Lama dah tak lepak di Waterfront ataupun Tebingan Kuching sejak PKP hari tu. #theIMANs pun excited jer bila bagitau nak lepak Waterfront.
Diorang cakap dah lama tak jalan kat 'jambatan goyang'. Sebenarnya 'jambatan goyang' tu ialah Jambatan Darul Hana yang menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan yang dipisahkan oleh Sungai Sarawak. Kalau dari Waterfront tersergam indah Bangunan DUN Sarawak, yang berbentuk kubah tu. Kalau dari Waterfront nak ke seberang Bangunan DUN tu kita boleh jalan kaki di Jambatan Darul Hana ataupun naik perahu tambang pun boleh. Ada beberapa buah pangkalan untuk perahu tambang yang menghubungkan dengan kampung-kampung di tebingan Sungai Sarawak tu.
Bangunan DUN yang diambil dari Waterfront.
Nampak tak yang kaler purple tu? Itulah Jambatan Darul Hana. Gambar jambatan tak ambik pulak sebab malas nak menapak ke sana. Jauhlah jugak. Hihihi.
Sarawak River Cruise yang menjadi wishlish #theIMANs. Tunggu masa dan cuaca yang sesuai baru bawak #theIMANs ronda-ronda sepanjang Sungai Sarawak sambil tengok sunset dari atas kapal.
Pemandangan Bandaraya Kuching di sebelah kanan dan kampung melayu di sebelah kiri.
Warga Kuching yang jalan-jalan di Waterfront. Sekarang jalan-jalan di sini takde tengok pelancong. Kalau tak, memang ramai je yang jalan-jalan kat sini ambik gambar sambil beli souvenir.
Biasalah ini shot favourite Kakmim.
Kalau bukan musim pandemik kat dataran ni memang ramai budak-budak main skateboard, giant bubble atau skuter. Macam kat Dataran Putrajaya jugak lah lebih kurang.
Jadilah lepas gian nak jalan-jalan. Playing tourist di tempat sendiri. Kah kah!







12 Comments
finally dpt juga naik sarawak river cruise kan ! alaa..atie teringin nak ke sana
ReplyDeletex naik lagi atie... ambik aura tengok jerrrr.... hehehe
Deletekacak alu rupa bangunan DUN ya..dengan segala lampu LED ya..
ReplyDeleteaokkk... x perasan dolok ada lampu merah pink kedak ya kah x.. kotan lamak x raon sia malam
DeleteWahhhh.. kita pun kerinduan dengan waterfront ni, rindu nak naik perahu tambang juga
ReplyDeletedtglah lg kak bila border dh bukak.. cheh.. mcm lain² negara pulak dah main bukak border.. haha
Deletewow cantiknya warna lampu banggunan DUN tu.. iena pernah pergi sini sekali je sebab attend kawan kawen hehe.. RIndunya nk ke sana
ReplyDeletennt dtg lg roger kakmim k.. hehehehe
DeleteSaya tak pernah sampai Kuching lagi. Cantiknya. Tunggu habis pkp. Sekarang nak pergi malas plak nak kena kuarantin dulu. Habis cuti kt situ je plak nanti
ReplyDeleteWah meriah semua berlampu! Tak pernah lagi sampai Sarawak. InsyaAllah satu hari nanti..
ReplyDeletecantik gmbr waterfront malam2.. 😎😎😎
ReplyDeleteCantiknya permandangan waterfront kuching malam malam ni dengan limpahan cahaya lampu warna warni.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!