Throwback Thursday - Geng Kampus


Semalam cuti, hari ni WBF. KPI hari ni mesti setelkan urusan yang tak selesai sebelum ni. Tapi hari ni masuk ofis lambat sebab nak pergi daftar Imran di sekolah baharu dia. Petang ni balik lambat jugaklah gamaknya.


Sempena Throwback Thursday hari ni Kakmim takde idea pun nak update tentang apa. Draft pun tak sempat buat sebelum ni. Tapi ada 1 je cara, Memories di FB! Hahaha! Kebetulan muncul gambar zaman study ni. Rasanya time ni cuti mid sem lepas habis praktikal. Sebab ada sorang coursemate tu (duduk tengah di depan) dia orang Semenanjung tapi praktikal bersama kami di sini. Macam biasalah zaman muda remaja, ada peluang berjalan, memang ke hujung dunia kami redah. Kah! Kah! Auta je tu. Dulu kami suka pergi area Lundu, Sematan, pergi piknik dan buat barbecue. Seronok jugak time takde komitmen macam ni. Sesuka hati je nak ke mana-mana. Janji dengan geng yang sama sebab semua geng parents Kakmim kenal. Tapi takdelah pergi sampai bermalam. Selalunya kami balik hari je. 


Sekarang ni geng kami ni reunion setahun sekali je, masa hari raya. Kerjaya hampir sama je sebenarnya, sama bidang cuma institusi yang membezakan. So komitmen masa memang tak sama. Masa hari raya je lah dapat berkumpul. Begitulah kisahnya. 


Geng-geng di Melaya sana lagilah jarang jumpa. Pernah nak jumpa kat sana kalau kebetulan ada kursus ke, meeting ke, tapi setakat ni belum lagi berjodoh. Keep in touch via medsos je lah. At least tau jugak perkembangan member kan?


notakakmim: pc problem tengah tunggu ICT team tengokkan, siap dah 1 entri.. hihi

 

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. comelnya kakmim masa muda remaja. ni mesti ramai peminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kakmim garang muka sombong xde maknanya sal 😂😂

      Delete
    2. Haha. Minat dalam diam jela tu. Kang salah tegur kena sembur

      Delete
  2. Maintain muda kakmim..tak nampak beza sangat dengan sekarang tau :)

    ReplyDelete
  3. setahun skali gathering ok la juga kan dari takde langsung. .at least keep in touch

    ReplyDelete
  4. Suka tengok mim.. Senyuman manis d wajah yang redup..

    ReplyDelete
  5. Geng study dolok-dolok sampai kinek pun geng. Selalu yang dari Melaya ya mbak ke serikin. Haha. How time flies.

    ReplyDelete
  6. Bila melihat gambar zaman remaja, memang banyak kenangan menjelma di minda.
    Dapat jumpa setahun sekali dengan gang , dah kira rezeki sangat tu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form