Masak Apa 16 Ramadhan?

Ya tuan-puan, adik kakak abang pakcik makcik. Hari ini dah 16 Ramadhan dah. 16 hari jugaklah berbuka di rumah, masak sendiri walaupun kuih selalu beli di kedai. Hihi!

Hari ini saya BDR. Mood memasak datang dengan sendirinya bila BDR ni. Tambahan pula bila si budak 6 tahun yang berpuasa, berapa hari ni dah asyik menyebut ayam madu, ayam madu. Ayam madu bagi Alan ialah ayam roasted yang ala Kenny Rogers tu. Makanya menu utama kita hari ini ialah ayam roasted ala Kenny Rogers yang telah dimarinated sebelum Zohor dan masuk oven selepas Asar.

Ayam roasted perasan Kenny Rogers yang masuk sauna di oven je.


Dijodohkan pula dengan nasi serai. Asyik tengok member buat je pos kat IG teringin pulak saya nak mencubanya. Sedap! Aromanya memang wangi dan menyelerakan sekalian alam. Ahaks.


Nasi serai dalam periuk. Memang guna banyak serai sebab tu nama pun nasi serai.


Takde sayur tak sah pulak. Brokoli oyster sauce tumis udang.


Alhamdulillah. Setel awal masak bolehlaa snap-snap gambar. Oh ya saya goreng wedges jugak sebab tak masukkan kentang sekali dengan ayam. Selalunya saya masukkan sekali kentang biar bersauna dengan ayam.


Ini pula request dari si abang. Dia nak puding jagung. Ibu layan je sebab Ibu pun dah lama tak pekena puding jagung. Yummy!! Main ikut jer resepi dan memang cun pulak sukatan hari ni sebab kejadiannya tak terlalu manis!! Ibu suka ibu suka!


Okay ke idok? Mestilah okay. Seronok tengok anak-anak khusyuk makan. Lega rasanya dah takde hutang lauk berbuka dengan #theIMANs.


Jadi mak-mak begitulah kan? Bila bulan puasa macam ni apa jer yang mak-mak dapat tunaikan permintaan anak yang berpuasa, mak-mak akan cuba. Di samping melatih anak-anak berpuasa kita juga dapat memberi motivasi kepada mereka. Siapa yang puasa dia akan dapat lebih. Solat pun tak perlu nak 'pukul beduk' sangat. Azan je terus solat. Mak bagi lebih, Allah lagilah bagi lebih.


Itu cara saya. Raikan perbezaan ya.





15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Sedapnya kakmim. Teringat masa kecik dulu, mintak apa je Mak buatkan walaupun dia penat balik keje. Ok lah tu cara kakmim, asalkan sesuai dengan anak dan diri kakmim cukuplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Mana yg termampu mmg akn ditunaikan.. setakat masak lauk berbuka tu boleh je lg senang ada org bg idea 😂

      Delete
  2. Sedapppppppnyaaaaaa puding jagung tu kakmim!

    ReplyDelete
  3. ayam roated,,,yummmyyy....puding jagung fav anakdara juga..lama tk buat

    ReplyDelete
  4. Masing-masing request. Seronok lah ibu buat untuk anak-anak. Anak anak pun suka. Sedap sedap hidangannya kakmim. First time saya tahu nasi serai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je nk buatnya fiza.. bahan basic je tp sedapp

      Delete
  5. nyaman2 alu rupa menu sungkei ya eh..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sedap dan senang nk membuatnya rabia.. hehe

      Delete
  7. cantik kejadian ayamnye.. saya buat asik rentung jer... hahaha

    ReplyDelete
  8. sedapnya ayam bakar kak mim.. meh sepotong.. hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form