Apa Itu Jazakallahu Khairan?


Apa Itu Jazakallahu Khairan?


Terkadang kita mendengar ucapan Jazaakallahu Khairan dari sahabat sahabat kita. Tapi yang menyebut tidak merasa apa-apa dan yang menerima ucapan pun tidak dapat menghayatinya hingga ke hati.


Ada yang merasakan bait jazakallahu khairan itu sama seperti ucapan terima kasih dan TQ semata. Namun sebenarnya amatlah besar maknanya kalimat itu!


Bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: "Apabila ada seorang mengucapkan kepada saudaranya Jazaakallahu khairan, maka sungguh dia telah sangat menyanjung mu (sangat berterima kasih kepadamu kerana dia menyerahkan kepada Allah SWT untuk membalas kebaikanmu).”


Jazaakallahu khairan adalah kalimat kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan disisi Allah SWT. 


Jazaakallahu khairan juga ertinya semoga Allah SWT menganugerahkan kepada kamu syurgaNya. Menganugerahkan  kamu kenikmatan kelak di syurga.


Menyelamatkan kamu dari neraka jahanam. Memberi hidayah untukmu di atas Siraatal Mustaqim.


Melindungi kamu dari syaitan yang terkutuk. Memberikan kamu rezeki yang penuh barkah. Menjadi kan kamu selalu berbakti kepada orang tuamu di dunia dan akhirat.


Menjadikan kamu sentiasa mengikuti sunnah NabiNya.


Berkata Sayyidina Umar bin Khattab “Jikalau seseorang tahu apa yang terkandung dari ucapan Jazaakallahu khairan, nescaya ia akan memperbanyak untuk mengucapkannya antara satu sama lain." 


💚Jazaakallahu Khairan💚




Kredit: Sharing dari Group Pasti Mawaddah (Sekolah Alan)

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Jazaakallahu khairan kak mim.. amin :)

    ReplyDelete
  2. Jazaakallah kak... makcik cleaner kat pejabat dana selalu bagi ucapan ini bila kadang dana beri sedikit kuih atau apa-apa je. sangat bermakna rupanya

    ReplyDelete
  3. Jazaakallah kakmim!!!

    thank you for sharing

    ReplyDelete
  4. Nak amalkan Jazakallah instead of terima kasih la lepas ni. Thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Jazaakallahu khairan Kakmim atas perkongsian yang bermanfaat ni :)

    ReplyDelete
  6. jazakallahu khairan kathiiraa ats perkongsian ni��

    ReplyDelete
  7. Jazakallahu Khairan kakmim. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form