Musim PKP Yang MemBAHAGIAkan

Sejak di bangku sekolah lagi saya suka mengarang. Saya suka subjek BM kerana bila kena buat karangan saya suka berimaginasi. Tapi bila menjejakkan kaki di sekolah menengah pula, saya lebih suka karangan jenis perbincangan isu semasa. Masa tu Dewan Siswa jadi sumber rujukan saya untuk mencari isi penting topik-topik semasa. Bila part English, saya akui memang agak slow sikit. Kih kih.


Zaman budak-budak semuanya suka berangan kan? Dah besar nanti, nak jadi ni, nak beli tu, nak pakai macam ni. Begitulah saya, berangan nak menulis novel kononnya tapi sampai sekarang pun tak pernah bermula. Masa di sekolah menengah, saya cuba-cuba jugak buat certot (cerita kontot). Saya gunakan buku latihan sekolah je. Walaupun kontot tapi berhelai-helai jugak lah. Pernah adik saya terjumpa certot tersebut, saya rampas, malu dan buang buku tersebut. Malunya alahai.


Itu zaman dahulu-kala, zaman throwback kata orang sekarang. Sekarang kita nak kembali ke alam nyata pulak. Kisahnya semalam, saya dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali, tapi bukan pulak daripada scammer. Ya, saya siap install True Caller di handphone supaya lebih bersedia untuk 'melayan' scammer. Rupanya dari J&T! Saya dah agak dah apa yang dia nak hantar tu. Nak jugak tiba di hari bahagia 14 Februari ni ye. Tapi J&T hantar parcel tu kat rumah mak. Malamnya barulah berkesempatan ambik di rumah mak. Bayangkanlah bersabar menunggu dari 10 pagi ke 9 malam untuk memegang dan mendakap si Bahagia 1 berwarna biru ni. Hmm..


Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan (ALYLM) ni menghimpunkan coretan pengalaman rakyat Malaysia semasa PKP & Covid-19.  ALYLM ada 3 siri, Bahagia 1, Bahagia 2 dan Bahagia 3. Coretan biasa-biasa saya tersangkut di Bahagia 1, yang bercover biru ni. Biru ni sinonim dengan kaler korporat frontliner kita, PDRM. Itulah cerita di sebalik warna covernya.




Bila menulis untuk genre penulisan kreatif ni tak sama seperti penulisan ilmiah. Penulisan ilmiah kita ada reviewer. Kalau terkurang, mereka yang pakar boleh komen itu dan ini. Berlainan pula dengan penulisan kreatif, editor hanya mengedit mana yang perlu saja tapi ideanya 100% daripada kita. Oh, saya belum ada kreativiti seperti itu lagi. Masih perlu banyak membaca dan belajar lagi. Nak jadi macam Syazni ada novel sendiri. Bestnya!






Sejujurnya saya baru saja bermula untuk menulis. Bermula ketika di usia hampir mencecah ke angka 4 di depannya.  Menulis di blog tak sama seperti menulis untuk sebuah buku untuk diterbitkan. Memang tak sama sekali. Sangat janggal sebenarnya. Penulisan saya yang pertama ini bukanlah yang terbaik bagi saya tapi saya bangga saya berani bermula. Ya! Akhirnya penulisan saya berjaya diterbitkan bersama antologi dari penulis-penulis yang lain. Nota PKP Alan Untuk Ibu sangat biasa dan santai sahaja. Tiada yang menarik, tapi istimewanya ia mungkin luahan sebenar dari Alan yang dia sendiri tak terluahkan. Musim PKP ialah musim yang membahagiakan sebenarnya bagi anak-anak seperti Alan.




 
Adakah saya akan terus menulis?
 Untuk ilmiah, ya. 
Untuk kreatif, belum ada sinar lagi nampaknya. 
Semoga saya diberikan rezeki lagi untuk terus menulis.


24 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tahniah kerana berjaya menulis karya untuk buku Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan Edisi Khas PKP & COVID-19. Teruskan berkongsi bahagia melalui penulisan. Tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Mim.!
    Berani memulakan & sudah melangkah pun, jangan pernah berhenti..Bagaimana nak beli buku tu?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah kakmim. Masih belum terlambat untuk mencuba. Jangan jadikan umur sebagai penghalang

    ReplyDelete
  4. Wah best nya dah bole baca karya sendiri jadi terbitan..
    Dulu kak ret pun teringin nk tulis novel tapi hangat-hangat taik ayam je.
    Hahha tak pandai nak mengarang ekceli nya..

    pape pun lepas ni bole buat novel!!
    Chaiyokkkkkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni kalo ada projek menulis lg sy ajak kak ret ye

      Delete
  5. Wah, tahniah.. terasa tumpang bangga pulak kita..

    Sejujurnya PKP ini juga sangat membahagiakan bagi saya tapi kadang takut kebahagiaan itu diganti dengan ujian, semoga Allah swt mengekalkan kebahagiaan itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde apa yg nk dibanggakan kak.. pencapaian sendiri je.. hihihi.. semoga kita sentiasa dilindungiNya kak

      Delete
  6. Tahniah Kak Mim, cita-cita kita masa kecik sama nampaknya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq syaz... nak follow syaz tp x cukup duit lg nk tempah tiket.. hihi

      Delete
  7. Alhamdulillah KakMim. InshaAllah akan berhasil dan menjadi menghasilkan buku sendiri nanti. Dengan terhasilnya buku yang membahagiakan ni mungkin akan menjadi titik permula perjalanan seorang kakmim sebagai penulis. Keep on writing kakmim :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks fiza.. bak kata editor berkongsi bahagia melalui penulisan

      Delete
  8. Tahniah Mim, keep it up....teruskan menulis

    ReplyDelete
  9. kakmim! keep it up! keep writing ya!! and congratulations :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah, kakmim! Saya tumpang gembira. Teruskan menulis! :)

    ReplyDelete
  11. Wow kak mim, Tahniah! tak sangka kak pun kaki menulis juga ya! tp dulu masa shida sek rendah pn shida suka subjek karangan, 2 tahun berturut2 dapat karangan terbaik tahunan masa darjah 5 dan 6 :) #throwback sat :')

    ReplyDelete
  12. tahniahh...teruskan menulis kak mim

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form