dari dulu memang bawak sebab apa yang #theimans bekal ke sekolah itulah bekal ibunya jugak untuk breakfast. Kalau balance sikit jer, sikit jer lah ibu bawak. Hehehehe.

Kenapa saya suka bawak bekal lunch ke ofis?

Salah 1 sebabnya takde idea nak makan apa. Kat area ofis ni ada jer kedai makan tapi tak berapa menepati selera iols la. Hihihi. So nak tak nak kena bawak bekal. At least bawak nasik dengan telor mata pun selera jugak makan bila dah lapar.

No 2. Menjimatkan masa. Yeah.. sebab bila time lunch tak perlu nak keluar, tak perlu nak start enjin kereta, tak perlu nak drive untuk cari makan kat area lain. Bukak bekal, panaskan dengan microwave di pantri dan makan jer depan pc, sambil makan sambil blogwalking. Bahagia kan tak perlu ke mana-mana? Dulu saya kena ambik #theimans balik sekolah so time tu balik umah makan dengan bapak atau makan jer kat sekolah dengan si kakak dan abang yang nak sambung KAFA. Sekarang KAFA pun abang kakak tak pergi dan sekarang saya ada kelas tengah hari so tak dapat nak keluar ambik diorang dari sekolah. Nasib ada adiik yang WFH yang tolong ambik.

No 3. Semestinya dapatlah jimat sikit. At least jimat RM sikit, jimat duit minyak jugak. Nak keluar hari-hari boring jugak tu. Dah ler sekarang nak masuk mana-mana kena scan MySejahtera, kena tembak suhu lagi. Leceh la walaupun dah terbiasa dengan norma baharu. 

Kedekut ye orang yang bawak bekal?

Ai.. terpulanglah nak kata apa. Apa yang saya bekal selalunya balance yang kami makan pada malam sebelum tu. Kalau nak simpan peti, memang tak lah nak makan lagi baik bawak ke ofis untuk makan masa lunch. Takdelah membazir. Membazir kan amalan syaitan.

Encik Suami bawak bekal jugak ke?

Tak.. tak. Selalu jer offer dia untuk bawak bekal untuk breakfast tapi dia tak mboh. Biasalah lelaki ni suka nak lepak kat kedai. Kalau dia nak bekal, memang semangat jer nak buat. Boleh la digunapakai semua tupperware yang ada. Muahahaha.

Eh, gambar atas tu bekal lunch saya masa hari Selasa hari tu. Simple jer tomyam fishball dengan telor dadar. Itu jer. Tapi alhamdulillah, perut kenyang, jimat masa, rehat sejam je sebab kol 2 dah ada kelas balik.

Apapun, bawak bekal ke makan kat kedai ke, terpulanglah kan? Kalau saya memang selesa sangat bawak bekal sendiri. 😄

6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tapi bagus lagik bawak bekal nak² time pendemik tok. Dak laki dengan anak² kamek alhamdulillah hari² bawak bekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kmk pun berbekal juak ya mak nya berbekal juak.. senang sekali jalan.. ayahnya jak x tp bekfes lok kt umh sblm trn keja

      Delete
  2. jimat kan bawak bekal ni, tapi tu la tak berapa rajin nak prepare >o<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la.. hehe.. selalunya sy mlm dh siap prepare semua sbb nnt pagi bwk yg dr freezer tu jer nnt nk mkn panaskan kt pantri ofis

      Delete
  3. Akupun everyday bawa bekal dengan tupperware, saving money, bersih dan sehat hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form