Throwback 12 Tahun Yang Lampau

Throwback lagi? Tema minggu ni minggu untuk throwback kot. Sesuai tak? Alang-alang hujung tahun kita tikam belakang event yang meninggalkan impak sepanjang hidup kita. 



Hari ni 14 Disember 2020. Kalau diikutkan 12 tahun yang lepas hari ni ialah hari persandingan Kakmim dan Encik Suami. Majlis persandingan kami dibuat pada hari yang sama, ikut style orang dulu-dulu. Lagipun rumah kami berdekatan jer. Lepas sanding di umah perempuan, kami sanding di umah lelaki pulak. So baju sanding sepasang jer lah, jimat! Hehe..



Ingat lagi dulu Kakmim takmo arch yang macam orang selalu buat kat dewan orang kahwin tu. Nasib baiklah ada idea guna ranting-ranting kayu ni. Salute tu As, banyak merealisasikan impian kahwin Kakmim. Entah di mana pulak dia buat bisnes sekarang.



Keberangkatan tiba pasangan mempelai di rumah keluarga perempuan. Hehehe. Time ni 1st time kat lorong kami buat majlis kahwin di rumah so memang agak meriah jugaklah lorong kami. Semua jiran pun turut sama menyambut tetamu. Catering pun dari jiran jugak yang memang ada bisnes catering.




Khemah separuh daripada lorong. Masa ni baru nak up trend khemah arabic, so memang agak mahal jugaklah sewanya. Tapi khemah ni pun catering hias jugak pada hari sebenar. 




Meriah! Terima kasih my jiran, sekarang ni beliau dah tak buat catering dah. Jaga cucu jer kat umah.





Trend dulu lepas bersanding baru photoshoot outdoor, bukan macam sekarang, ramai yang photoshoot pre-wedding. Masa ni angkut semua flowergirls Kakmim. Yang paling depan adik bongsu Kakmim, sekarang dah tinggi dah daripada akaknya. Hehehe.



Pelamin impian dan rezeki hadiah daripada saudara-mara & kawan-kawan.




Last but not least, bilik pengantin idaman Kakmim. Ingat lagi Kakmim angkut set cadar daripada Jakel ni dengan BFF masa balik kursus kat KL. Sepanjang dalam LRT angkut bendalah ni. Hahaha! Kusyen maroon tu masih ada lagi sampai sekarang. Kakmim letak dalam kereta.




Cermin IKEA ni pun satu hal jugak. Sanggup kaw berangkut ke Kuching. Demi bilik pengantin idaman! Kah kah. Lepas tu masa pasang 1 pulak pecah, tinggallah 3. 



Seronok tengok gambar-gambar lama ni. Tengok dengan #theIMANs lagi best. Pasti banyak soalannya. Kalau tengok gambar pergi honeymoon, soalan glamer kenapa diorang tak ikut sama. Hahaha!





19 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. wahhh sonoknyer kawen kan kakmim.. happy 12th anniversary ye

    ReplyDelete
  2. Majlis SA dulu pun buat kat rumah je...takde apa2 photoshoot bagai, masa tu macam tak trending lagi photoshoot ni semua...tapi tu pun kenangan je la..hehehe...happy anniversary Mim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq SA.. mengimbau nostalgia je kejanya mgu ni 😅

      Delete
  3. Happy anniversary kak mim. Moga berkekalan hingga ke jannah :)

    ReplyDelete
  4. mengimbau kenangan manehhh ya KakMim..
    alhamdulillah untuk usia perkahwinan.. semoga kekal hingga ke syurga =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik SYM... mcm tu lah nmpknya... xde semalam xe lah hari ni kan?

      Delete
  5. Indahnya kenangan! Jadi ingatan manis sepanjang hayat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. ingatan sepanjang hayat dikandung badan.. insya Allah ☺️

      Delete
  6. Memory bahagia, rasa nak korek album kawen sendiri jugaklah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila... tema minggu ni down memory lane 😂😂

      Delete
  7. Happi anniversary
    Semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Tq atie... beli kat bandung tu.. masih lg simpan 😂😂

      Delete
  9. Untung kakmim kahwin dengan orang dekat. Senang majlis sehari persalinan tak perlu tukar pun. Memang jimat sangat. Seronok dapat merealisasikan perkahwinan impian. Happy anniversary kakmim dan husband.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form