Yeay! Cuti Rehat dan Cuti PdPR!


Sarawak dah masuk PPN Fasa ke-2 walaupun macam varians Delta tengah mengganas jer di beberapa lokaliti yang telah diPKPDkan. Seram memang seram. Ingatkan kerajaan negeri nak buat u-turn rupanya tidak. Dah la nak raya haji, hmm. Orang kita ni bukan boleh percaya sangat. Cuma mampu jaga keluarga sendiri je la.


Semalam, Khamis.. first day masuk ofis dan bekerja macam biasa, 8 jam sehari. Walaupun masih tak ramai staf di ofis saya tetap tak tanggalkan facemask. Memandangkan manusia tak ramai so saya malas nak guna double mask. Buat Google Meet dengan #budakkaran pun masih dengan facemask. Macam paranoid pulak dah.  Bukan apa, bila aircond centralized memang takut-takut je. Dengarnya varians baru ni merebak melalui air borne dan dalam beberapa saat sahaja dah boleh menjangkiti kontak rapat kita. Ya Allah, jauhilah kami semua dan lindungilah kami dari virus yang jahat ini. Rasanya lama lagi kita kena mengadap Covid 19 ni. 

Bukan saya cakap, KKM yang cakap.


Hari ni Jumaat dan Isnin saya dah mohon cuti rehat. Nak tenangkan fikiran, nak jugak bercuti dari PdPR ni. Walaupun kebarangkalian PdPR ni akan disambung adalah tinggi, saya malas nak fikir dulu. Yang penting saya perlukan tempoh bertenang dalam sehari dua ni. Penat sangat otak dengan online meeting ofis, setel PdPR lagi. Hari ni pun banyak buku aktiviti yang digunakan sepanjang PdPR ni perlu dihantar ke sekolah. Phew!

Sebab itulah jugak saya mohon cuti. Selain daripada tak perlu fikirkan laporan BDR saya boleh keluar ke sana ke sini dengan aman. Eh. Takdelah nak ke mana pun, nak ke sekolah #theIMANs je pun. Hahaha!


 

Post a Comment

12 Comments

  1. Letih kan dengan semua ni..teruk betul hampir 2 tahun dah kita di duga..kes semakin hari semakin tinggi...x tau la nak kata apa dah..rata- rata kata kerajaan gagal..tapi hakikatnya ramai yang masih berdegil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol kak SA.. budak2 2 thn x tentu belajar.. kesian diorg.. xde kemahiran bersosial dh.. blom lg yg anti vacc pn masih ada jugak skrg.. kita letih frontliner lagilah letih jaga org degil mcm ni

      Delete
  2. Susah mem. Mun U-turn confirm urg akan nganok kerajaan. Time tuk kita kenak jaga kita pun Jak.

    ReplyDelete
  3. Dulu tengok angka tu kat negara orang.Now tengok kat negara sendiri...
    Masih sempatkah kita bertemu Ramadhan 1443?

    ReplyDelete
  4. cuti sekolah rupanya minggu depan lega lah seminggu takde pdpr kalau tidak bersunggut si aiyan, memang sabar kene tinggi dok layan dia buat kerja sekolah...

    ReplyDelete
  5. yeay, boleh rest. berpoluh mengadap kerja sekola tak siap, walaupun mak tak kerja. haha... mental letih gila.

    ReplyDelete
  6. saya pon dah apply cuti untuk hari isnin, nak menyambut raya konon nye. apa-apa pon, tak care

    ReplyDelete
  7. Terkejut juga dah boleh dine in semua. harap harap masing semua ikut sop lah..risau tu tak tahu dah tahap tertinggi mana dah. Apapun selamat bercuti kak. Semoga dapat rehat secukupnya.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥