Berbuka Simple-Simple Sebelum Ke Raja Tomyam

Semalam balik sekolah petang Iman request nak berbuka di luar. Dalam kepala dah set nak berbuka dengan daging masak hitam makngah dan pakngahnya. Dah set goreng nasi dengan bawang (nasi aruk). Halah-halah. Kesian pulak. So ibu cakap ibu nak makan dulu di rumah lepas tu baru kita keluar makan. Nasib dia ok je. Dia pun jon sekali ibu makan.

Daging masak hitam mak ngah Iman ni, adik saya ler tu, special sikit sebab resepi tradisi keluarga sebelah suaminya. Daging kena panggang dulu, lepas tu baru dipotong-potong ikut saiz kegemaran kita. Lepas tu cairkan mentega Golden Churn, masukkan kicap dan daging. Biar daging mendidih dan mesra barulah diangkat. Sedap woo, sebab ada rasa smoky dan bila guna mentega Golden Churn jadi lemak-lemak masin manis. Kalau diregu dengan nasi goreng bawang ni bertambah ummphh.

Lepas solat maghrib apa semua barulah kami keluar untuk ke kedai yang Iman craving mee goreng tu. Tapi kedainya tutup. Terpaksalah cari tempat makan lain. So kami try la satu tempat ni, kedai Raja Tomyam yang lama dah nak try sebab selalu lalu tapi tak juga try. Faktor selalu tak jadi try sebab susah nak cari parking. Kedainya di tepi jalan utama so park pun kena di bahu-bahu jalan je. Kalau dah kereta berderet di bahu jalan, memang malas la nak singgah.

Nama kedai pun Raja Tomyam so signaturenya mestilah tomyam kot. Tapi semua taknak makan tomyam. Ibu ok jer sebab Ibu kan dah makan di rumah, takde la lapar sangat.


Mulanya Iman craving mee goreng, tapi bertukar ke kuey tiaw kantonis. Mak datok portionnya sangat besar dan banyak. Tapi sayang, tidak menepati citarasa kami anak-beranak. Sebenarnya saya pun suka kuey tiaw kantonis ni tapi bila rasa kuahnya manis, memang turn off terus lah. Lidah saya memang tak dapat terima makanan manis. No wonder dia letak limau, tapi letak limau pun tak dapat nak hilangkan rasa manisnya. So tak dapatlah Ibu nak tolong Iman habiskan. Ibu nak kena tolong Ayah habiskan mee goreng. Mee goreng pun so-so je, warna tak gelap pun. Gambar tak ambik sebab tak excited. Haha.

Abang pulak dah awal-awal set nak makan nasik. Dia order nasi kukus ayam berempah. Pedas katanya, ok la kot bagi dia. Awan Alan pula order nasi ayam geprek, ok-ok saja,  sambal pedas tapi ayam kecik. 

Kesimpulannya macam takde tarikan kami nak makan di sini lagi. Suasana dan view dah ok tapi makanannya tak menepati citarasa saya. Bak kata Ayah, yang penting Ibu nak makan. Hahaha. Ibu taknak repeat pun kat Kedai Raja Tomyam ni, sorry. Hihi.



Post a Comment

8 Comments

  1. Craving boleh tukar2 pulak... hehehe

    ReplyDelete
  2. sedap pulak nampak kuetiau kantonis tu. macam teringin la pulak.

    ReplyDelete
  3. Kuetiau kantonis tu kalau ada cili pedas sikit baru mantap rasa.

    ReplyDelete
  4. memang ada kedai yg mana mknnya so-so jer so cukup2lah hanya sekali gitu

    ReplyDelete
  5. Tak cuba tak tahu.. Dah cuba, cukuplah sekali kan kakmim..

    ReplyDelete
  6. Ok lah tu.. dah cuba.. takde lah tertanya-tanya food kat situ. Lepas ni lalu boleh ignore.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!