Follow Us @soratemplates

13/07/2021

Rojak Kucei Batu Lintang

Rindu tak suasana macam ni? Rindu tak?
Pagi-pagi dapat lepak-lepak makan di kedai kegemaran
Ah! Bila lagi nak dapat bebas macam ni?

Actually gambar ni muncul di FB, memori tahun 2019 dulu.
Masa ni zaman PJJ dan masa ni Encik Suami balik cuti.
Biasanya bila dia balik cuti, saya sebagai isteri muslimah pun akan cuti jugak. Masa dia di sana, saya pulun kerja hujung minggu untuk kumpul cuti ganti. Haa.. macam tu lah strategi orang PJJ. Hehehe.

Bila si dia balik cuti, rutin wajib kami ialah dating la tanpa #theIMANs.
Lepas hantar #theIMANs ke sekolah kami akan pergi breakfast menu yang takde di Melaya sana seperti mee kolok Sepinang Sari (wajib), rojak Kucei, laksa Sarawak. Ni antara menu breakfast yang mesti makan. Dah macam pelancong pulak laki aku time ni.

Lepas tu air tin wajib yang dia mesti order, jus oren Sundrop ni.
Rojak Kucei ni sebenarnya rojak ayam je.
Kucei tu nama foundernya.
Kedainya terletak di Batu Lintang.
Rojak ni memang terkenal dari dulu-dulu lagi. 
Sekarang ni anak-anak Kucei pulak yang mewarisi perniagaan ni.
Saya pun dah lama tak makan rojak Kucei ni.
Saya pun tak tau tang mana sedap sangat rojak Kucei ni.
Sebab kalau makan rojak ayam saya memang ada kedai lain yang saya favor. Ye lah selera lain-lain tak sama kan?
Saya layan je lah sebab Encik Suami memang favor rojak ayam Kucei ni.

Soalan...
Kak Ret pernah makan kat sini tak?

 

7 comments:

  1. Kuah rojak dia nampak menarik.. Mcm rojak mamak heheh

    ReplyDelete
  2. Ingatkan rojak kucai kak heheheheh... rindu nya dapat makan kat kedai makan, dapat pi pasaraya... rindu sangat

    ReplyDelete
  3. nampak sedap rojak tu... mmg rindu zaman2 bole lepak dengan kawan2 makan kat kedai..

    ReplyDelete
  4. Haruslah rindu kakmim suasana bebas sesak pun tak ada masalah beratur. Bagus perniagaan dikekalkan sampai anak anak mewarisi. Fresh nampak isi rojak dan kuah nampak pekat.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedapnya time2 PKP ni...
    Rindunya kolok mee & buah dabai..Aduh mana nak cari buah dabai ni...

    ReplyDelete
  6. Aduhai..tengok entry ni di pagi hari sebelum mulakan kerja...memang menarik la...

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥