Saat Manis PJJ

Masa zaman Kakmim dan Encik Suami PJJ dulu, henfon memang tak boleh low bat atau tak boleh tertinggal kat mana-mana! Memang benda wajib untuk berkomunikasi time tu. Time tu lah berterima kasih sangat-sangat dengan adanya henfon & video call.


Masa wajib untuk calling-calling atau boleh jugaklah dikatakan sebagai "house keeping" waktu pagi. Masa on the way nak pergi keja tu lah masa yang ditunggu-tunggu sebab si dia mesti akan call. Masa tu kira dah start report dah. Encik Suami pasti akan tanya macam mana #theIMANs ke sekolah pagi tu. Sarapan apa, bawak bekal apa. Malam tadi tidur lena ke tak. Memang macam "house keeping" masa kita kursus kan?


Kemudian sekali lagi punch out call masa nak balik keja. Kalau tak Kakmim, Encik Suami yang akan call. Selalunya Kakmim lah yang call bila petang. Soalan wajib tanya ialah nak balik jam berapa, apa plan lepas ni. Tadi lunch makan apa. Memang soalan wajib lah tu. Takde lain. Haha!


Bila Encik Suami dah sampai rumah dia akan video call #theIMANs pulak. Sampai housemate dia pun dah tau dah skrip diorang anak-beranak 😂


Then malam sekali lagi akan video call. Macam tu lah rutin kami masa PJJ dulu. Sebab tu henpon kena mesti ada bateri selalu.


Sekarang bila dah tak PJJ, rutin call tu bertukar ke sebelah petang on the way masa drive nak balik rumah. Selalunya Encik Suami akan call dengan pertanyaan, "tadi tengah hari ada lunch ke tak?" Kalau takde lunch dia akan cakap, "Kamek tapau jaklah sik lelah kitak masak. Dapat balit terus makan."


Dalam hati Kakmim, yahooo!! Apalagi mestilah on. Tapi kadang-kadang cadangan ditolak jugak sebab ada masanya Kakmim memang nak makan masakan air tangan sendiri.


Rutin PJJ jugak setiap kali Encik Suami balik Kuching, Kakmim pun akan ambik cuti rehat jugak. Geng-geng ofis pun dah tau dah kalau Kakmim cuti mesti si dia balik. Kah kah! 


Bila Encik Suami tak balik pulak masa tu lah Kakmim pulun keja hujung minggu. Buat kursus banyak-banyak hujung minggu so nanti dapatlah cuti ganti bila Encik Suami balik bercuti. Jimat jugak cuti rehat kalau dapat pakai cuti ganti. Bijak tak? 😂


PJJ ni ada manisnya jugak kalau dikenang. Tambah lagi bila ada urusan rasmi ke Melaya sana bolehla spend time berdua, macam honeymoon, check in hotel. Jalan-jalan cari makan sesambil shopping buah tangan untuk #theIMANs. Sweet tak? Hihi! Nasib baik tak pernah kena cekup masa di hotel 🤣 kadang-kadang pernah jugak check in hotel tengah-tengah malam sebab ambik last flight ke KL. Kenangan sungguh! 


Seriously, realitinya memang tak best hidup berjauhan tapi kita tetap kena cari bagaimana untuk happykan diri sendiri dan juga orang-orang di sekeliling kita. Pernah dengar tak orang kata, bahagia kita kena cari? Kalau tak dicari, memanglah derita kan? Begitulahhh..


Pernah... masa dapat kursus di Melaka, tiba-tiba room mate tak datang pulak. So kena duduk sorang-sorang dalam bilik. Dan tanpa dirancang, Encik Suami ulang-alik dari Putrajaya ke Melaka. Nasib baik kat hotel area Ayer Keroh je so takdelah perlu menghadap jem di pusat bandar. Sebelum subuh lagi dia gerak balik ke Putrajaya. Habis keja dia mai balik ke Melaka. Dan malamnya kitorang ronda-rondalah Bandar Hilir, naik river cruise, makan asam pedas. Boleh jugaklah ambil kesempatan me-time suami-isteri. Cover balik masa-masa yang terpaksa kita korbankan bila duduk berjauhan.



KLMJ jalan-jalan Melaka sebelum berkursus - Ogos 2017


Mula-mula masa PJJ tipulah takde gaduh-gaduh. Time tu memang berikat perut jugaklah. Ye lah dah Encik Suami kena 'hidupkan' 2 dapur. 1 di Kuching, 1 lagi di Putrajaya. Belum lagi nak beli tiket flight untuk balik. Tapi lama-lama, alah bisa tegal biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit kan? Tapi masa dapat surat arahan meeting atau kursus di Melaya sana, masa tu lah yang paling best! Masanya untuk dating & honeymoon telah tiba uols!! Yeay! 


Yang pasti banyak hikmahnya kenapa Allah takdirkan kami untuk hidup berjauhan selama hampir 4 tahun. Manis ada, pahit pun lebih kurang banyaknya jugak. Oleh itu bersangka-baiklah kita dengan perancangan Allah. Dia tak akan uji makhlukNya jika Dia tahu kita tak mampu menggalas beban ujian dariNya.


Kakmim bersyukur sangat sebab support system Kakmim sangat kuat di saat Kakmim dan Encik Suami PJJ. Famili Kakmim especially mak, bapak dan adik-adik semuanya sangat-sangat membantu. Tanpa mereka Kakmim pun tak tau macam manalah nak uruskan #theIMANs sorang-sorang. Bayangkan masa Encik Suami report duty di Putrajaya tu, #anakno4 si Alan baru jer 7 bulan! Kalau nak diikutkan Encik Suami banyak missed progress penting pembesaran Alan.


Tapi kami redha kerana masa dapat offer tu boleh jer tolak kalau taknak. Tapi bapak Kakmim jugak yang advised Encik Suami supaya rebut peluang yang datang. 


Maka kata kuncinya di sini ialah REDHA, BERSANGKA BAIK & BAHAGIA PERLU DICARI. Fikir positif tanpa keluhan. Maka nikmat apa lagi yang kita hendak dustakan. 



6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. alhamdulillah.. semoga kekal bahagia sampai syurga.
    kalo time PJJ ni mmg dedua kena sama cekal sama tabah.. support each other..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas doanya SYM... betul sgt tu.. kita sokong

      Delete
  2. Tak pernah lagi PJJ ni, sbb akk pun tak kerja..haha.
    Tapi pengalaman suami out station 3,4 hari seminggu tu adalah..
    Bila PJJ ni yg penting sikap saling mempercayai tu kena ada, buang syak wasangka terhadap pasangan betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. tapi kena jugak sedikit cemburu utk pasangan kita kn kak? cemburu kn tandanya sayang.. hehe

      Delete
  3. Orang kata kalau berjauhan ni yang penting kena saling percaya dan bersangka baik.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sekarang dah dekat. Lama juga tu 4 tahun ber PJJ. Ada hikmahnya dan manisnya bila selepas 4 tahun tu. Seronok bila di ingat semula. Tiada pasangan yang nak berjauhan. Tapi semuanya Allah dah susun elok elok untuk kita.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form