Follow Us @soratemplates

22/04/2021

BDR vs PDPR

Hari kedua Ibu BDR dan hari ketiga #theIMANs PDPR. Semalam pegi ofis sekejap setel task untuk #budakkaran. Laporan BDR Ibu tak buat lagi sebab banyak ke PDPR je.


Stress jugak bila start balik PDPR ni. Dengan beberapa subjek sehari, kalau subjek seni je kakak Iman lah jadi mangsa tukang assist adik-adik. Ibu paling malas nak berseni-seni ni. Nasib ada akak yang boleh membantu, kalau abang sulung tak tau lagi nasib. Jarang budak laki suka seni ni.


Hari ni try setel PDPR online awal bolehlah Ibu buat keja ofis Ibu pulak. Esok BDR lagi tapi rasa macam nak pegi ofis je nak buat online class tanpa gangguan. Hahaha!


Awan dah setel 1. Abang pun sudah. Kakak pulak sedang online class.


Rajin pulak nak update awal pagi ni. Macam mana hari korang pulak?


8 comments:

  1. semoga dipermudahkan semua urusan dan tugas2 kak mim

    ReplyDelete
  2. sedang BDR hari ni. keje opis on rotation. tengah ting tong sebab jiran buat renovation rumah. bila dia drill rasa tembus sampai ke otak. Adoi

    ReplyDelete
  3. Apa boleh buat, kes +ve meningkat dan lebih merisaukan dah muncul kluster sekolah. Nak tak nak kena bersedia utk PdPR semula :(

    ReplyDelete
  4. kami dah takde BDR kak dari masa PKP aritu, ni dah PKPB pun sama je... anak- anak pun dah sekolah macam biasa

    ReplyDelete
  5. Paling tak suka BDR.. hehehe..
    Semoga dipermudahkan urusan kakmim..

    ReplyDelete
  6. pdpr agak mencabar tp alhamdulillah ada juga alternatif untuk belajar kan

    ReplyDelete
  7. mencabar betul sesi persekolahan sekarang. kejap PDPR sekejap bersemuka. Hadap je lah kita kan mengikut perintah.

    ReplyDelete
  8. Hari kami tak berapa ceria... 22/4 PKPD di taman perumahan kami. Aduhai.... seram jew tengok pagar kawat duri menghalang jalan keluar.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥