Throwback Thursday - Biskut Suji Kristal

Projek hari raya tahun lepas bersama Kakak si #anakno1. Dah lama tak buat biskut sendiri untuk raya, asyik main tunjuk je. Tapi tahun lepas masa PKP buat kek sendiri, biskut pun sendiri walaupun ada jugak yang order sebab memang dah order awal tahun lagi.




Biskut menggunakan minyak sapi ni antara biskut favourite Kakmim, #theIMANs pun dah terikut-ikut jugak dah suka. Carik resepi dalam buku resepi mak yang legend tak jumpa pulak. Alaa.. Google jer macam-macam versi ada. Kakmim pilih yang berkaler macam ni je lah. Lain dari yang lain sikit, hihi.




Biskut Suji Kristal



Bahan-bahannya simple je. Kalau nak buat banyak, double triple je sukatan tu ye.

  • 250 gm tepung gandum (disangai)
  • 125 gm gula halus
  • 125 gm minyak sapi (agak-agak sampai tepung tu boleh jadi doh, jangan terlalu lembik atau keras nanti tak leh nak bentuk bulat-bulat)
  • Pewarna merah, kuning dan hijau.






CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan tepung gandum (yang dah disangai dan ditapis), gula dan minyak sapi. Pastikan minyak sapi telah dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu.
  2. Gaulkan hingga menjadi doh.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan setiap bahagian dengan pwarna merah, hijau dan kuning. Jangan bubuh pewarna terlalu banyak.
  4. Ambil sedikit doh dari setiap bahagian dan gulung memanjang. Kemudian potong doh tadi mengikut saiz yang dikehendaki..
  5. Kemudian bulatkan dan letak atas mangkuk kertas.
  6. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit (ikut oven masing-masing)
  7. Bila dah masak, gaulkan dengan gula kastor.





Hasil duduk rumah masa PKP 1.0 (2020). Terima kasih kepada tuan punya resepi di http://cahayaqasehh.blogspot.com/2013/11/biskut-kristal-pelangi.html

 

Resepi simple tapi sedap! Boleh buat rewang dengan anak-anak pulak tu.

Post a Comment

22 Comments

  1. Nyaman biskut tok. Anak² kamek suka gilak ngekot nak bepolah juak mun molah biskut tok. Suka nangganya warna-warni.🤣😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok.. dh jd favourite dh biskut2 lmk gitok

      Delete
  2. Nampak yummy! Mrs. A suka biskut suji ni hehehee

    ReplyDelete
  3. astarghfirullah menggoda nya, terasa dia melt dalam mulut

    ReplyDelete
  4. aiee nyaman jak rupanya padahal kamek sik la gemar gilak suji rona roni tok...mungkin sebab sik lamak gik raya..hahaha!

    ReplyDelete
  5. biskut legend ni..arwah nenek selalu buat

    ReplyDelete
  6. Selama ni nak buat kuih tapi takde masa kan. Time pkp la nak ambil peluang. Saya pun minat kuih suji ni. Tahun ni dah plan ke nak buat kuih apa?

    ReplyDelete
  7. tengok je dah tahu sedap! Raya thn ni kena buat lagi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah.. kalau byk masa terluang mst buat lg

      Delete
  8. nyummm nyummm!! order tuk hari raya boleh tak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... nnt sampai penang dh jd serbuk 😂😂

      Delete
  9. Wah... Macam terbau hari raya la mim... Apa khabarlah raya tahun ni..

    ReplyDelete
  10. Nyaman molah kedirik sebenarnya biskut untuk raya tok. Mak kmk rajin nya molah biskut kedirik. Anaknya tok jak sik berapa rajin gilak. hehe.

    ReplyDelete
  11. Biskut legend ni. Dap dap dap. Cantik bebenor suji, Kakmim. Colourful 😊

    ReplyDelete
  12. bkn peminat biskut suji tp color biskut sujikristal ni menarik

    ReplyDelete
  13. Seronoknya pandai buat kuih raya. Menarik suji kristal ni. Colourful, warnanya menarik kakmim :)

    ReplyDelete
  14. cantiknya warna dia, tak pernah buat lagi biskut ni..hehe

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥