Gua Kek Look Tong

Asyik cerita raya, kita throwback cerita masa jalan-jalan ke Perak hari tu pulaklah.

Dari Bagan Serai, sebelum ke Ipoh kami singgah di Kelie's Castle sebelum ke Gua Kek Look Tong yang terletak di Gunung Rapat, iaitu lebih kurang 7.5 km dari bandaraya Ipoh. Jalan menuju ke gua ni kita akan melalui kawasan perumahan dan juga kawasan tanah perkuburan orang Islam. Bayangkan kami yang menaiki bas persiaran melalui kawasan perumahan yang hadapan rumah orang banyak kereta, seram pulak saya di dalam bas tatkala bas hendak membelok simpang. Jalan kecil dan sempit dan bas pulak besar. Adui, scary!

Mula-mula tuan rumah aka mak pengantin bagitau yang nak ajak semua family dari Sarawak jalan-jalan di gua, saya pun terfikir jugak, apa yang ada kat gua tu. Rupa-rupanya memang cantik sangat gua ni. Rasa macam tak rugilah jalan-jalan di gua ni, bukan selalu pun. Kalau nak masuk gua batu kapur yang besar dan cantik di Sarawak manada yang ada jalan raya macam ni, kecuali yang di area Bau adalah, cuma tak adalah sebesar Gua Kek Look Tong ni.

Sebelum masuk ke gua, haruslah mengabadikan kenangan bersama ahli keluarga kami di entrance gua. 

The IMAN's Family pulak. 6/6 hadir, yeah!

Saya dan adik no 3 dan adik bongsu. 

Cantik sangat gua batu kapur ni. Dengan lighting lagi, memang cun habis.

Senang ambik selfie je. Susah asyik nak suruh orang ambikkan gambar. Adik-adik saya pun nak posing sendiri jugak.

Tak boleh nak tunggu sampai takde orang sebab memang orang ramai jugak hari tu. Lengang sikit, terus snap. #theIMANs pun sporting jugak sebab dah awal-awal bagitau kita sampai tempat orang so kita mesti ambik gambar sebagai kenang-kenangan yang kita pernah sampai kat tempat tu.


Alan jugak terpaling posing. Macam posing orang bujang pulak dia.

Konon-konon tengah angkat batu. Berat ke tu?

Si sulung dan si bongsu.

Subahanallah! 

Awan nak mintak gambar di bawah batuan besar. Layannnn


Sebahagian daripada ahli rombongan kami. Yang lain-lain ramai dah ke tasik dan taman sebab di luar pun ada tarikan lain macam berbasikal, bot di tasik. Tapi kami tak larat dah, lagipun saya risau takut nanti jem di bandar tak sempat kami naik ETS nak ke KL sebelah petang tu. Biasalah bila dah risau, memang tak enjoy sangat dah. 

Bila bas dah gerak, syukur. Lega. Tapi, bila dah bergereak, driver bas bawak ronda-ronda di bandar Ipoh pulak. Adoi. Mulalah saya asyik tengok jam. Ke mana pulak lepas tu? Nanti saya sambung ya.











 

18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Wah, sewa bas persiaran ya. Akk selalu gi Ipoh tapi tak pnh pergi gua2 atau tasik2 di sana. Seronok pulak tengok, amboiii si Alan bergaya cam org bujang, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kan salu jjcm kan? apa kata jalan² masuk gua pulak... hihihi

      Delete
  2. cantik dalam gua dah ada binaan,lampu pun terang..kalau gua gelap banyak kelawar saya takut nak masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg krjn negeri jaga gua ni utk pelancongan rasanya... serius cantik dan bersih walaupun masuk percuma

      Delete
  3. Sudah dekat dengan Tasik Cermin dah tu. Lain kali bole pergi Gua Tempurung pula, di Gopeng. Pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila la nk sampai di sana lg.. semoga ada rezeki lg ke belah tgh semenanjung

      Delete
  4. Baru tau pasal gua ni. Kat area Ipoh memang banyak gua, tapi tak dibuka kepada orang awam.
    Bila2 sempat bolehlah akak try ke gua ni, akak memang minat dengan gua2 😀.
    Pernah ke Gua Niah di Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la pegi sini lps ni kak.. gua niah sy pun blom sampai... akak pulak dah.. hihihi

      Delete
  5. wahhhh bestnya kak memang cantik dan bersih dalam gua nya. Nak datang ke sana pun selesa sebab tempat yang luas dan di pelihara cantik tak nampak cam gua biasa yang gelap dan kelam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. toilet pun bersih.. dana pernah ke sini ke?

      Delete
  6. Cantik dan bersih guanya. Kalau di Sabah kebanyakan gua penuh dengan tahi burung dan tahi kelawar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua ni terang benderang.. gua kat sarawak pun sama je gelap

      Delete
  7. Sha tak pernah ke sini.. bolehlah plan nanti dengan anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila.. playing tourist di tempat sendiri

      Delete
  8. SA pernah sampai Gua Angin kat Sarawak...ke tempat yang sama ni..hehehe...macam familiar

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form