Throwback Thursday: Graduation Concert 2015

Ini adalah major throwback
Kenangan #theIMANs di taska & tadika Little Bright Thinkers (LBT)
Masa ni tahun 2015, Kakak Iman 6 tahun, Abang 3 tahun, Awan setahun lebih dan Alan baru je 3 bulan
Semua mereka ni dihantar di taska yang sama, tadikanya bersebelahan je
Sebab LBT ni ambik rumah semi-d, sebelah taska, sebelah lagi tadika



Tahun 2015 ialah tahun ke-3 kami menghadiri graduation concert LBT ni
Sebab kakak Iman dah bersekolah di situ sejak umur 4 tahun
Dan setiap tahun memang ada graduation concert
Kakak Iman pun setiap tahun jugaklah ada show semasa concert sejak dia Level 1 lagi
Semua budak akan ikut show, bagus jugak macam ni
Saya rasa Iman pun berani ke depan kerana pendedahan awal sejak umur dia 4 tahun lagi

Cer cari kakak Iman.. hehehe

Proud Ibu dan anak sulungnya
Biasalah time tu kira first timelah hadir event terpenting buat si anak sulung


Iman semasa ambik sijil daripada Principalnya, Teacher madam


Tengoklah Alan, masih tak tau reti lagi


Ini show budak taska
Abang time ni baru je 3 tahun lebih
Diorang nyanyi lagu ABC versi Tadika PASTI tu kot kalau tak silap


Proud Ibu dan anak lelaki sulung, Abang



Yang paling comel, si Awan
Dia tak nangis pun masa atas stage
Cuma dia leka memerhatikan spotlight di stage


Ini haa Alan.. baru je 3 bulan
Rasanya Ibu pun baru masuk keja dalam seminggu macam tu


Dan tahun 2015 kami dianugerahkan Most Supportive Award
Lucu.. semua naik stage


Dapat portable stove dan set gelas
Hehehe

Dulu memang 'sebelah tangan' confirm pergi ke taska
Belum lagi fee tadika
Belum lagi komitmen lain
Susu, pampers.. bukannya harga 3 seringgit
Memang gagah jugaklah rasanya bajet time tu
Bila anak-anak dah semakin besar, dah takde pampers, takde pegi taska
Barulah lega sikit

Itulah adat berumah tangga kan?
Masa anak-anak kecillah kita diduga macam-macam
Cuti Rehat memang kena stand by untuk cuti jaga anak-anak sakit
Semuanya kenangan untuk diceritakan kepada anak-anak 
Sekarang masa lepas makanlah masa kami selalu throwback cerita mereka kecik-kecik dulu
Korang pun mesti ada kisah keluarga masing-masing kan?








 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. alhai comei nya...bagus tu ade konsert awal2 xde la panic attact bila da besar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? suka jugak.. nmpk sgt si kakak ni self confidence tgi dpd adik² lain... adik² lain dh tkr sekolah lain masa tu

      Delete
  2. Muka sepasang dengan anak sulung! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? jarang org ckp muka ibu sama dgn si kakak ni.. hehe

      Delete
  3. Alhamdulillah dapat sentiasa bersama dlm momen-momen indah anak2. Moga kita terus sihat & kuat utk terus bersama mereka for more years to come aamin

    Comel belaka anak2 Kakmim :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... tq.. kenangan bersama anak² kan mmg wajib kita mak² ni ada di sisi mereka.. tp masa tu sygnya x buat photobook... nk buat sekarang jenuh nk mencari dlm folder gambar lama

      Delete
  4. alolo seronok tgk concert macam ni comel2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... suka tgk celoteh budak² comel mcm ni... apatah lg yg menari... comel sgt

      Delete
  5. Kenangan yang dirindui bila masing masing dah besar. Senang sekali 3 orang masuk sekolah sama. Bila keluarga membesar, bertambah komitmen. Apapun setiap anak ada rezeki masing-masing :)
    Comelnya semuanya masa kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalau boleh skrg pn nk hantar semua 1 sekolah.. tp nmpknya ada cabaran jugak di situ.. kakak dan abang 1 sekolah.. awan pulak sekolah lain... thn dpn xtau lah pulak alan.. adakah dpt sekolah sama dgn abang atau sama dgn awan.. kakak mmg dh kompom sekolah lain sbb dh sekolah menengah

      Delete
  6. senang tadika. dkt dgn umah kan
    seronok ank2 graduation

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelah lorong umh mak je... boleh jalan kaki balik dr tadika

      Delete
  7. comel-comel semuanya. pendidikan awal tak apa invest sikit. asalkan jangan push too hard. ewah pandainya bagi nasihat

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form