Menahan Marah Diganjari Bidadari


Menahan Marah Diganjari Bidadari


عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ دَعَاهُ اللَّهُ عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ فِي أَيِّ الْحُورِ شَاءَ


Daripada Sahl bin Mu'adz bin Anas dari Ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mampu menahan amarahnya sedangkan ia mampu melampiaskannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk pada hari Kiamat hingga Allah memberinya (kebebasan) memilih bidadari yang ia suka." (Sunan Ibnu Majah No: 4176) Status: Hadis  Hassan


Pengajaran:

1.  Beruntung mereka yang sentiasa mampu mengawal marah

2. Muslim yang mampu mengawal marah ketika dia boleh dan berpeluang untuk marah, di hari akhirat akan diganjari dengan kelebihan boleh memilih mana-mana bidadari di syurga.

3.  Muslim yang mampu mengawal marah, memiliki akhlak terpuji yang dijanjikan syurga. Sabda Rasulullah:


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ....لاَ تَغْضَبْ وَلَكَ الْجَنَّةُ


Daripada Abi Darda, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda…."Jangan kamu marah, maka kamu akan masuk Syurga (Tabrani No: 1762)


Marilah kita berusaha mengawal perasaan marah yang tidak bertempat.



11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Mudah mudahan kita juga boleh mengawal kemarahan kita.
    Terima kasih share.

    ReplyDelete
  2. huish... rasanya nak tahan marah ni antara benda yg paling susah saya nak buat...

    ReplyDelete
  3. Walaupun susah nak nahan, tapi boleh dicoba. Hehe...

    Nice sharing.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah semoga kita semua diberikan kesabaran

    ReplyDelete
  5. selalunya org yg tak pemarah ni wajahnya bercahaya , sentiasa senyum
    teringat arwah ustaz dan bapa mertua kakak yg semua tahu tak marah marah , hanya senyum sentiasa, bicaranya lembut, Allahuakbar
    Allah ambik nyawa pun di bumi tanah suci Mekah ketika menunaikan Haji. Tempat suci

    ReplyDelete
  6. susah sungguh ammi nak menahan marah especially dengan anak2. Bila dorang dah tidur baru rasa macam...alahaiiii kesiannya kena marah tadi

    ReplyDelete
  7. dulu dana ada masalah panas baran, sekarang masih cuba mengurangkan panas baran tu.... masih cuba banyak bersabar dan tenang

    ReplyDelete
  8. kalau dah tak tertahan tu termarah la jugak...

    ReplyDelete
  9. Menahan kemarahan memang bukan kerja yang mudah. Perlukan latihan yang sangat banyak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form