Cara Membuat Semakan Penempatan ke Tahun 1/2022

Pejam celik pejam celik, dah bulan 8.
Tinggal beberapa bulan lagi sesi persekolahan 2021 akan berakhir.
Tapi kesian anak-anak kita yang telah 'dicutikan' sejak beberapa bulan yang lalu.
Tak sampai 6 bulan bersekolah, dah nak 'naik kelas' pulak.
Apalah nasib?

Begitulah nasib si bongsu Alan.
Walaupun di sini tadika dah mula beroperasi tapi saya masih lagi belum berani mengambil risiko menghantar Alan ke sekolah.
Nasib baik dia dah mula dihantar ke sekolah seawal usia 4 tahun.
Ada jugaklah pengalaman dia di tadika.

Tahun depan 2022,
insya Allah Alan akan melangkah ke alam sekolah rendah pulak.
Sudahkah ibu-ibu dan ayah-ayah menyemak penempatan anak-anak di tahun 1?
Keputusan penempatan sekolah anak di tahun 1 sudah boleh disemak di laman web https://public.moe.gov.my/ ye.

Bagi yang ada anak yang lahir di tahun 2015, 
silalah layari laman web tersebut di atas untuk menyemak penempatan sekolah  anak kita.

Mula-mula sebelum dapat membuat semakan, kita kenalah daftar masuk dulu.
 
 
Sepatutnya masa ni, dah boleh klik butang hijau tu setelah memasukkan no kad pengenalan dan password.

 Butang merah tu kita tekan semasa nak buat pendaftaran ke tahun 1 dahulu. Tapi kalau kes lupa password boleh la tekan butang kuning tu mintak talian hayat  .

Bila dah boleh daftar masuk, nanti akan keluar paparan seperti di bawah ni dan klik di 'Tahun 1' untuk menyemak pendaftaran sekolah anak kita.


Kemudian klik 'Semak Permohonan'.



Akhirnya keluarlah status sekolah yang telah didaftarkan sebelum ini.


Seterusnya apa yang kita perlu buat bila dah dapat tahu penempatan sekolah anak?

Lihat perkara 1 dan 2 tu, kita perlu mencetak 2 perkara tersebut dan hantar ke sekolah anak kita nanti. 

Mudah je kan? 

Walaupun mudah, saya tak hantar lagi surat-surat pengesahan tu. Hehehe. 
Insya Allah minggu depan saya mintak si Ayah hantar ke sekolah. 
Saya kan BDR malasnya nak keluar rumah. Hihi!

Oh ya ini untuk menyemak permohonan anak ke sekolah kebangsaan tau. 
Kalau ada yang merancang untuk hantar anak ke sekolah swasta, tak perlulah susah-payah daftar nak guna sistem KPM ni.

Itu saja pesanan bukan dari penaja. Daaa~!


12 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. semoga bermanfaat, tq sharing kak mim :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha tula uyum thn depan dh drjh 1..adoii nasib dpt sama sek ngan abg2 dia dl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. uyum sama dgn alan rupanya.. tp uyum lg besar dpd alan 😅

      Delete
  3. Sik lamak gik tahun baru. Tedah nembiak alu sik sekolah tahun tok oleh convid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la tek.. burn setahun tok terok agik dr 2020

      Delete
  4. Anak bongsu saya pun masuk darjah 1 tahun depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, anak ketiga bukan anak bongsu. Silap pulak.. hehe

      Delete
    2. Adoi.. tersilap kira pulak.. hahaha

      Delete
  5. Info yang berguna untuk parents2 nak daftar kemasukkan darjah 1

    ReplyDelete
  6. Nasib baik saya dah habis anak sekolah.Kalau tidak,jenuh ...dengan saya tak pandai IT,careless bagai...
    Hebat ibu-ibu zaman sekarang & tabah menyesuaikan diri

    ReplyDelete
  7. Suasana persekolahan dah jadi lain sejak pandemik ni. Semoga dipermudahkan urusan mak ayah dalam menguruskan hal sekolah anak anak. Kejap je nak berubah sesi persekolahan dah. Anak anak tadika nak masuk tahun 1 biasanya lebih excited. Harap tahun depan semuanya dah reda nak boleh sekolah macam biasa.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form