#PrayForSarawak


Hari yang mendukacitakan. Hujan lebat tak berhenti, tanah runtuh, kes Covid 19 semakin meningkat. Ada pulak kes perempuan buang anak dari bangunan UTC buang ke bawah, lelaki lemas ketika nak menyelamatkan girl friend terjun sungai. Awal tahun dah diduga macam-macam.


PC dari Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) petang tadi pula umumkan bahagian Sibu diisytiharkan PKP berikut statistik 150 kes baharu positif di Sibu, kluster rumah panjang tu.



Belum lagi beberapa kawasan di Kuching ditenggelami air. Paling teruk banjir pun tahun 2009. Minggu ni hujan pulak tak berhenti tambahan pulak King Tide (air pasang) memanglah terus melimpah ruah air Sungai Sarawak tu.

View kampung-kampung di tebing Sungai Sarawak yang diambil dengan drone. Jalan raya pun dah tak nampak.




Time macam ni jugak 'Mr Boy' ni melawat kawasan. Nampak tak si dia tengah bersantai tu?

Ni area kampung dalam bandar yang terletak di area Satok.

Akhirnya tertewas jua.


notakakmim: minggu depan budak dah sekolah, kes Covid pulak makin banyak!



 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Ya Allah, semoga situasi mendukacitakan sekarang akan semakin pulih ya, Amiiinñn Ya Robbal Alamiiinnn

    ReplyDelete
  2. Huishh seramnya ada buaya 😱😱😱
    Semoga baik keadaan semuanya di Sarawak ye Kakmim ❤️

    ReplyDelete
  3. Allahuakhabar......
    Kami pun terpaksa cancel percutian ke Kuching dari tahun lepas...
    Ingat nak pegi tahun ni tapi nampak gaya postpone lagi la....
    Lama nya x gi sana...

    ReplyDelete
  4. Allahu. Bermacam macam ujian awal tahun ni.
    Sana pun banjir juga. Tambah bahaya ada spesis bujang senang tu ha..
    Semoga Allah lindungi kita semua dari segala penyakit dan juga bencana. Aaminnn

    ReplyDelete
  5. Ya Allah... kesiannya... dah la dgn banjir, pastu ada binatang bahaya pula.. hmmm aduh.. moga moga semua di lindungi Allah

    ReplyDelete
  6. Ya Allah! Hanya mampu berdoa agar semuanya pulih dan selamat. Nampaknya keadaan hampir sama dengan Sabah.
    Syukurlah Mr Boy dapat ditewaskan.

    ReplyDelete
  7. Oh, musibah alam ini hwmpir sqma dengan musibah awal tahun yang menimpa beberapa wilayah di negara saya.

    Semoga cepat pulih kembali keadaan lokasinya.

    ReplyDelete
  8. Laa, teruknya banjir sana ye. Ada buaya pula. Semoga keadaan di Sarawak semakin baik.

    ReplyDelete
  9. Alahai kesian Sarawak. Semoga banjir segera surut. Susah nak jaga SOP time banjir ni. Jaga diri ye. Kami di sini doakan semuanya selamat

    ReplyDelete
  10. Sedih juak sebenarnya awal-awal tahun dah macam tok. Tahun lepas start bulan 2 busynya. Tahun tok memang awal lalu la start busy dengan bencana. Doakan semoga petugas-petugas yang terlibat dalam pengurusan bencana dikuatkan semangat dan dipermudahkan segala urusan cdaknya.

    May Allah ease everything for Sarawak. Amiin.

    ReplyDelete
  11. Saya rajin juga tengok statistkk kes baharu. Sebelum ni nampak Sarawak cool sahaja. Tapi minggu ni swmua negeri pun mendadak kes baharu. Semoga kita semua dilindungi Allah

    ReplyDelete
  12. uiii seram juak nanggar boyak yaaa..umah mak kamek kat bintulu pun aek parit nait sebab banjir...da berapa malam da adik kamek share gambar..

    ReplyDelete
  13. Seramnya boyaaaaa!!

    Banyak negeri dilanda banjir sekarang kan.. Lagi dalam keadaan norma baru sekarang ni. Moga semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form