Norwex Si Kain Buruk Kayangan


Puas dok fikir, beli ke tak? Beli ke tak? Akhirnya beli jugaklah untuk 'pelaburan' masa hadapan. 

Kah! Kah! Kah!

Kenapa Kakmim kata pelaburan? Sebab sekarang ni Kakmim guna kitchen tissue untuk mengelap kat rumah sebab senang.. lepas lap terus jer buang. Kalau dulu guna kain buruk, Kakmim pulak jenis tak suka pakai lama. Nak basuh, tak kuasa pulak nak basuh dengan kesan minyak tu. Buruk benar terus jer buang. Sampai bila nak pakai-buang, pakai-buang? Tapi kain buruk memang konsep pakai-buang pun kan?

Dengan kain Norwex ni, lepas lap boleh basuh jer dengan air, pastu keringkan dan pakai semula. Kalau nak lagi bersih beli sekali dengan detergen untuk basuh kain tersebut, tapi Kakmim tak beli lagi tu. Setakat ni baru beli Envirocloth yang boleh guna untuk lap-apa-saja tu dan jugak Dusting Mit, untuk lap debu-debu tu. Dengan pembelian 2 item ni Kakmim dah sah jadi elite customer. Kakmim bukan agen atau consultant ye. Beli untuk guna je. Tak larat nak jual. Hehehe!


Pengalaman Pertama Kali Menggunakan Envirocloth & Dusting Mit Norwex

Kagum!! Kah! Kah! Sakai betul. 

Dengan sekali lap jer dapur masak dah licin berkilat takde kesan minyak lepas masak. Pastu mulalah mengelap tile, suis-suis, puas hati jugaklah. Meja makan pun lap dengan si Enviro ni jugak. Memang tu lah tujuan utama nak beli, sebab meja makan Kakmim jenis meja kaca. Kalau lap tak bersih memang sakit mata memandangnya. Dengan si Enviro ni berkilat je meja. Senang jer ajar si Abang lap. Spray-spray jer air pastu lap. Selalunya si Abang lah tukang lap meja lepas makan. Biasalah budak kalau ada masa nak cepat memang dia lap sekadar lap je tu yang Ibu tak puas hati tu. Tapi dengan adanya bantuan si Enviro ni bolehlah Ibu urut dada lega. Boleh senyum tengok kerja Abang.

Gambar? Takde pulak. Pertama kali pakai hari tu kan? Lepas lap tu, lap ni pulak, ye lah orang kejakunan. Mana sempat nak ambik henpon bagai nak ambik gambar. Mestilah fokus mengelap. Kikiki.

Dusting Mit pulak memudahkan kerja-kerja mengelap debu di cabinet tv, rak buku, bunga orkid latex, pokok hiasan Skybird... oh mudahnya dengan Dusting Mit ni. Pastu boleh jugak lap pintu yang berdebu. Lap rel tangga. Cermin pulak tak cuba lagi. Sebab untuk lap cermin ada Window Cloth tapi boleh jer nak cuba dengan Enviro kan? Nantilah Kakmim cuba. 

Oh ya! Envirocloth tu kalau nak beli ada pilihan warna tau! Kakmim ingatkan 1 kaler je so Kakmim saje pilih kaler granite atau kelabu tu supaya tak nampak kotorlah kononnya. Untuk Dusting Mit tu memang ada 1 kaler tu je.


Berbaloi Ke Tak Beli Kain Norwex Ni?

Berbaloi ke tak membeli? Ini terpulang jugak. Kakmim nak beli ni pun puas jugak bermonolog sendiri. Ye lah, sebelum ni fikir... kain buruk jer pun buat apa nak mahal²? Tapi.. akhirnya beli jugaklah. Sebab nak didik anak-anak jugak untuk buat kerja-kerja rumah ni. At least ada kemudahan macam ni mereka lebih seronok nak buat kerja rumah. Dan yang paling best, walaupun dah beberapa kali pakai, basuh, jemur.. kain Norwex ni tak berbau busuk pun. Kalau rasa benda ni mahal, tak payah lah beli. Boleh jer guna kain microfiber yang banyak jual di Eco atau di Mr DIY. Atau guna kain-kain perca lama ke. Takde paksaan pun dalam membeli, lagipun Kakmim pun tak menjual. Saja jer nak buat review sikit bagi yang masih berkira-kira nak membelinya. 


17 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. berkenan jugakkk tapi not now beli..
    saya brkenan yang mop tu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mop pun best jugak kan... tp mop dh beli yg spray kt aeon.. nnt SYM beli leh review ye

      Delete
  2. Alah membeli menang memakai kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. kena tunjuk power kain buruk ni kat husband spy dia akan kagum dan puji, oh x rugi ye membeli kain kayangan ni.. hahaha

      Delete
  3. ramai kwn2 bli kain buruk kayangan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg membeli dan ramai juga yg menjual kan? siap ada yg offer ansuran lagi tu.. huhuh

      Delete
  4. Macam nak membeli jugaklah Mrs. A pun sama kalau kain buruk tengok rupa macam hazab sangat nak membasuhnya tu buangkan aje muahhhaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?? senang je.. buang ganti yg lain pulak... x penat nk mencuci bagai... hahaha.. tp kalo norwex boleh basuh dgn air je pastu pakai lagi dan lagi dan lagi

      Delete
  5. Wow. Alah membeli, menang memakai. :)

    ReplyDelete
  6. Puas hati dapat mengelap sampai bersih berkilat. Nak bersihkan kain tu pun senang.

    ReplyDelete
  7. Masih berfikir. Hari tu ayah pun tanya pasal kain ni. Mak plak kurang berkenan, mahal sangat katanya. Huhu

    ReplyDelete
  8. beli benda yg mahal ni, klu berguna.. berbaloi tau.. worth the money kan

    ReplyDelete
  9. wow tetiba mama teruja pula bila baca lap2 terus berkilat tu

    ReplyDelete
  10. Best pulak dengar cerita kakmim pasal kain Norwex ni. Kalau ada bajet nak try beli jugak :)

    ReplyDelete
  11. sy pun terbeli juga baru ni, try yng travel size je nk tgk betul ke best. wahh rupanya mmg best lah, asik dok mengelap sokmo smp suami kata sudah2 la tu dgn kain ajaib awak tu hahaha. org rajin pun dia susah hati pulak! boleh la nnt tmbh brg2 lain sikit demi sikit, seronok tgk segala perabot berkilat xdak habuk

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form