Sarawak Catat Kes Harian Tertinggi Sejak Mac 2020


Seperti yang kita sedia maklum, PKP 2.0 akan dilaksanakan bermula pada tengah malam ini. 6 buah negeri akan dikenakan PKP, 6 buah PKPB dan 2 buah lagi maintain PKPP. Semoga usaha ini dapat memutuskan rantaian Covid-19 yang semakin mengganas akhir-akhir ni. Walaupun setahun kita dah 'hidup bersama' Coronavirus ni tapi kesedaran komuniti masih macam di peringkat yang tak boleh dibanggakan.







Seharian Kakmim menghilang di alam blog, memang banyak hutang BW. Baru sehari tu, belum lagi seminggu, sebulan! Alkisahnya semalam Kakmim ambik EL. Tetiba bangun pagi nervous pulak bila mengenangkan minggu depan budak-budak sepatutnya dah bersekolah dan keperluan ke sekolah tak beli lagi! Abang dan Kakak okay jugak barang-barang sekolah boleh recycle tapi yang si #anakno3, si Imran yang nak masuk darjah 1? 1 apa pun tak ada lagi. Semalam bangun pagi macam biasa, mohon cuti di HRMIS, kejutkan semua untuk bersiap pergi setelkan semua keperluan sekolah. Tambahan lagi petangnya ada perutusan khas PM, lagilah nervous entah-entah nak PKP lagi ke. Setelnya semua urusan keperluan sekolah kami ke Mydin pulak untuk top up stok makanan. In case lah kan PKP. Nasib baiklah PKPB je.




Walaupun PM announce Sarawak masih PKPP tapi Sarawak ada 1 lagi badan yang ditubuhkan khas iaitu  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak atau SDMC yang akan membuat keputusan untuk negeri Sarawak. Setiap petang jam 5 petang memang kebiasaan kami untuk menunggu pengumuman rasmi daripada SDMC sejak Mac 2020 yang lalu. SDMC akan mengumumkan statistik harian kes Covid-19 di seluruh Sarawak dan apakah tindakan yang diambil oleh SDMC. Semalam sebelum perutusan khas PM kami dah redha dah 3 zon merah di Sarawak dikenakan PKPB. Nasib baik zon merah saja, zon lain yang masih hijau masih lagi PKPP mengikut apa yang ditetapkan dalam perutusan khas PM.





Semalam 11 Januari 2021 mencatatkan kes harian positif Covid 19 yang tertinggi di Sarawak sejak Mac 2020 yang lalu! Dan yang paling menggemparkan, Miri yang jarang-jarang ada kes yang banyak, mendapat top ranking antara 3 daerah zon merah. What happen to you Miri? Itu lah sejak belakangan ni kes banyak pun kerana kes import B. Kes import B ni ialah kes yang mendapat jangkitan semasa berada di kawasan berisiko tinggi. Hmm..


Kes import B ni serba-salah jugak sebenarnya. Nak dihalang masuk, dikata selfish pulak. Dah dibenarkan masuk membawa musibah pulak. Lain pulak penjawat awam yang berkhidmat untuk negeri Sarawak, takkan nak dikurung mereka selamanya di sini, mereka pun ada keluarga juga di kampung halaman. Kesian mereka menjadi mangsa keadaan. Ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak. Tapi untuk Kuching takde masalah sangat kalau kes import B kerana setibanya di airport mereka terus akan dikuarantin di pusat-pusat kuarantin yang telah disediakan, kalau positif pun tak sempat lagi nak disebarkan kepada komuniti. Memang ada bas yang akan membawa mereka yang tiba di airport untuk terus dibawa ke hotel. Yang menjadi halnya di Miri dan Sibu ni rupanya mereka ramai yang kuarantin di rumah, no wonder netizen cakap ramai yang nak masuk Sarawak akan ambik flight ke Sibu. Begitu ye? Hahaha. Kakmim suka baca komen netizen di 1 grup FB ni. Kadang-kadang apa yang dipost admin di situ memang benar. Mengenai 153 kes baharu di Sarawak semalam pun Kakmim dapat hint dari situ. Bila dah ada pengumuman rasmi, hmm.. benar rupanya, bukan auta.


Kawan-kawan yang di negeri PKP, apa persediaan korang menghadapi PKP 2.0 ni? Insya Allah semoga dipermudahkanlah ye. Kita dah ada pengalaman setahun yang lepas, harap-harap sekarang lebih bersedia dari segi mental hendakNya.






 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Negeri Sembilan masih PKPB huhuuhu... mujurlah bukan PKP walaupun area Mrs. A ni zon merah iaitu Seremban.

    ReplyDelete
  2. mama di selangor keje macam biasa sebab essential kena keje. Cuma, mama memang setuju pkp dibuat keadaan dah x terkawal dah

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan kita hendaknya

    ReplyDelete
  4. Petang ni KPM bersidangagi. Tak tau la confirm tak sekolah akan berjalan macam biasa ke tak kan..haihhh

    ReplyDelete
  5. Harap usaha kita kali ni berjaya. Penat sudah dengan PKP PKPB PKPP..macam macam PKP nak kena hadam.

    ReplyDelete
  6. Tak tahu lah nasib adik yang akan balik bertugas di Miri 18hb ini boleh pergi ke tak? for sure sampai sana kena kuarantin wajib di hotel macam tahun lepas.

    ReplyDelete
  7. kakmim take care tauuuu..... make sure always keep distance and basuh tangan k

    ReplyDelete
  8. rasa macam lama juga Sarawak senyap sikit kan.. tiba2 macam muncul balik..
    huurmm tabahla kita semua semoga keadaan kembali terkawal..

    ReplyDelete
  9. Rasa tak larat dah nak ikuti perkembangan kes di Sabah. Naik turun naik turun tetap juga zon merah. Redha saja harungi PKP.

    ReplyDelete
  10. ya lah, kamek seram nanggar kes baru di Sarawak ya lebih 100, sehari lepas PM umum pasal PKP di Johor..duhal sebelum PM umum dah lebih tinggi gik owh..

    sikda juak persiapan apa untuk PKP di Johor..kedak sik beza gilak dengan PKPP or PKPB..maybe sebab rakyat pun dah tauk sikda apa yang perlu dipanikkan..cuma perlu lebih strict jaga SOP..

    ReplyDelete
  11. Doakan kes di area kmk orang makin turun. It was shocking for us too. Namun perlu redha dan kehidupan perlu diteruskan.

    Doakan kmk orang okay! :)

    ReplyDelete
  12. Sentiasa jaga diri dan patuh sop sentiasa ya!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form