Batal Lagi!

Hari ini dah 2 Disember gais!! 



Minggu depan 13 Disember ialah hari ulang tahun perkahwinan Kakmim & Encik Suami yang ke-12 tahun. Ups, 12 tahun dah rupanya. Tapi 3 tahun setengah kena tolak masa PJJ. Hihihi. Nak jugak kaww. 


Perancangan untuk celebrate tu takdelah grand mana pun. Biasa-biasa je lah. Selalunya kami anak-beranak kalau ada special occasion memang suka staycation je. So cadangannya untuk staycation di bandar saja untuk meraikan bulan penyatuan 2 hati, chewahh! Namun sekali lagi siapalah kita untuk menidakkan ketentuanNya.


Tempahan telah dibuat sejak bulan 9 lagi untuk staycation pada bulan Oktober dan Disember namun kedua-duanya telah dibatalkan. 


Tempahan bulan Oktober sempena birthday si Ayah dan si kakak dibatalkan kerana time tu kes Covid 19 tiba-tiba mencanak balik di Kuching. Saya sendiri yang request untuk dibatalkan.


Tempahan bulan Disember sempena anniversary yang pada mulanya macam hendak diteruskan tapi tiba-tiba dapat call dari pengurusan Agoda mengatakan pihak hotel tidak dapat menerima tempahan kerana bilik penuh dijadikan pusat kuarantin. Oh, no!


Baiklah, saya hanya berlapang dada. Mungkin ada hikmahnya. Bye Agoda!! Mungkin bukan rezeki kita untuk selalu bersama pada tahun 2020 ni.


Sekarang kita hanya mampu berdoa agar dipercepatkan masanya Covid 19 ni nyahhh lenyap dari muka bumi ini. Nyahh nyahhh kau Coronavirus!!!


Aminnnn............

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. kena sambut kat rumah je la nampaknya, takpa, nanti claim staycation di lain masa hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm tu je lah yg terbaik memandangkan musim covid mcm ni

      Delete
  2. aik sama tarikh anniversary kita kak..hahahahhahahahhahaha..tapi kamek adik gikkk, baruk mok masok 7 taun..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yahhh.. paduhal junior sama anniversary... hihihi

      Delete
  3. waa..happy anniversary in advance :)

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary kak Min. Eza baru setahun jagung kahwin ni. Semoga kak Min sekeluarga bahagia selalu. Amiin.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form