Perbezaan Audit dan Penaziran


Lega

Alhamdulillah, lega lawatan penaziran akademik dari HQ dah selamat berlangsung 2 hari lepas. Tapi baru hari ni dapat bukak blogger.com ni. Semalam pagi petang kelas, tak dan nak update blog. Hari ni pulak cuti, bayar hutang tido! 😂

Gardenia dari Putrajaya

Ole-ole dari Putrajaya, susah-susah je urusetia HQ bawa Gardenia durian dan strawberry kepada penyelaras di sini.

Makan Malam Penghargaan

Malam selepas lawatan penaziran kami jemput pulak semua urusetia dan panel dinner sebagai perhargaan komitmen dan perkongsian mereka kepada kami di kolej. Siang malam bekerja ya.

Bayangkan dengan penatnya seharian, malam pun bertugas menyantuni tetamu, memang tired sangat. Tapi puaslah dapat menyantuni tetamu yang datang di Bumi Kenyalang ni. Niat di hati nak je terus cuti hari Rabu tapi tak boleh, tak boleh sebab ada kelas. Malas nak tangguh-tangguh kelas. Sebab tu lah nekad cuti hari Khamis.

Perempuan Acah Terpaling

Kisah di hari penaziran, perempuan yang paling lama dan paling banyak jadi PIC untuk item naziran. Dengan jadi penyelaras lawatan pulak tu. Siapakah dia? 😆 Bayangkan kelegaan saya hari ni, baru dapat nak tidur nyenyak. Dari awal tahun dah mula prepare dan touch up dokumen. Tahniah untuk yours truly 👏 Biarlah dokumen kenaikan pangkat tak buat janji dah try apa saja untuk cantikkan dokumen institusi. Yang di luar bidang kuasa saya, saya tak boleh nak buat apa. Mampu remind saja, janji saya dah usaha untuk push. Selebihnya memang tawakal.

Dalam Setandan Pisang... 

Begitulah ya, hebat macam mana pun kita merancang, tapi tak semua yang kita impikan jadi kenyataan. Dalam setandan pisang, tak semestinya semuanya baik, mesti ada jugak yang busuk. Tapi frustlah jugak akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Nak buat macam mana lagi, let bygones, be bygones. Oklah, boleh skip dah, jom kita kongsi ilmu pulak.

Perbezaan Audit dan Penaziran

Dalam dunia pendidikan, terutamanya di institusi pengajian tinggi, dua istilah yang sering kita dengar ialah audit dan penaziran. Walaupun keduanya bertujuan untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan, masih ramai yang keliru tentang perbezaan antara audit dan penaziran. Jom kita fahami dengan lebih jelas.

Apa itu Audit?

Audit merujuk kepada proses penilaian sistematik terhadap pelaksanaan dan keberkesanan sistem pengurusan kualiti sesebuah institusi. Ia biasanya dilakukan secara dalaman atau luaran untuk memastikan sesuatu organisasi mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. 

Audit lebih menumpukan kepada *dokumen, proses kerja, rekod pelaksanaan dan pematuhan terhadap polisi dan prosedur*. Dalam konteks akademik, ia sering berkait dengan aspek pentadbiran, pengurusan kurikulum, rekod pengajaran, dan penilaian.

Contoh aspek diaudit:

  • Pematuhan terhadap Manual Kualiti
  • Rekod pengajaran pensyarah
  • Dokumentasi Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
  • Penilaian kursus dan maklum balas pelajar

Apa Itu Penaziran? 

Penaziran pula lebih menjurus kepada *pemantauan dan pemerhatian secara langsung* terhadap pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dilakukan oleh panel penazir yang biasanya terdiri daripada pakar dalam bidang tertentu. Fokus utama penaziran adalah untuk menilai *kualiti akademik dan keberkesanan PdP*.

Penaziran lazimnya melibatkan:

  • Pemerhatian dalam kelas atau bengkel
  • Temubual bersama pelajar dan pensyarah
  • Semakan bahan pengajaran dan tugasan
  • Lawatan ke kemudahan seperti makmal atau studio

Kesimpulan

Audit dan penaziran adalah dua proses penting dalam menjamin kualiti pendidikan. Dengan memahami perbezaannya, institusi dapat merancang penambahbaikan yang lebih berfokus dan berkesan. Kedua-duanya saling melengkapi dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.

Sudah anda baca? Sila komen! 😂😂😂

Hari ni boleh la cuti, next ada lagi program, berjuang lagi untuk September 💪🏻 chaiyokkk!!


Post a Comment

14 Comments

  1. Oh baru tau. Biasanya kalau kami kat hospital dipanggil audit cuma stor saja dipanggil naziran stor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya naziran ni dia x cari salah, dia nak buat pemantauan dan bantu kita spy akur sop

      Delete
  2. Oh baru tahu perbezaan. Nazir ni lebih kepada sistem pendidikan jelah ye.. audit tu mcm semua company ada

    Pernah dengar pasal penaziran ni pun sebab dulu pernah designkan majalah utk jemaah nazir kementerian pendidikan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Br perasan jugak, selalunya jemaah nazir wujud kat sekolah je kan? ahahaha

      Delete
  3. lega dah ye Mim, kalau ke Sarawak wajib bawa roti-roti Gardenia ni kan hehe :)

    ReplyDelete
  4. Agak sibuk tugasan, tak apa teruskan kerjaya demi agama bangsa dan negara...Sayang tugas kerana ada periuk nasi

    ReplyDelete
  5. Saya selalu dengar nasiran ni bila cikgu bercerita. kalau audit kita orang biasa kena audit. Roti gardenia adalah oleh2 orang semenanjung untuk orang serawak. Dan oleh2 dari serawak ialah kek lapis.

    ReplyDelete
  6. Musim audit ialah musim yg paling kmk menyampah zaman gik bekerja dolok haha. Abis segala mak nenek dokumen kenak godek ikut checklist audit, mun sik da dokumen yg sidak maok kenak pulak ber justify bagai mun sik mok diengkah NC (non-compliant). So far private sector sik da proses penaziran tok.

    ReplyDelete
  7. Dari Putrajaya sampai ke Sarawak roti Gardenia ni. Ole-ole mahal ni payah nak dapat. Lega kalau dah selesai semuanya. Dapatlah berehat lepas ni selepas sibuk yang panjang.

    ReplyDelete
  8. Biasa dengar nazir datang sekolah.

    ReplyDelete
  9. Sudah baca.
    Audit dan nazir, hanya dengar pada masa sekolah.
    As house manager, kita audit dan kitalah nazir, kita memantau kita jugalah yg dipantau.
    Whatsever pun, as long as kerja kita elok, tersusun dan teratur, inshaaALLAH baiklah hasilnya.

    ReplyDelete
  10. Saya jadi ingat masa kerja di HSBC. Ada 2 sistem juga, audit dan precheck. Jadi kalau audit bisa dilakukan oleh team di luar HSBC , termasuk oleh Bank Indonesia kalo dia nak periksa.

    Tp precheck semacam audit kecil yg dilakukan oleh internal HSBC. Tapi 2-2 sama seram 🤣🤣. Memang tak bisa tidur kalo dah masuk masa2 audit dan precheck.

    Kadang saya bersyukur dah tak kerja di sana lagi 😅. Suami saya pula kerjanya berkaitan audit, dan daud di CIMB. Jadi dia yg cek seluruh CIMB Indonesia, dan report ke CIMB Malaysia .

    Memang pening juga ternyata walau jadi pemeriksanya 😂.

    Roti2 Gardenia tuh saya sukaaaa kak. Anak saya dah pesan, nanti pas saya ke KL , bawa oleh2 nya roti gardenia berbagai rasa 😅.

    ReplyDelete
  11. Berkaitan audit dan fraud . Typo jadi daud pula 🤣🤣

    ReplyDelete
  12. kat AIKOL ni mcm tak de lot penaziran tp audit tu memang berderet2 lah dlm setahun..thn ni dh 4x audit rasanya, mcm2 jenis plak tuuu

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!