Hari Pemuafakatan
Hari ni Hari Pemuafakatan UASA untuk Abang dan Kakak. Ayah tak dapat cuti so Ibu je lah yang pergi. Lepas hantar mereka berdua ke sekolah, Ibu pergi ofis macam biasa. Jam 8 pagi baru isi borang keluar untuk hadir Hari Pemuafakatan. Mula-mula pergi kelas Kakak dulu sebab blok kelas si kakak lebih dekat. Setel review markah Iman dengan guru kelas barulah kami berdua menapak ke blok kelas Abang. Adui, penat dan mengah. Dah la kena jalan jauh, naik tangga lagi sebab kelas Abang di top floor. Kelas paling hujung pulak tu. Aduyai, takde mood pulak nak mengambil gambar pemandangan dari tingkat 3 sebab dah kemengahan. Hihihi.
Ok la, 2-2 memang ada perubahan daripada UPSA dulu, cumanya Abang memang kena perlu lebih perhatian untuk ke form 2 nanti. Tapi cikgu cakap, biasalah baru form 1 masih belum lagi berapa familiar especially cara nak menjawab soalan, ada masa lagi nak berubah.
Pakcik Irfan
Cumanya.... cikgu cakap, dia panggil Abang ni, Pakcik Irfan. Omaigod!! Soalan Ibu, macam mana Irfan dalam kelas cikgu, pendiam ke, penidur ke. Terus cikgu pecahkan rahsia si Abang. Kakaknya pun terkejut gila. Sebabnya di rumah Abang ni krik krik, rupanya di kelas dia geng kaki sembang. Ada 3 orang sekawan ni cikgu panggi 'Pakcik'. Oh, anakku!!
Cikgu cakap macam ni, "kalau ada nak pergi kenduri, dan semua orang introvert, bawak je 3 orang pakcik ni, confirm meriah". Ya ampun Abang, tak sangka pulak Ibu. Dulu masa sekolah rendah pun cikgu komplen dia terpaksa pisahkan Abang dan kawan-kawannya sebab suka sangat bercakap. Nampaknya genetik Ayahnya memang kuat jugak turun ke Abang, suka bercakap. Hahaha.
Beli Set Buku Latihan di Koperasi
Dalam jam 10 pagi setel semua urusan di kelas, then kami 3 beranak terus ke koperasi pulak untuk beli set buku latihan dan seluar PJ. Nanti bukak sekolah at least semua dah ready, tinggal nak pulangkan buku teks je lagi. Lepas dapat buku teks kelas tahun depan, kita mula balut buku pulak dah. Di usia 44 tahun saya masih suka membalut buku anak-anak ye, healing time bagi saya. Puas hati tengok daripada 'bogel' dibalut sempurna. Plastik wrapping pun main peranan jugak. Hehehe.
Brunch Nasi Ayam Stadium
Sebelum balik kami brunch dulu. Semalam tengok Puan Hazel tapau nasi ayam, terus teringin jugak. Dan saya ke kantin di ofis mak dulu-dulu di Stadium Perpaduan, makan nasi ayam yang selalu mak tapau untuk kami masa dia masih bekerja. Nostalgia betul. Iman pun terkenang, dulu masa mak masih kerja, bapak selalu bawak dia makan nasi ayam di sini, katanya. Er, Iman dan adik-adik dia panggil nenek dan atok, mak dan bapak jugak. Sama je dengan Ibu. Hehehe.
Saya order 3 nasi ayam roasted untuk kami bertiga, walaupun saya dan Abang sebenarnya peminat ayam steamed. Bang Wan cakap ayam steamed tinggal bahagian dada je, confirm la saya tak nak. Hehehe. Alhamdulillah, kenyang berbaloi-baloi sampai mengantuk dibuatnya. Untuk Ayah, Awan dan Alan, kami tapau je. Sebelum solat Jumaat boleh la mereka lunch dulu.
Gambar Candid vs Gambar AI Anak Bujangku
Gambar candid Abang semasa menunggu giliran berjumpa cikgu. Di kelas Kakak, dapat giliran ke-2, di kelas Abang dapat giliran ke-9. Then send ke WA grup famili. Biasalah buat report. Hihihi.
Tak lama lepas tu, Ayah hantar gambar Abang yang telah diAIkan. Hehehe.



3 Comments
adoiii.. kalau dah dipanggil pakcik boleh dapat dibayangkan cemana.
ReplyDeleteLain karektor kat rumah ya...
Walau di AI kan tetaplah hensem abang Irfan ni.
Lahh..lain pulak perangainya di sekolah sampai cikgu panggil pakcik. Kuat sembang dia ni. hihi..Sabar ibu sabarrr
ReplyDeleteMakan di tempat yang pernah makan mesti teringat kenangan lama. Dapatlah makan nasi ayam tiga beranak. Eh kat rumah pun dapat tapaukan sekali.
Comel je gambar dah di AI kan. Report dalam group tu wajib. Mesti yang lain tak sangka juga kan. hihi
Biasalah tu, kadang2 anak ni di sekolah peel dia lain drpd di rumah. Dengan kawan2 kemain meriah, dengan mak ayah taknak pula gitu. Sama peel dengan orang terdekat Cuya hahaha
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!