Claim Hadiah Dari Cikgu

Ini sejenis entri 'pandang belakang'. Simpan sini untuk kenangan persekolahan 2020.

Hadiah yang 2 beradik claim dari cikgu pada 2 minggu lepas. Alhamdulillah. Tak cukup tangan Ibu bawak semua ni balik, dengan buku-buku lagi.

Sebenarnya cikgu PASTI diorang dah tetapkan hari Isnin 2 minggu yang lepas untuk ambil semua buku di sekolah dan claim hadiah diorang. Semua dapat hadiah. Imran (6 tahun) dapat kain pasang, Idlan (5 tahun) dapat tuala. Untuk 4 tahun tak taulah pulak diorang dapat apa. 

Tak sangka Imran dapat hadiah untuk Bahasa Melayu terbaik. Selain tu, dia jugak dapat bawak balik hamper untuk pemenang tempat pertama pertandingan mewarna poster Maulidur Rasul tempoh hari. Ingat tak entri Kisah Maulidur Rasul 2020?

Darjah 1 nanti tak perlu lah beli pencil box. Semua cikgu dah bagi.

Hadiah kain pasang kaler grey ni semua budak 6 tahun dapat. Kenangan dari PASTI Mawaddah.

.  .  .  .  .


Ini pulak si bongsu #anakno4 Ibu, Alan. Alan pun dapat hadiah Bahasa Melayu terbaik. Diam-diam ye Alan. 

Rambut dah panjang tak potong lagi. Penat katanya posing bawak hadiah.


Pun samalah dengan abang. Nanti masuk 6 tahun tak perlu dah beli stationary baru lagi ye. 

.

Tahun ni menjadi sejarah pulak Imran yang 6 tahun takde majlis ihtifal. Kesiannya takde kenangan untuk acara penamat sesi tadika. Imran ni dah masuk PASTI dari umur 4 tahun lagi. Tiap tahun tengok orang ihtifal sekali bila tiba giliran sendiri takde ihtifal. Kesiannya buda-budak sekolah sesi 2020 ni. Dahlah exam besar tak ada. SPM pun tangguh ke tahun depan. Apalah nasib. Semuanya angkara Coronavirus ni lah.

Semoga tahun depan kita semua dapatlah kembali ke norma normal seperti sebelum ni. Susah betullah hidup dengan norma baharu ni. Semua tak boleh, semua terbatas. Tapi ini semua dugaan dariNYA untuk kita umatnya. Redha je.
 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. alahai.. muka happy betul dpt hadiah.. comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg paling x sabar nk bukak tu hamper lah... sbb byk jajan..haha

      Delete
  2. wah byk adiah tu..tahniah utk ank2 akak

    ReplyDelete
  3. haaa da boleh komen dah..marek sik dapat komen..ya alu add kat IG konon mok inform tek..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... dh follow ktk juak di IG... ptt juak familiar jak user sunahsakura ya.. hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Hepi sbb dpt hamper jajan 😂😂

      Delete
  5. Inilah saat paling menggembirakan bila dapat hadiah! Semua muka happy. Rajin2 belajar ye sayang semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 umur ni mmg suka hadiah kn amie.. insyallah.. jauh lg perjalanan ni 😅

      Delete
  6. seronok anak2 dapat hadiah haaa
    muke ade senyum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum sokmo 🙂🙂🙂🙂

      Delete
  7. Wahh banyaknya dapat hadiah tu. Tahniah anak anak kakmim

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form